Jangan kata susah ye buat kek lapis Marrie Masam Manis ni, kena gaya sangat senang. Cuma perlu sedikit kerajinan je, kalau beli pun harga kek ini boleh tahan. Jadi buatlah sendiri, bahan mudah, sukat pun guna cawan je, sesuailah kalau anda yang baru nak mencuba. Ini resipinya ye..
KEK LAPIS MARRIE MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:-
2 cawan biskut marrie kisar | kisar halus
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin pelangi
5 biji telur | gred c je
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Asam manis Haw flakes
2 pewarna | hijau dan kuning
CARA MEMBUAT:
- Putar marjerin dengan gula hingga sebati atau hingga putih.
- Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga kembang.
- Seterusnya masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.. Gaul guna spatula.
- Setelah sebati bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan dengan satu hijau dan satu kuning. Sedia dikukus.
- Saya gunakan pekas plastik tahan panas saiz 6X6.
- Sudukan 5 sudu makan setiap lapisan dan kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan. Letakkan warna hijau dahulu, ratakan dan susun asam manis di atasnya.
- Kukus setiap lapisan 5 minit. Terus melapis hingga adunan habis.
- Akhir sekali kukus lagi lebih kurang 25-30 minit.
- Setelah masak, buka pengukus, biarkan wapnya hilang dan angkat.
- Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.
Kredit : Cik Za cikido
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Goreng Jawa Menu Yang Ditunggu
Sambal goreng jawa dimakan bersama kuah lodeh memang enak. Walaupun renyah sikit membuatnya tapi rasanya memang nikmat. Bolehlah ikut resipi ni kalau nak membuatnya.Kalau suka petai boleh tambah petai di dalamnya.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping (potong kecil
1 kilo kentang -potong-beli online di sini
10 potong tempe- hiris nipis
Garamkan dan digoreng-beli online di sini
Hati ayam potong dan bersihkan,garamkan
Goreng akhir sekali selepas goreng tempe dengan kentang
Suhun- rendam air panas 10 minit-beli online di sini
Bahan-bahan tumis:
2 labu bawang besar merah- hiris
5 ulas bawang putih-hiris
15-20 tangkai cili kering gunting serong dan rendam air panas 15 minit
Cara memasak:
1.Dengan minyak gorengan tadi, ambil sikit gorengkan bawang-bawang dan cili sampai layu.
2.Masukkan perut lembu dan hati ayam.Gaul rata biar sekejap.
3.Masukkan tempe dan kentang yang dah digoreng tadi dan suhun,gaulkan.
4.Tambahkan 7-8 sudu besar gula.
5.Tambah kicap gaul rata biar sekejap.
6.Tuangkan air asam jawa ,gaul-gaul tambah garam dan ajinomoto.Bila dah agak mesra bolehlah dihidang.
Kredit: Azlina Ina Fans
Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best
Resipi Pulut Kuning & Rendang Ayam Mak, Sekali Masak Dapat 30 Bekas
Hidangan Ikan Sedap Berjus, Stail Baratlah Pulak
Ni dia olahan resipi berasaskan ikan siakap dan dori, inspirasi tenaga pengajar dari SG Academy, Kuala Lumpur yang terdiri daripada Chef Faribusz bersama pasukannya Chef Nadzirah dan Chef Wan Noraini.
.
Sekali sekala tukar selera, best jugak nih. Hidangan yang sihat lagi menyelerakan, jom cuba.
1. FISH ROULADE SEABASS WITH VELOUTE SAUCE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan hidangan ikan :
- 1 ekor ikan siakap | jadikan fillet, ambil isinya
- 40gm asparagus | dicelur
- 80gm kentang | direbus
- 20gm ceri tomato
- 5gm thyme
- 5gm serbuk lada hitam
- 1 biji lemon
- 30gm zuchini hijau | dicelur
- 30gm zuchini kuning | dicelur
- 30gm lobak merah | dicelur
- 5gm bawang putih | dicincang
- 5gm parsli
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak | untuk menumis
Bahan untuk sos veloute:
- 1 biji bawang Holland | dicincang halus
- 1 helai daun bay
- 50gm krim masakan
- 3 sudu makan mentega
- 40ml susu segar
- 100ml stok ayam | pati rebusan
- Garam secukup rasa
- Beberapa hirisan lemon
CARA MEMASAK :
Cara masak ikan roulade :
1. Buat fillet ikan terlebih dahulu, asingkan isi daripada tulang.
2. Perapkan fillet ikan dengan garam dan lada hitam. Selepas itu gulungkan isi ikan yang sudah diperap tadi dengan pembalut plastik.
3. Gulung ikan perlahan supaya isi ikan tidak pecah.
4. Kemudian kukus ikan gulung selama 10 minit.
5. Sementara tunggu ikan, rebus kentang sehingga lembut.
6. Celur asparagus, lobak merah dan toskan.
7. Panaskan kuali, tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak dan masukkan asparagus, lobak merah ceri tomato, anggaran dua minit supaya sayur tak layu.
8. Masukkan sedikit garam dan lada hitam, tutupkan api
Cara masak sos:
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Kemudian masukkan bawang putih, bawang Holland dan daun bay,tumis hingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan susu segar, krim masakan, lada hitam dan sedikit garam. Kacau hingga menjadi tekstur sos.
3. Sedia untuk dihidang bersama hirisan lemon, bersama ikan roulade.
Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Sajian barat,ikan
Keistimewaan : Hidang lazat dan menyihatkan
Anggaran kos : Rm 20
INFO CHEF : Jika sos terlalu cair boleh dipekatkan dengan roux (ejen pemekat) iaitu mentega dengan tepung.
2. FISH PAUPIETTE WITH ESPAGNOLE SAUCE
.
BAHAN-BAHAN :
- 250gm ikan dory
- 50gm zuchini hijau
- 50gm zuchini kuning
- 300gm jejari ketam
- 150gm mentega
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- 1 sudu makan jus lemon
Bahan untuk sos espagnole :
- 1 helai daun salam
- 10gm daun parsli
- 8gm serbuk lada hitam
- 10gm bawang holland | cincang halus
- 1 batang saderi
- 10gm tepung gandum
- 5 sudu makan serbuk brown stock ( stok perang) | ada dijual di pasaraya
- 350ml air | larutkan stok perang dalam air ini
CARA MEMASAK IKAN :
1. Gaulkan dan perap ikan dengan garam, jus lemon dan serbuk lada hitam.
2. Kemudian tambahkan satu sudu besar isi ikan mengisi setiap filet, gulung dan potong. Masukkan jejari ketam di di dalam gulungan fillet.
3. Kukus dalam dua hingga tiga minit.
4. Dalam kuali berasingan panaskan mentega dan tumiskan sayuran zucchini hijau dan kuning, dan perasakan dengan garam.
5. Kemudian letakkan di atas pinggan dan hiaskan dengan zucchini tadi dan tuangkan sos espagnole di atasnya.
Cara masak sos espagnole :
1. Cara masak sos espagnole :
1. Masukkan daun bay, thyme, daun parsli dan lada hitam dalam kain kapas jarang (cheesecloth), ikat dengan sehelai tali.
2. Biarkan tali cukup panjang supaya anda boleh mengikatnya ke pemegang periuk untuk memudahkan anda mengambilnya.
3. Tambah ‘mirepoix'(campuran lobak merah, saderi dan bawang holland yang dipotong kecil), tumis beberapa minit hingga perang.
4. Masukkan tepung ke dalam mirepoix sedikit pada satu masa,sehingga ia sebati dan membentuk pes tebal (ini dipanggil roux egen pemekat).
5. Kecilkan api dan masak roux selama 5 minit atau lebih,sehingga ia menjadi warna coklat yang sangat terang.Jangan biarkan ia hangus.
4. Kacau perlahan-lahan dan tambahkan brown stok, kacau betul-betul supaya tiada ketulan.
5. Tapis bahan-bahan yang terapung menggunakan penapis.Perasakan dengan lada hitam dan sedikit garam dan siap dihidang bersama fish paupiette tadi.
Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Gril
Jenis masakan : Sajian barat, ikan
Keistimewaan : Makanan yang berkhasiat dengan ikan dan sayur-sayuran
Anggaran kos : Rm 12
INFO CHEF : Ini ialah hidangan klasik Francis dengan menggunakan kaedah menggulung,hidangan ini sesuai untuk pengemar makanan laut
FOTO : AZFARINA SULAIMAN
RESIPI :Faribusz Anak Kandau,Chef Nadzirah Abdul Razak &, Wan Noraini Syuhada Mohamad
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik,Jalan Kasipillay, off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.www.sgacademy.edu.my
Ingin memberi peraalatan dapur baru, cuba layari di sini dari Shoppe. Canggih, berkualiti dan selamat sampai di destinasi
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Koleksi Lauk Sedap Boleh Masak Guna Ikan Bilis & Ikan Masin.
Buat Sendiri Murtabak Yang Sedap & Mudah, Hanya Guna Kulit Popia Je.
Dihari cuti msim hujan ni nak berjalan ke mana-mana pun takut sangkut banjir, apa kata duduk kat rumah tu, korang cuba murtabak mini yang rasa kongsikan ini, ia sangat mudah dan gerentik anak-anak suka. Kalau makan panas-panas untuk sarapan atau minum petang memang terbaik ni. Korang kenalah cuba .
.
MURTABAK TELUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang Holland saiz sederhana | potong dadu
- 100gm daging kisar
- 3 pokok daun bawang | hiris kecil
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 1 biji telur ayam
- 1/2 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 10 keping kulit popia basah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis daging hingga masak atau berubah warna.
2. Campurkan daging yang telah ditumis dengan bahan-bahan lain kecuali kulit popia.
3. Adun rata campuran bahan inti.
4. Bentangkan kulit popia, kemudian letakkan satu sudu inti kemudian lipat seperti lipatan sampul surat.
5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng terus hingga kuning keperangan.
6. Tutup api, angkat dan toskan.
7. Murtabak Mini telur daging sedia dihidangkan.
By: @yunitaanwar