Dihari cuti msim hujan ni nak berjalan ke mana-mana pun takut sangkut banjir, apa kata duduk kat rumah tu, korang cuba murtabak mini yang rasa kongsikan ini, ia sangat mudah dan gerentik anak-anak suka. Kalau makan panas-panas untuk sarapan atau minum petang memang terbaik ni. Korang kenalah cuba .
.
MURTABAK TELUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang Holland saiz sederhana | potong dadu
- 100gm daging kisar
- 3 pokok daun bawang | hiris kecil
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 1 biji telur ayam
- 1/2 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 10 keping kulit popia basah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis daging hingga masak atau berubah warna.
2. Campurkan daging yang telah ditumis dengan bahan-bahan lain kecuali kulit popia.
3. Adun rata campuran bahan inti.
4. Bentangkan kulit popia, kemudian letakkan satu sudu inti kemudian lipat seperti lipatan sampul surat.
5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng terus hingga kuning keperangan.
6. Tutup api, angkat dan toskan.
7. Murtabak Mini telur daging sedia dihidangkan.
By: @yunitaanwar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Salmon Hidangan Kaya Omega 3. Boleh Dimasak Gaya Barat & Timur.
Khasiat ikan salmon memang popular. Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan.
Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan lazat dan paling best ikan salmon adalah sumber makanan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.
Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun boleh dimasak sajian Asia macam kari dan lauk india tikka.Berikan anak anda sajian sihat di musim cuti sekolah pasti suka lah.
1. PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES
BAHAN-BAHAN :
- 120 gm keping ikan salmon
- 50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu
- 50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu
- 60 gm bawang besar/ dipotong dadu
- 30 gm bawang putih/ dipotong dadu
- 50 gm kacang buncis/ dipotong dadu
- 100 gm jus oren/dipotong dadu
- 30 gm halia/ dihiris
- 20 gm mentega
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja)
4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur.
5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan.
6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia.
7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan.
8. Masukkan mentega dan kacau sebati
9. Letakkan garam secukup rasa
10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon
INFO CHEF : Bagi melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dengan lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dalam peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Tumis , gril dengan minyak sedikit dan boleh juga dimasak dalam oven
Jenis masakan : Sajian Barat
Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dalam salmon baik untuk kesihatan
2. SALMON TIKKA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 180 gm hirisan ikan salmon
- 150 gm yogurt
- 30 gm jintan manis /dikisar
- 30 gm jintan putih /dikisar
- 1 sm halia/dikisar
- 2 ulas bawang putih /dikisar
- Garam secukup rasa
Bahan B:
- 40 gm timun /dipotong dadu kecil
- 30 gm bawang besar /dipotong dadu kecil
- 40 gm yogurt
CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas untuk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam.
2. Untuk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dengan yogurt. Masukkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan.
3.Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali.
4.Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dengan durasi masa yang sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur.
5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yang telah disediakan tadi
6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka.
7. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah
INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.
3. KARI IKAN SALMON
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm isi ikan salmon
- 150 gm bawang merah /dihiris
- 5 sm halia /dihiris
- 5 ulas bawang putih /dihiris
- 20 gm halba campur
- 1/2 biji santan kelapa
- 100gm yogurt
- 200 gm serbuk kari ikan
- 1 tangkai daun kari
- 60 gm asam jawab
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari.
2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt
5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api.
7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari
INFO CHEF : Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak untuk dapatkan kari yang sedap.
4. SALMON WELLINGTON
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg ‘fillet’ salmon
- 30 gm bawang kecil | dihiris
- 20 gm bawang putih |dihiris
- 20 gm krim keju
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa | ditumbuk
- Stok ikan secukup rasa
- 60 gm bayam (baby spinach
- 40 gm serbuk roti
- 40 gm keju parmesan | diparut
- 1 lapis pastri paf
- 1 biji kuning telur | dipukul
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan.
3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan.
4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon.
5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef :Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Dari Eny
Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh atau pastri dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI
* sesuai untuk pai bersaiz besar
Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
- 4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega
Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Kredit foto & Resepi : www.enyabdullah.com
Resipi Tomyam Ayam Sedap, Padu Macam Makan Dekat Restoran Thai.
Rakyat Malaysia memang sukakan hidangan tomyam. Makan dengan nasi panas dan telur dadar pun dah cukup menyelerakan. Bagi penggemar menu Thai ni, wajib cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Miya Aira ni. Tengok gambarnya sahaja sudah tahu sedap. Hmmm..Kecur liur. Jom cuba!
TOMYAM AYAM ALA THAI PALING SEDAP
BAHAN A:
- Ayam secukupnya | potong kecil. Jika mahu lebih sedap, guna seafood.
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 2 batang serai | ketuk dan hiris menyerong
- 6 helai daun limau purut | buang urat tengah untuk elakkan pahit
- Lengkuas | hiris
- Cili padi | ketuk
- Akar ketumbar
- Sayur (bunga kubis,putik jagung, lobak merah,tomato, cendawan)
BAHAN B:
- Pes tomyam botol kecil | anggaran 5-6 sudu makan
- 4 sudu teh pes cili thai
- 4 sudu makan susu cair sejat
- Daun ketumbar | hiris
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam.
2. Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih.
3. Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk.
6. Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam.
7.Sedia untuk dinikmati.
Kredit foto & resipi: Miya Aira