Mencari resipi apa untuk dimasak malam ini? Boleh cuba Ayam masak daun ketumbar. Aroma daun ketumbar memberi rasa istimewa pada ayam.Pastikan bahan kisar tidak dimesin sehingga terlalu lumat.
AYAM MASAK DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | dipotong kecil
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili merah
1 batang serai
1cm halia
1cm lengkuas
1 pokok daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Seterusnya panaskan sedikit minyak menggoreng tadi dan masukkan bahan-bahan kisar . Tumis sehingga naik bau. Perasakan secukupnya.
Setelah masak, masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan kacau sehingga sedikit kering.
Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 5 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan: Berbau harum ketumbar Jenis masakan: Melayu Cara memasak: Goreng dan tumis Anggaran harga: RM14.00
Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masa lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu yang 15 minit boleh siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya ye.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
4ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...