Teringin nak makan Kuih Akok yang sedap dan panas-panas? Ha…Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Mudah je. Paling best sebab boleh bakar guna mesin pembuat sandwich (sandwich maker) je. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya. Pasti puas hati dapat makan kuih ni untuk minum petang.

 

RESIPI KUIH AKOK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan santan
  • 1 cawan telur – pecahkan macam nak buat telur dadar. Kemudian sukat guna cawan.Jumlah telur bergantung pada cawan yang kita guna.
  • 3/4 cawan gula putih + gula merah -kurangkan sikit jika terlalu manis
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit pes pandan

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Satukan semua bahan dan putar hingga adunan kembang. Jika suka, boleh juga kisar menggunakan blender.

2. Oles sedikit minyak pada sandwich maker.

3. Tuang adunan hingga betul-betul penuh / memenuhi ruang.

IKLAN

Cara Buat Akok Homemade Bakar Guna Sandwic Maker.

4. Tutup dan bakar selama 4-5 minit. Jika mahukan akok yang berbentuk cantik, jangan buka penutup sandwich maker. Buka hanya bila kuih akok betul-betul masak.

IKLAN

Cara Buat Akok Homemade Bakar Guna Sandwic Maker.

5. Angkat dan boleh dinikmati.

Cara Buat Akok Homemade Bakar Guna Sandwic Maker.

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI