
Sekarang ni ramai yang belajar buat tauhu bergedel sebab nak niaga. Tak salah kalau korang pun cuba buat untuk makan sendiri. Nah, ni kami berikan resipinya. Puas makan.
TAUHU BERGEDEL DAGING
BAHAN TAUHU
• 5 biji kentang (rebus dan lenyek)
• bawang goreng
• daun sup
• daging cencang (rebus dengan sedikit garam)
• garam
• telur ayam
• minyak masak untuk menggoreng
• tauhu kosong
CARA MEMBUAT TAUHU
1. Masukkan kentang, bawang goreng, daun sup, daging cencang dan sedikit garam ke dalam bekas.
2. Gaul sampai bahan-bahan sebati.
3. Rasa sedikit bahan-bahan tadi. Jangan terlalu masin. Kalau masin sangat tak sedap sebab kita nak makan tauhu ini dengan sambal cili kicap.
4. Sumbat bahan-bahan tadi ke dalam tauhu kosong. Tebuk tengah-tengah tauhu untuk senang nak isi bahan-bahan tadi ke dalam tauhu.
5. Isi bahan-bahan tadi penuh pada tauhu dan betul-betul padat.
6. Dah siap sumbat, pecah sebiji telur ayam dalam bekas. Pukul sedikit telur ayam itu.
7. Celupkan tauhu tadi ke dalam telur ayam.
8. Goreng dalam minyak masak panas sehingga tauhu tadi berwarna perang. Toskan minyak.
8. Siap untuk dihidangkan bersama sambal cili kicap.
BAHAN SAMBAL CILI KICAP
• 3 ulas bawang putih
• 15 biji cili api
• 1/2 cawan kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan sampai hancur. Masukkan dalam bekas.
Resipi oleh Shaeila Ehin dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Garlic Butter Spread Homemade Yang Simple & Sedap

Isi Kandungan
ToggleGarlic Butter Spread ni jika di pasaraya, sebotol kecil harganya boleh tahan mahal. Berbelas ringgit. Kalau nak tahu, anda boleh je buat sendiri di rumah guna bahan-bahan yang sangat ringkas. Malah kosnya berkali-kali ganda lebih murah tau. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA BUAT GARLIC BUTTER SPREAD
BAHAN-BAHAN:
- 2 labu bawang putih – cincang halus (beli online DISINI)
- 2 sudu makan mixed herbs (beli online DISINI)
- Marjerin
(sapuan ini tidak rasa masin. Jika mahu masin, tambahkan sedikit garam bukit)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 1 sudu makan merjerin guna api perlahan. Masukkan bawang putih cincang.
2. Setelah bawang telah naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu makan mixed herbs. Kacau rata. Bila mixed herbs tadi naik bau, padamkan api. Biarkan sejuk.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan 9 sudu makan marjerin. Tambahkan tumisan bawang putih dan herba tadi. Gaul rata.
4. Simpan garlic spread butter dalam bekas kedap udara.
5. Untuk menikmati garlic spread ni, sapu tipis pada roti sebelum dibakar.
6. Bakar atas non-stick pan. Lebih garing roti, lebih sedap rasanya.
7. Selain disapu pada roti, anda juga boleh menggunakan sapuan ini untuk menyediakan apa-apa sajian kegemaran anda.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak beli KUALI NON STICK baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Pandan Thai. Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Nampak Biasa Je Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap
Resipi Tepung Bunga. Kuih Tradisional Sedap Hanya Guna 4 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Idea Menu Potluck Anak Ke Sekolah. Mudah Je Nak Buat

Syawal bakal berakhir sekolah pula banyak yang menganjurkan Majlis Hari Raya dan juga sambutan Hari Guru. Ada masanya buntu tak tahu apa menu yang sesuai nak dibawa anak-anak untuk memeriahkan majlis yang dibuat. Ini 10 idea menu yang dikongsikan oleh ibu-ibu melalui grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Paling penting menarik dan mudah untuk disediakan.
- Puding Karamel
BAHAN-BAHAN:
16 gram serbuk agar-agar (saya tambah sukatan) – beli online disini
4 cawan air
1 tin susu cair – beli online disini
1 cawan susu pekat – beli online disini
Pewarna kesukaan
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana…kacau hingga larut..apabila dah mendidih ganas tutup api.
- Tuangkan dlm acuan bentuk kecil-kecil (contoh bentuk dinasor) dan keraskan dalam peti ais.
Kredit: Intan Ghadzali
- Makaroni Cuppizza
BAHAN-BAHAN:
Makaroni – beli online disini
Bawang putih – beli online disini
Isi ayam
Sos Spaghetti – beli online disini
Mix herbs – beli online disini
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Pizza cheese
CARA MEMASAK:
1.Rebus macaroni sehingga masak dan toskan
- Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan isi ayam. Masak isi ayam sehingga masak
- Masuk macaroni yang telah direbus, sos spaghetti, kalau nak masuk veges boleh, letak mix herbs, garam sikit.
- Ambil tortilla wrap, potong bentuk tiga segi, letak dalam cup.
- Masukkan pula macaroni yang telah dimasak tadi ke dalam cup.
- Pecah telur, letak garam & black pepper sikit. Whisk.
- Tuang telur ke dalam cup agak-agak tenggelam
- Tabur cheese pizza dan sprinkle sedikit mix herbs
- Bakar dengan suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah 15 minit, + api bawah 10 minit. Tak nak atas garing sangat nanti.
Kredit: Sharinaz Redwan
- Roti Wrap
BAHAN-BAHAN:
Roti gardenia di gelek nipis (buang tepi)
Sosej yang direbus
Salad
Sos cili
Cheese
Mayonis
Biji selasih atau bijan hitam
CARA PENYEDIAAN:
1.Buang tepi roti dan gelek nipis
2.Lapiskan roti dengan daun salad, cheese dan sosej
3.Gulungkan roti
- hiaskan dengan sos cili, mayonis dan sos keju
- Taburkan dengan biji selasih atau bijan hitam
Kredit: Ashila Musa
- Makaroni Bakar
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
Kredit foto: Nuralia Idayu
- Beef Spaghetti In Cup
BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti – beli online disini
1 biji bawang holland – potong dadu – beli online disini
1paket daging cincang
1 botol sos pasta mushroom – beli online disini
1 botol sos pasta traditional – beli online disini
1 tin cendawan – potong nipis – beli online disini
3 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar cili kisar – beli online disini
4 ulas bawang putih – dicincang – beli online disini
2 biji tomato – potong dadu
500gm bebola daging
2 helai daun bay – beli online disini
Sedikit serbuk lada hitam – beli online disini
Sedikit Italian herbs – beli online disini
Sedikit oregano – beli online disini
1 kiub pati daging – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.
- Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau.
3. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering.
4. Kemudian masukkan kesemua sos pasta, sos cili, kiub pati daging dan sedikit air.
5. Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak.
6. Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api. - Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.
Kredit resepi: Nur Masri
Kredit Foto: Rosliza Basharudin
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cuaca Panas Begini, Nikmatnya Dapat Air Longan Herbs Tanpa Soda
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Guna Ketulan Ais, Rahsia Pisang Goreng Jadi Lebih Rangup

Dalam membuat pisang goreng yang sedap dan mendapat permintaan, banyak resipi yang dikongsikan.
Namun nampaknya perkongsian daripada Umi Watie ini yang menggunakan ketulan ais sebagai rahsia pisang goreng jadi rangup, memang berbeza.
Menurut Umi, dia memperoleh resipi ini daripada abahnya yang pernah menjadi penjaja pisang goreng.
RESIPI CARA BUAT PISANG GORENG RANGUP
BAHAN KERING:
2 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
1 cawan tepung ubi kayu – beli online DI SINI
Serbuk kunyit – beli online DI SINI
Garam – beli online DI SINI
2 sudu besar marjerin yang dicairkan – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
TONTON Let’s Cooking: Roti Poket Doremon
BAHAN LAIN:
4 ketul ais
1 ¾ cawan air
Pisang (tak kisah pisang yang ingin digunakan)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1.Gaulkan semua bahan kering di dalam satu bekas.
2. Masukkan marjerin yang sudah dicarikan.
3. Kemudian, masukkan ais batu. Marjerin, ais batu dan tepung ubi untuk merangupkan bancuhan tepung goreng pisang kita. Ini bahan rahsianya.
4. Masukkan air. Kacau-kacaukan supaya sebati semua bahan. Bancuh hingga ais tadi cair sekali ya.
5. Apabila bahan salutan sudah tersedia, ketepikan. Kita namakan ini bancuhan A. Nanti kita buat bancuhan B.
6. Potong pisang kegemaran. Saya guna pisang tanduk. Bancuhan tadi tu sedang elok untuk sebiji pisang tanduk tau.
7. Kita sediakan bancuhan B. Ambil ½ cawan bancuhan A kita tadi tu. Campurkan dengan ¼ suku cawan air. Bancuhan memang cair. Saya buat sikit-sikit bancuhan cair ni. Kira bila bancuhan cair dah habis baru bancuh baru. Pisang salut dengan bancuhan yang lebih pekat.
8. Dalam minyak yang panas, saya masukkan 2 sudu besar bancuhan B yang telah saya cairkan tadi. Dia akan naik berkelopak macam dalam gambar tu.
9. Kemudian, baru saya masukkan pisang dengan bancuhan A. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
10. Tadaaaa. Beginilah jadinya pisang goreng kita. Ulang langkah macam mula-mula tadi ya.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Laku Keras Sampai Repeat Order, Wanita Ini Kongsi Resipi Peria Crispy
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: