Pertandingan World Chef Championship (WCC) bakal mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai acara yang menampilkan kategori pertandingan jenis masakan paling banyak iaitu 81 jenis masakan dan juri pertandingan paling ramai terdiri daripada 69 juri profesional dari dalam dan luar negara. Penjurian diketuai oleh Master Chief Judge, Francis KC Tan.
Master Chief Judge, Francis KC Tan. (kiri sekali)
Pertandingan ini bakal berlangsung pada 13hb hingga 15hb Disember di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Majlis pelancaran awal dan sidang medianya berlangsung semalam di Wisma Tani, di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya disempurnakan oleh Menterinya YB Datuk Salahuddin Ayub.
Majlis turut dihadiri barisan Chef ternama dari industi hotel, universiti dan persatuan Chef serta Chef Selebriti dan bebas. Pertandingan World Chefs Association ini adalah anjuran Persatuan Masters Kulinari Malaysia tajaan VESTA yang diwakili oleh CEO Vesta International Culinary Group, Yap Bok Tuck dan Konsultan Vesta, Saifullah Ahmad.
Ads
Terdapat 14 kategori utama yang dipertandingkan iaitu patisserie, paparan sejuk, dim sum, kuih tradisional Melayu, masakan panas, masakan Jepun, artistic, persembahan dan food styling yang memaparkan kemewahan makanan (gold opulence service), kemahiran memotong daging, barista, warga emas dan vegetarian.
Menurut Saifullah Ahmad satu syarat pertandingan yang wajib dipatuhi oleh setiap peserta adalah mereka tidak menyediakan masakan atau hidangan yang mengandungi daging khinzir dan alcohol sebagai bahan masakan kerana pertandingan ini adalah pertandingan berkonsepkan mesra kepada semua kaum di Malaysia.
Para peserta juga disyaratkan menggunakan hasil pertanian agro sebagai bahan dalam masakan masing-masing.
“ World Chefs Championship terbuka kepada semua peserta yang mempunyai minat dalam bidang masakan, pastri serta penyediaan F & B (makanan dan minuman). Ini termasuklah pengusaha dan penjaja makanan dan minuman, suri rumah, pelajar dan golongan tentera yang mempunyai bakat dan minat dalam bidang ini.
Pertandingan ini tidak beorientasikan keuntungan dan bagi setiap penyertaan bayaran RM100 dikenakan,” ujar Saifullah. .
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vesta, Yap Bok Tuck berkata, Kedah dipilih sebagai lokasi WCC dalam usaha membantu mempromosikan negeri itu.
“ Tahun ini adalah Tahun Melawat Kedah, jadi kita hendak membantu mempromosi Kedah dan Malaysia amnya yang kaya dengan aneka makanan,” kata Yap Bok Tuck lagi.
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buat para penggemar daging, pasti anda bersetuju yang seleksi daging lembu dan bebiri muda kambing Australia halal menjanjikan kesegaran rasa, berperisa dan cukup sempurna untuk digandingkan dalam pembuatan sushi Jepun.
Daging lembu dan bebiri muda kambing halal terbaik Australia adalah hasil padang rumput ternak hijau yang subur, udara segar, cahaya matahari dan air bersih. Daging lembu Australia sentiasa menjadi pilihan unggul dengan rangkaian tekstur, kelembutan, profil rasa dan kualiti pemakanannya.
Rangkaian besarnya termasuk produk daging lembu yang diberi makan rumput berkualiti, bijirin, organik beserta baka yang berkualiti tinggi seperti Wagyu, Hereford dan Angus. Kambing Bebiri muda Australia adalah sumber protein yang bermutu tinggi, lazat dan sihat.
Sushi yang baik tidak semestinya hanya menggunakan hidupan laut. Sushi yang dibuat dengan daging lembu Australia Wagyu, Hereford dan Angus, misalnya, akan menaikkan beberapa tahap dalam rasa dan tekstur.
Bebiri muda dalam sushi mungkin kedengaran agak pelik tetapi ia sebenarnya memberikan satu dimensi rasa yag menarik kepada para peminat sushi dan onigiri. Bebiri muda Australia merupakan pilihan protein yang sihat.
Sempena meraikan Chef Cash Fong untuk siri #DoneWithChef di Grand Hyatt Kuala Lumpur sehingga 3 September, Daging dan Ternakan Australia (MLA) dengan kerjasama Grand Hyatt Kuala Lumpur telah mengadakan satu ‘Masterclass Sushi’ dengan menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia bersama pihak media.
Chef Cash Fong merupakan Chef Eksekutif Jepun dari kumpulan restoran Tung Lok di Singapura, mengendalikan masterclass eksklusif di THIRTY8 Restaurant, Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan menunjukkan cara yang lazat untuk membuat sushi dan onigiri menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia.
Pihak media telah dijemput untuk merasai hidangan Jepun dalam Siri #DinewithChef. Antaranya ialah Platter Rasa Wagyu Australia, Wagyu Tataki Australia, Stik Kohitsuji Miso (bebiri Muda Australia) dan Stik Wasabi Australia. Memang enak-enak belaka sajian yang dihidangkan.
Daging lembu Australia Grassfed dikatakan mempunyai rasa yang mantap, bersahaja dan tekstur yang sangat baik. Sebagai makanan berkhasiat semulajadi, daging lembu yang diberi makan rumput dilihat sebagai komponen penting untuk diet yang sihat, secara semulajadi rendah lemak dan kolesterol. Ia mengandungi 12 nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik, termasuk vitamin Zat Besi, Zink, Omega-3 dan B.
Daging lembu Australia yang diberi bijirin termasuk daging lembu Wagyu Australia berasal daripada lembu yang telah diberi makanan yang seimbang dari segi pemakanan dan bercatuan tenaga tinggi untuk tempoh tertentu. Ini menghasilkan marbling yang dipertingkatkan, dengan kelembutan yang ditambah baik, lebih berjus dan rasa yang lebih baik.
Bebiri muda Australia, yang diternak terutamanya di padang rumput, menghasilkan daging tanpa lemak yang berkhasiat serta mengandungi 12 nutrien penting yang sama seperti daging lembu Australia.
Jika anda suka minuman coklat, anda wajib cuba minuman coklat berperisa KitKat® yang dilancarkan oleh Nestlé Malaysia bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan dihasilkan seiring dengan semangat ‘Buatan Malaysia’.
Minuman coklat KitKat® ini merupakan invoasi terkini yang membawa pengalaman KitKat® dalam bentuk minuman coklat. Paling penting, minuman ini telah memperoleh sijil Halal oleh Jakim serta dihasilkan dengan menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari.
Dengan gabungan unik koko yang kaya dan perisa wafer, minuman coklat KitKat® ini menghasilkan rasa coklat dengan aroma yang memikat. Setiap hirupan menawarkan rasa KitKat® yang lazat dan enak.Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata bahawa Nestlé memahami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia. Oleh itu, pasukan penyelidik KitKat® berusaha menambah baik konfeksi ini dengan menghasilkan minuman coklat KitKat® yang digemari ramai. Minuman unik yang memberi pengalaman istimewa dan memuaskan, menjadikan setiap detik biasa jadi lebih luar biasa.
Tambah Aranols lagi, minuman coklat KitKat® ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi ia adalah sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan. Dengan ungkapan “Jom Rilek, Minum KitKat®”, Nestle mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat kegembiraan bersama minuman coklat baharu ini.
Sempena ketibaan Ramadan tahun ini, Cadbury Diary Milk ingin mengajak seluruh Rakyat Malaysia menggunakan kertas lapik pembakar eksklusif mereka yang direka khas untuk memudahkan proses pembuatan kuih raya dari hatiuntuk bulan yang mulia ini.
Cadbury ingin mengajak rakyat Malaysia mengekspresikan keikhlasan dan kasih sayang kepada rakan taulan dan ahli keluarga dengan membuat Kuih Raya Dari Hati hasil air tangan kita sendiri menggunakan resipi Cadbury yang mudah dan lazat.
Membuat kuih raya sememangnya rumit bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Tambahan pula setiap bahan perlu disukat dengan tepat mengikut resipi, menggunakan gajet dan peralatan yang khusus bagi menghasilkan kuih raya yang sempurna. Sebab itulah, mereka yang jarang ke dapur akan teragak-agak untuk membuat kuih raya mereka sendiri, dan memilih jalan mudah membeli kuih raya yang sudah siap di pasar raya atau kedai dalam talian. Cadbury sememangnya memahami keadaan ini, dan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kertas lapik pembakar bersama-sama dengan resipi kuih raya mereka sempena Ramadan tahun ini.
Mulai 1 Mac hingga 31 Mei, kepingan bar 160g Cadbury Dairy Milk akan dibalut dengan kertas lapik pembakar yang terdiri daripada satu (1) resipi dan templat alat penyukat bahan membuat kuih raya. Kertas lapik pembakar yang dicetak dengan templat itu, turut dilengkapi dengan arahan cara membuat alat penyukat tersebut. Tambahan lagi, alat penyukat itu boleh menyukat dengan tepat bahan yang diperlukan bagi resipi yang disertakan! Dengan adanya resipi, arahan serta visual yang mudah difahami, proses membuat kuih raya akan jadi lebih mudah.
Terdapat lapan resipi yang disediakan untuk kempen raya tahun ini, di mana enam daripadanya boleh didapati di laman sesawang mikro kempen ini dan pada kertas lapik pembakar yang didatangkan dengan kepingan bar Cadbury Dairy Milk, manakala 2 resipi lagi hanya boleh didapati secara eksklusif dalam talian.
Resipi kuih raya yang disediakan ialah:
Biskut Keju Cadbury
Kek Batik Cadbury
Kek Keju Hangus Mini Basque Coklat Cadbury
Tat Coklat Cadbury
Kek Keju Coklat Cair Cadbury
Puding Coklat Cadbury*
Biskut Fudge Coklat Cadbury*
*Dalam talian sahaja
Walaupun menggunakan perkakas dan alatan yang betul, kebanyakan kita mungkin akan berasa gentar semasa membuat kuih untuk kali pertama. April ini, Cadbury Dairy Milk akan berkolaborasi dengan Chef Selebriti Anis Nabilah untuk membimbing para hadirin dalam sesi strim langsung eksklusif Kuih Raya Dari Hati Cadbury. Bersama-sama dengan hos Azura Zainal, Chef Anis akan memberikan tip-tip serta petua bagi memudahkan lagi proses membuat kuih raya yang enak ini! Sesi strim langsung ini adalah percuma, dan untuk mendaftar sebagai hadirin hanya memerlukan tiga langkah mudah:
Imbas kod QR pada kertas lapik pembakar untuk memasuki laman sesawang mikro Raya 2022 Cadbury. Selain itu, ia juga boleh diakses melalui pautan: www.resipiraya.cadburyoreo.com.my
Isikan butiran dengan tepat pada borang pendaftaran strim langsung.
Hadir pada sesi strim langsung eksklusif bersama-sama Chef Anis Nabilah serta hos Azura Zainal, dan bersedia untuk membuat kuih raya enak dengan Cadbury!
Cadbury turut menawarkan peluang untuk merebut hadiah lumayan bernilai hingga RM20,000 dengan hanya mendaftar. Hadiah yang disediakan termasuklah sebuah peti sejuk berjenama premium, sebuah ketuhar elektrik, dan banyak lagi. Mereka yang mendaftar awal turut berpeluang untuk memenangi kit istimewa yang mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuih Raya Dari Hati ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk Cadbury Dairy Milk yang boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya hiper seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, sila kunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.