Cantik, dikenali ramai dan punya aura tersendiri. Walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing namun siapa sangka, selebriti terkenal pun rajin masuk dapur. Malah ada diantara mereka yang suka berkongsi idea masakan serta resipi dengan para peminat di laman sosial.

Jom tengok apa menu yang geng-geng artis ni suka masak. Bolehlah cuba nanti!

 

1. Jozlynn Hanania

Isteri kepada Johan dan ibu kepada Ariq, Sodiq, Haziq dan Chantiq ni memang handal memasak. Boleh dikatakan setiap hari pasti beliau kongsikan menu yang dimasak untuk suami dan anak-anak. Powerlah supermum ni!

Smp malaysia lepas amik luggage almost 2am.. ngantok.. balik umah lepas bersihkan bdn tdo dlm kul 4am.. 5.15am terjaga kejut shuben bgn tdo siap nak g kerja.. sesambil amik kesempatan pejam mata sat.. skali tgk ehhh laki kita pon dok follow pejam sama.. xleh jadik.. kena bgn sesama.. nak siapkan abg ariq ngan abg sodiq punya breakfast n bekal skolah.. pastu kul 7.30 standby siapkan utk abg haziq dgn baby chantiq plak.. kul 8.20am dorg g skolah tinggal kita sensorg.. kemas umah.. smp satu tahap mata kuyu😂.. lelap kejap ar.. biar shuben balik dia kejut.. dia kejut n dh siap basuh pinggan.. so standby utk memasak plak.. kita bgtau tlg vacum umah yek sb i nak basoh baju.. biasa la balik dr luar negara kerja umah akan bertambah 2kali ganda.. pesan shuben toksah tdo balik keje.. vacum umah.. u bgn pagi i pon bgn pagi, u keje pagi i kat umah pon keje dr pagi.. so sesama bantu.. nsb laki aku paham.. x mcm sesetgh lelaki.. dia kata laki dayus buat keje umah.. keje umah tu keje isteri.. 🙄.. syukur la yg berckp tu bkn laki aku.. kalau x mau keluar muka dpn surat khabar periok atas kepala dia🤣🤣🤣🤣 so lambat post arini sb sibuk kemas umah ngan laki.. baru dpt labuhkan punggoq nih pon standby nak lipat baju.. kemas beg2 💆🏼.. so menu kita sayur buncis pecah telor, telor mayong masak lemak cili api (kita beli kat @leenyslobster ) ikan merah masak sup lada itam (@leenyslobster blanja kita sekor😘) dgn sotong masak lemak baki mak masak semlm.. siap

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

 

2. Datin Paduka Eina Azman

Muda, kaya dan memiliki segalanya. Namun untuk sajian keluarga, Eina lebih suka menyediakan sendiri masakan hasil air tangannya. Salutelah!

 

IKLAN

3. Hanis Zalikha

Selebriti cantik manis ni pun rajin berkongsi resipi di Insta Story. Ringkas, mudah dan praktikal untuk ibu-ibu muda.

Guna penapis teh 😂

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Untuk kesayanganku. Siapa boleh tulis balik resepi dia kat sini 🤓❤️

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Baru nak ambek video lauk tetiba dia nyampuk alahai cair hati isteri.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

 

4. Zarina Zainuddin

Terkenal dengan air tangannya yang popular. Tak lain dan tak bukan semestinya sajian pulut kuning dan rendang! Kalau bulan puasa ni, memang tak menang tangan handle order.

American Breakfast for kiddos 💕

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

#sambaludangpetaizz #pulutpandansambalbilispetaizz Jomm makannn

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

IKLAN

#pulutkuningrendangazz #pulutkunungrendangayamzz #Pulutkuningrendangdagingzz #pulutpandansambalikanbilispetaizz #pulutkuningrendangkerangzz Open order Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu Ahad Isnin cuti 💕 @agent_aisyah15 (wa 016-6375662) Bandaraya KL, Jln Ipoh, Jln Kuching, Jln Duta, Ampang, Wangsa Maju, Setapak, Gombak, Batu caves, Kepong dan Selayang • @agent_carlinda (wa 016-3378591) Bukit Jelutong , Mcd Denai Alam, Setia Alam , Puncak Perdana , Mcd & Uitm dan Puncak Alam • @copycakes_lily (wa 012-3848835) Sunway, Subang Jaya, USJ, Putra Heights, Saujana Putra dan Puchong • @desserts.semek (WA 012-2191512) Kelana Jaya, Petaling Jaya, Bangsar, Pantai Dlm, Shah Alam, Kota Kemuning, dan Klang • @iris_delivery (wa 013-3692359) Kota Damansara, TTDI, Bandar Utama, Ara Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Damansara Heights, Damansara Uptown, Sg Penchala, Tropicana • @kembara.mak.dan.anak (wa 013-2578613) Equine, Cyberjaya, Putrajaya, BBBangi • @sumi_collectionshoppe (wa 012-7879949) Putrajaya, Bangi, Bukit Mahkota, Nilai, Serdang, Senawang dan Seremban • @isma_pulutzz Shah Alam dan Klang • @zianaamoy (wa 012-3571695) Taman Dato Harun, Taman Medan, Sri Manja dan Sri Sentosa • @slay_service (wa 013-2314758) Cheras, Kajang & kawasan sekitar • @intanzailie Banting dan kawasan sekitar • @_yummieyahfz Kuala Selangor, Sungai Buloh dan Rawang • @fareydahdania Seri Manjung • @linda75_Manap Port Dickson dan Seremban3

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 

5. Farahdhiya

Selaku penyanyi, pelakon dan pencara TV, pastinya Farahdhiya sangat sibuk dengan kerjayanya. Namun jangan tak tahu, beliau ni handal masak. Lauk moden boleh, lauk kampung boleh, kuih pun tahu buat. Memang sempoi habis!

#fdskitchen #fdcooked

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

 

6. Zulin Aziz

Selebriti berbakat besar yang terkenal dengan personaliti ‘gila-gila’. Jangan tak tahu, Zulin pun handal dekat dapur. Lihatlah menu-menu yang dimasak. Bikin terliur!

IKLAN

Ayam berlado siap #cikzulinkedapur

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

 

7. Raja Farah

Kurang aktif di kaca televisyen namun selebriti ini rupanya aktif di dapur. Ibu kepada Imran Iskandar ni sibuk menguruskan perniagaan kek dan pastri rupanya. Tengoklah macaron tu…Nampak sedap!

 

8. Raja Azura

Bila skodeng masakan yang Raja Azura @ Kak Engku kongsi di IG, pasti tersenyum sendiri. Ada sahaja ‘caption-caption’ yang lucu. Haha..terbaiklah!