Himpunan resipi Kek Minyak dari blogger popular yang selalu mendapat perhatian. Antara kek yang paling mudah untuk di sediakan dengan bahan yang tidak remeh dan yang paling best kesemua resipi ini menggunakan sukatan cawan. Untuk yang sedang berjinak nak buat kek, inilah masanya pilih saja yang mana kamu suka!

 

RESIPI KEK MINYAK

Wajib Cuba! 5 Jenis Kek Minyak Sukatan Cawan Dari Resipi Popular.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas atau pisang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna yg disukai

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Sy putar dlm 5 minit.
  3. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.
  4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
  6. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.
  9. Sediakan loyang 8 inc.(Sy guna loyang 9 inc)
  10. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  11. Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
  12. Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
  13. Bakar selama 45 minit ~ 60 minit. Sy bakar sejam. Siap.

Kredit resipi: Atier Syah

 

KEK MINYAK SEDAP

Wajib Cuba! 5 Jenis Kek Minyak Sukatan Cawan Dari Resipi Popular.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula kaster
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit perisa yang disukai – tak letak
  • Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

 

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.
  2. Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9″ dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
  4. Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Kredit resipi: Azie Kitchen

 

 

KEK MINYAK

Wajib Cuba! 5 Jenis Kek Minyak Sukatan Cawan Dari Resipi Popular.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
  • 2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan susu pekat ~ 300 gm
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak ~ 200 gm
  • perasa nenas atau pisang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
  2. Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
  4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
  6. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
  9. Gaul rata
  10. Sediakan loyang 8 inc
  11. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
  12. Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
  13. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
  14. Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
  15. Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
  16. Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
    Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
  17. Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.

 

Kredit resipi: Kemma81

 

 

KEK MINYAK

Wajib Cuba! 5 Jenis Kek Minyak Sukatan Cawan Dari Resipi Popular.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/2 cawan gula kastor
  • sedikit pewarna saya guna merah jambu, hijau, kuning
  • sedikit perisa ikut suka – saya guna perasa nenas

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. panaskan oven pada suhu 170″ C kemudian ayam tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. siapkan loyang dan lenserkan butter diatasnya. lepas tu alaskan dengan baking papper.
  2. pukul gula bersama telur dan ovalatte hingga kembang, masukkan esen vanilla dan susu pekat. pukul lagi sekejap. masukkan perisa mengikut yang anda suka dan minyak jagung. dan gaul adunan hingga rata.
  3. masukkan tepung gandum yang sudah diayak dan gaul lagi hingga rata. bahagikan adunan kepada 3 warna. tuangkan adunan kedalam loyang dan corak warna mengikut kreativiti masing-masing.
  4. akhir sekali, bakar adunan ke kedalam oven selama 50 minit atau hingga masak. bila sudah maska angkat dan sejukkan. potong-potong dan hidangkan.
  5. biasanya saya makan kek minyak ini ketika masih panas-panas kerana sudah tidak sabar menunggu ianya sejuk. tapi memang lebih sedap bila ianya dimakan sejuk-sejuk dengan disimpan terlebih dahulu dalam peti ais selama beberapa jam.

Kredit resipi: Hani Widianti

 

KEK MINYAK GEBU

Wajib Cuba! 5 Jenis Kek Minyak Sukatan Cawan Dari Resipi Popular.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur
  • 1sb ovallate
  • 1sk esen vanilla
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/4 minyak + 1/4 butter cair
  • pewarna yang disukai

AYAKKAN:

  • 1 cawan setengah tepung gandum cap ros
  • 3-4 sudu besar susu tepung
  • 1sk baking powder
  • 1sk soda bikarbonat(untuk kukus shj..bakar xyah)

CARA MEMASAK:

  1. mix sehingga gebu telur,ovallate,esen,dan gula halus
  2. selepas gebu baru masukkan susu pekat
  3. then masukkan 1/4 minyak + 1/4 butter cair.mix sehingga sebati
  4. masukkan bahan2 yang diayak tadi sedikit demi sedikit.kacau sehingga sebati
  5. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan
  6. sapu loyang dengan butter dan lapik dengan baking paper
  7. letak adunan yang telah diwarnakan tadi,selang-seli kan warna
  8. bakar kek pada suhu 170c selama 45 min @ sehingga kek masak.api atas dan bawah
  9. .boleh lar potong n makan

kredit resipi: fb azlina ina fans

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI