Isi Kandungan
ToggleSemerbak harum bau sambal tumis memang boleh menambah makan.Nak buat sambal tumis yang sedap ialah dengan menumis bahan tumisan dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak dan garing.Selain itu, menggunakan bawang merah yang banyak. Bagi mendapatkan warna sambal yang cantik ialah dengan memasukkan gula terlebih dahulu, sebaik bahan tumis garing.
Nak masak sambal sotong ni, sambal kena kering dulu, sebelum dimasukkan sotong yang telah ditos bagi mengelakkan sambal berkuah dengan air sotong. Memang sangat sedap lebih-lebih lagi sotong yang diguna adalah sotong yang masih segar.
Sambal Sotong Kembang
Bahan-bahan:
- 3 ekor sotong, bersihkan.
(ikut petua, rebus sekejap jer. Air dah mendidih terus padam api biarkan seminit dua kemudian toskan dan potong-potong)
- 6 -7 sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)
- 2-3 sudu besar bawang besar-kisar
- 1 sudu besar bawang putih-kisar
- 1 sudu besar halia-kisar
- 1-2 biji bawang besar hiris kasar
- 1 ketul kecil Gula Melaka
- 1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
- Garam dan Ajinomoto
- Sedikit gula pasir
- 1 mangkuk kecil kacang tanah (goreng dan kisar sedikit kasar)
Cara membuat:
1.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar.Goreng sampai sedikit garing.
2.Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) ratakan sekejap.
3.Masukkan cili kering kisar,ratakan. masukkan juga gula melaka. Terus tumis.
4.Masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (agak-agak yer)dan sedikit pes asam jawa, Gaulkan rata dan biarkan hingga naik minyak.
5.Boleh masukkan sotong.Gaul rata.Masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.
6.Masukkan sedikit air, gaul lagi.Boleh tambah kacang tanah jika nak.
7.Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi.Selalu kacau supaya sambal tak hangit.
8.Siap untuk dihidang.
Kredit: Har Ryea
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inspirasi Udang Segar New World Hotel, Kemanisan Udang Gerenti Terliur
Isi Kandungan
ToggleSekali sekala jamu selera dengan menu udang memang lazat. Yang penting pilihlah udang yang segar, barulah lauk yang dibuat gerenti manis.
Udang galah dan udang air tawar Yabby memanglah agak ‘mahal’ tetapi sekali sekali penuhkan selera ‘mewah’ sebagai ganjaran kepada diri anda atas kegigihan kerja keras anda
Jom semak resipi yang disediakan oleh Ekeskutif Chef Alexander Chong, Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, Chef Alief Aldrin dan Chef Nazrin Syazwan Roslan ini dari New World Hotel, Kelana Jaya.
GULAI UDANG GALAH NENAS NEW WORLD
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg udang galah
- 350 gm nenas| dihiris
- 3 cawan santan kelapa
- 2 cawan air
- 1 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak
- 3 helai daun limau purut | dicarik
- 1 sudu teh pes asam jawa
Bahan dikisar (A):
- 12 biji cili merah
- 15 biji bawang kecil
- 200 gm bawang putih
- 1 1/4 sm lengkuas
- 4 sm kunyit hidup
- 2 batang serai | dihiris
- 60 gm buah keras
- 50 gm belacan | dibakar
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan A, tambahkan sedikit air untuk memudahkan ia dikisar.
2 .Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
3. Masukkan nenas dan biarkan ia mereneh selama 5 minit.
4. Kemudian tuangkan santan. Perlahankan api dan terus kacau perlahan-lahan.
5.Masukkan udang, pes asam jawa dan gula secukupnya
6. Biarkan udang masak. Kemudian tutup api dan masukkan daun limau purut dan kacau rata.
7.Gulai siap dihidang
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Udang galah dan nenas terbit rasa manis dan masam yang enak
Anggaran kos : RM 65
INFO CHEF : Pilih udang yang segar untuk rasa yang dijamin manis. Udang segar badannya pejal dan kepala terlekat di badan. Badannya juga menjalar bukan membengkok, bermakna ia dibekukan masa hidup dan lebih segar.
KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
- 300 gm cili kering /dibuang cili
- 150 gm halia /dihiris nipis
- 200 gm ulas bawang putih/ diketuk
- 180 gm bawang kecil
- 80 gm serai, dihiris halus
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
- 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 600 gm udang yabby
- 200 gm kek ikan/ sudah dimasak
- 1/4 cawan minyak masak
- 200 ml santan kelapa
- 1 liter air stok ayam
- 10 keping tofu (jika suka)
- 12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
- 400 gm mi laksa
- 2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
- 3 biji telur rebus /lembut
- Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
Anggaran kos : RM 85 setiap bahagian (portion)
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Terima kasih : NEW WORLD HOTEL, 1, Jalan SS 7/26a, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Menu Udang Yang Ringkas & Sedap! Terliur Sungguh Tengok Haa..
Udang, antara makanan laut menjadi kegemaran ramai, masak apa pun sedap. Selain cepat dimasak, udang juga boleh dipelbagaikan menu ikut cita rasa keluarga. Empat menu yang RASA kongsikan mungkin boleh dicuba atau boleh memberikan idea untuk anda mengolahnya semula mengikut selera anda dan juga ahli keluarga.
UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
- 1 biji bawang besar |dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 2.5cm halia | dikisar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan air asam jawa
- 3cm belacan
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
- Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
- Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
- Tutup api dan gaul rata.
- Sedia dihidangkan.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 8 biji cili padi | dihiris
- 1/2 cawan susu seger
- 1 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
- 2 biji telur kuning
- 1 sudu makan mentega
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
- Angkat dan toskan.
- Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
- Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
- Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
- Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
- Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
- Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
- Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
UDANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 4 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 biji bawang besar |dicincang
- 1 batang serai | dikisar
- 2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
- 6 biji cili padi | dihiris
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
- Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
- Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.
UDANG GORENG TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 helai daun kunyit | dihiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
- Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
- Kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
- Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.
- Tutup api dan gaul rata. Sedia dihidangkan
Ini Idea Bijak Gabung Lauk Dengan Sayur Dalam Satu Menu Yang Sedap.
Korang, kalau rasa sibuk dan tak cukup masa tapi nak juga masak sendiri. Ini ada idea bagus korang boleh cuba. Ideanya ialah campurkan lauk dengan sayur sekali dalam satu menu, contoh Gulai Ikan Masin Dengan Terung Atau Kari Daging Dengan Rebung. Tapi kalau korang ada idea lain boleh je cuba. Yang penting ada sayur dan lauk dalam satu menu, lauk tambahan boleh je goreng telur dadar. Senangkan, Kalau korang nak cuba ini ada beberapa resipi yang RASA kongsikan.
KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
- 150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
- 500ml air rebusan tulang
- 250ml santan
- 1/2 cawan air asam jawa
- 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 4 sudu makan rempah kari daging
- 2 sudu makan sebuk cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 3cm kulit kayu manis
- 2 tangkai bunga lawang
- 6 ulas buah pelaga
- 5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulsa bawang putih
- 4cm halia muda
- 3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
- Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
- Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
- Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
- Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
- Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
- Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
- Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
- 2 biji Terung Siam| belah dua
- 500ml santan kelapa
- 2 keping asam gelugor
- 2 sudu makan rempah kari ikan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
- 4 biji bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 1 sudu makan rempah campur
- 1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
- Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
- Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
- Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
- Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
- Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
- Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
- Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN JENAHAK BERSAMA BENDI & TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan jenahak (lebih kurang 3 keping) | cuci bersih dan tos
- 3-4 batang kacang bendi | buang pangkal dan hujung
- 1 biji terung bulat | belah empat
- 1 kuntum bunga kantan | belah dua atau empat
- 1 sudu makan rempah campur
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan pes cili kering
- 1/2 cawan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama rempah campur hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau lagi hingga tumisan pecah minyak.
- Seterusnya masukkan air asam dan air secukupnya. Biarkan mereneh.
- Masukkan ikan dan terung, kacau sekali sekala.
- Setelah ikan masak dan terung empuk, masukkan kacang bendi, daun kesum dan bunga kantan.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Apabila kuah sudah pekat dan cukup rasa. Tutup api.
- Asam pedas sedia dihidangkan.
ASAM REBUS BATANG KELADI & UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 pokok batang keladi | buang kulit ari dan potong 3-4 cm
- 4-5 ekor udang
- 3-4 keping asam gelugor
- 2 batang serai | titik
- 3-4 pucuk daun kesum
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 hirisan halia
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam periuk, setelah air mendidih masukkan batang keladi dan celur seketika.
- Selepas 2-3 minit angkat dan tos airnya.
- Dalam periuk lain, masukkan air lebih kurang dua cawan kemudian campurkan dengan bahan kisar.
- Kacau rata, renihkan di atas dapur. Setelah mendidih masukkan asam keping, sarai titik dan daun kesum.
- Seterusnya masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi bersama udang.
- Setelah udang bertukar warna kemerahan, perasakan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup masak dan rasa. Tutup api.
- Asam rebus batang keladi sedia dihidangkan.
LOKAN MASAK LEMAK CILI PADI DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg lokan | cuci bersih dan toskan
- Secekak daun pegaga | ambil daun sahaja
- 1 batang serai | titik
- 500 ml santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 3 ulas bawang merah
- 1 hirisan halia
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, asam gelugor dan serai titik.
- Renehkan di atas dapur menggunakan api sederhana.
- Setelah mendidih, masukkan lokan dan daun pegaga.
- Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak, tutup api dan hidangkan.
GULAI MINANG NANGKA BERSAMA BABAT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm nangka muda | potong dadu dan rebus
- 300gm babat | cuci bersih, rebus dan hiris kecil
- 500 ml santan
- 3-4 helai daun limau purut
- 2 batang serai | titik
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
- 6 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
- Seterusnya masukkan bahat, kacau seketika baru masukkan santan.
- Setelah mendidih masukkan nangka, asam gelugor.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Gulai nangka, sedia dihidangkan.
IKAN PARI ASAM TUMIS BEREMPAH BERSAMA TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan pari | cuci bersih dan tos
- 5-6 biji terung siam (warna unggu kecil) | buang tangkai
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1/2 cawan air asam jawa
- 4 helai daun limau purut
- 1 sudu makan rempah biji
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah campur, daun limau purut bersama bahan kisar.
- Selepas naik bau, masukkan air asam jawa.
- Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan ikan pari.
- Tambahkan sedikit air, setelah mendidh, masukkan terung.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, biarkan mereneh seketika baru tutup api.
- Asam Tumis Ikan Pari sedia dihidangkan.
KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm pisang berangan muda| buang kulit ari
- 250gm daging | hiris nipis dan cuci bersih
- 200ml santan pekat
- 300 ml air
- 2 keping asam gelugor
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 2 sudu makan serbuk cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili.
- Kacau rata hingga timbul minyak, baru masukkan daging.
- Setelah air daging kering, masukkan santan, jika agak pekat tambah sedikit air.
- Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugor.
- Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa. Tutup api.
- Kari pisang sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI UDANG & PERIA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang | bersihkan dan tos
- 500 ml santan
- 1/2 biji peria gambas | buang biji , hiris serong
- 1 keping asam gelugor
- 2 batang serai titik
- 1/2 helai daun kunyit | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3cm kunyit hidup
- 10 biji cili padi
- 3 ulas bawang merah
- Hirisan halia
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar. Kacau rata.
- Renehkan atas api sederhana.
- Apabila mendidih, masukkan peria, udang, serai dan asam gelugor.
- Biarkan mereneh lebih kurang lima minit atau hingga udang masak dan peria empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan daun kunyit.
- Gulai udang sedia dihidangkan.