Bubur wadai kepeng warisan orang banjar. Kalau orang jawa panggil bubur candil. Sukar nak nikmati bubur ni kalau bukan acara kenduri dan sebagainya. Mungkin ada yang teringin nak buat sendiri,disertakan resepi membuatnya.
WADAI KEPENG
Bahan A
3 cawan tepung pulut
½ sudu teh garam
Air secukupnya
Bahan B
2 cawan air
1 ketul gula kabung
4 sudu gula merah
4 sudu gula pasir
1 sudu garam
½ mangkuk sagu
3 cawan santan
3 helai daun pandan
Cara memasak:
1) Campurkan semua bahan A dalam bekas, gaul hingga sebati.Kalau dah tak melekat kat tangan tu kira ok.Kemudian buat bulat-bulat dan tekan di bahagian tengah.
2) Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah digentel.Bila dah timbul angkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
3) Dalam periuk lain masukkan air, gula kabung,gula merah,gula pasir,garam dan daun pandan masakkan sehingga mendidih.
4) Kemudian masukkan sagu dan santan sehingga mendidih.
Ads
4) Masukkan bahan A ke dalam periuk yang dah mendidih.
5) Dah boleh rasa manis dan lemak,kemudian boleh dihidang.
Memang sedap andai dapat menikmati Cekodok Kembung yang terksturnya garing diluar dan lembut didalam. Bila dimakan bersama sos pilihan, terasa nikmat dan puas. Bagi anda yang tercari-cari resipi Cekodok Kembung yang mudah dan sedap, resipi perkongsian saudari SUe ZUe ni antara yang boleh dicuba. Mudah je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI CEKODOK KEMBUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Campur semua bahan (kecuali Eno) dalam mangkuk bersesuaian. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair sebab bila isi Eno, adunan tepung akan makin cair.
2.Bila adunan sudah elok teradun, baru masukkan Eno. Sebatikan.
3.Setelah adunan kelihatan naik buih @ berlubang-lubang, panaskan minyak dalam kuali.
4. Sudukan adunan ke dalam kuali. Masa menggoreng, jangan isi adunan tepung terlalu besar kerana cekodok ini akan mengembang.
Sedapnya Bubur Kacang Durian ni. Maklumlah sekarang dah sampai musim raja buah yang memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Bila durian mula membanjiri gerai dan kebun, pastinya ada banyak menu istimewa yang boleh dihasilkan daripada buah beraroma ini. Salah satu yang paling menggoda selera ialah hidangan bubur berkrim yang dimakan sejuk-sejuk, memang melegakan tekak.
Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau kongsikan satu resipi tradisional yang cukup ringkas tetapi hasilnya sangat memuaskan. Resipi ini menggunakan durian kampung yang rasanya lebih asli dan berlemak. Apabila digabungkan dengan kacang hijau yang lembut serta kuah santan pekat, ia menghasilkan Bubur Kacang Durian yang kaya rasa dan sukar untuk ditolak.
Hidangan ini bukan sekadar pencuci mulut biasa. Gabungan rasa lemak santan, manis gula melaka dan aroma durian menjadikan ia menu yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa, terutamanya ketika cuaca panas. Bubur ini juga fleksibel kerana boleh dimakan panas atau disejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Aroma daun pandan dan sedikit halia pula membantu menaikkan bau wangi tanpa menenggelamkan rasa utama durian. Setiap suapan memberikan keseimbangan rasa manis, lemak dan sedikit masin yang membuatkan hidangan ini tidak muak walaupun dimakan berulang kali.
Antara bahan utama yang diperlukan ialah kacang hijau, santan pekat, gula melaka dan beberapa ulas isi durian kampung. Penggunaan bahan segar memainkan peranan penting bagi memastikan hasil akhir Bubur Kacang Durian ini benar-benar sedap dan berkualiti.
Langkah pertama ialah membasuh kacang hijau sehingga bersih dan merendamnya selama kira-kira satu jam. Proses rendaman ini membantu kacang menjadi lebih cepat empuk ketika direbus. Selepas itu, buang air rendaman dan masukkan air baru sebelum direbus menggunakan api perlahan.
Apabila kacang sudah kembang dan lembut, masukkan santan pekat. Jika anda gemarkan kuah yang lebih cair, boleh tambah sedikit air atau santan mengikut cita rasa. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya santan tidak pecah.
Untuk menaikkan aroma, masukkan daun pandan dan hirisan halia. Masak seketika kemudian keluarkan halia agar baunya tidak terlalu kuat. Seterusnya, masukkan gula melaka dan kacau sehingga sebati sebelum memasukkan isi durian kampung.
Tambahkan sedikit gula putih dan garam bagi menyeimbangkan rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan beberapa kali supaya semua perisa meresap sempurna. Apabila rasa sudah mencukupi, padamkan api dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Bubur ini boleh dinikmati secara tradisional atau disejukkan terlebih dahulu untuk rasa yang lebih menyegarkan. Malah, ada juga yang menuangkannya ke dalam acuan aiskrim Malaysia untuk dijadikan snek sejuk beku. Dengan tekstur yang lembut dan rasa yang kaya, Bubur Kacang Durian ini memang sesuai dijadikan hidangan istimewa sepanjang musim durian.
Jika menggunakan durian kampung yang betul-betul masak, rasa asli durian akan lebih menyerlah tanpa perlu menambah perisa lain. Inilah rahsia mengapa resipi ini terus menjadi kegemaran ramai.
Cucur udang adalah salah satu makanan yang selalu menarik perhatian. tepung yang digoreng bersama udang dan juga sayuran, kemudian dimakan pula dengan sos cili memang sangat mengasyikkan. RASA berikan resipi cucur udang yang mudah tapi sedap.
BAHAN-BAHAN
• 1 kg tepung gandum
• 1 peket mauripan
• 1 batang lobak merah (disagat halus)
• Sedikit daun kucai
• Sedikit taugeh
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Udang
• Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung gandum, mauripan, lobak merah, daun kucai, taugeh dan garam. Bancuh dengan air. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
2. Peram bancuhan dalam sejam.
3. Apabila sudah kembang bolehlah digoreng bersama-sama udang.
4. Tekan sikit udang pada bancuhan tadi supaya udang tidak jatuh.
5. Api jangan terlalu besar. Nanti masak di luar saja tapi di dalam mentah lagi.