Antara kuih paling lama bertahan, resipi turun temurun, bahannya mudah dan senang nak buat. Aromanya bakal merebak di seluruh rumah, wangi dan berlemak. Resipi biskut cornflakes crunchy ni bakal di kerumun oleh anak-anak kecil masa raya nanti!
RESIPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
1/4 cwn tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes ramas kasar
200g butter (suhu bilik)
3/4 cwn gula kastor
1 biji kuning telor
CARA MEMASAK:
Ads
Gula dan butter di pukul dalam 5 minit… Boleh guna whisk dan masukkan telor
Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder
gaul sebati
Panaskan oven terlebih dahulu 170C selama 10 mnt
Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah…
Nota: Boleh tambah coklat cip jika suka.
Ads
Kongsi resipi: Shahira Sharif
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Periuk tekanan atau ‘pressure cooker’ memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti rendang daging, sup tulang dan sebagainya. Namun kini, terdapat pelbagai lagi resipi lain yang boleh dimasak menggunakan periuk tekanan ni. Nak masak bihun goreng pun boleh. Anda ada periuk jenis ni di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Meh cuba resipi-resipi mudah perkongsian saudari Zainab Zainun, Izwany Abd Malek, Jay Anne Zaihan, Azie Zahra Al-Bakri, Nurul Syuhada Firhan dan Nina Diana ni. Memang mudah!
Dipanggil kuah Ikan Singgang kerana kuahnya berwarna kuning yang dikeluarkan dari kunyit hidup. Ni masakan gaya Terengganu yang sedap dimakan dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.
2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
4. Lagi bertambah sedap makan dengan tempoyak budu, potong cili padi dan hirisan bawang.
INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.
Biasa kan kita tengok bila orang buat brownies, mesti muncul masalah itu ini. Sama ada tak jadi kedut-kedut ataupun brownies menjadi bantat.
Nah, untuk makan petang yang istimewa pada hari yang syahdu ini, kita persembahkan resipi brownies daripada Noratiqah Nordin!
Tapi yang paling best, kita gabungkan resipi brownies ini bersama biskut biscoff yang popular tu. Insya-Allah, resipi ini boleh dijadikan jualan kerana ia sangat sedap, chewy dan anti gagal!
4. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Gaul hingga sekata. Masukkan bahan coklat yang kita masak tadi. Gaul hingga sekata. Kemudian, masukkan biskut biscoff. Kacau.
5. Masukkan dalam loyang. Jika tiada baking paper, boleh guna kertas burger saja.
6. Letak hiasan biscoff spread dan biskut biscoff d atas permukaan brownies. Masukkan dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 45 minit atau sehingga masak. Lain ketuhar lain aturan masanya.
Kempen KEWPIE Dari Dapur Ke Hati memudahkan penyediaan juadah Raya dengan sos creamy dan versatil. Cipta hidangan lebih sedap, praktikal dan penuh kasih untuk keluarga.