Santan segar memang membuatkan masakan lebih enak cuma jadi masalahnya untuk menyimpannya. Santan segar ini perlu diletak dalam peti sejuk supaya tahan lama. Kalau bekalan elektrik terputus lama, memang menyebabkan santan rosak.
Supaya santan yang disimpan tak basi bila bekalan elektrik terputus boleh gunakan cara ini untuk memastikan ia kekal elok. Tip ini dikongsi oleh pakman3390 dalam akaun TikTok beliau.
Menurut beliau cara ini membolehkan santan tetap segar selama 2-3 hari walaupun disimpan di luar peti sejuk.
Cara simpan santan luar peti ais supaya tak basi
1. Masukkan santan dalam satu bekas kemudian letak ais sampai menutupi semua santan.
Ads
2. Kemudian tuang sedikit air dan tambah lagi ais.
Ads
3. Selepas itu terus tabur garam halus di atas ais tadi.
Ads
Fungsi garam halus ini untuk ais tahan lama. Boleh biarkan saja santan dalam ais ini dan ia akan kekal elok di luar peti ais selama 2-3 hari.
Musim petai ni memang nampak di tepi-tepi jalan banyak petai dijual. Seikat antara RM5 hingga RM20. Kalau beli yang RM20 tu, mahu dapat dalam 15 papan. Banyak tu. Kalau dibiar lama, kadang isi petai akan mengecut. Dan ada juga situasi isi petai tak begitu besar. Isinya agak kecil dan nampak tak menggiurkan. Rupa-rupanya ada cara untuk menjadikan isi petai bertukar saiz lebih besar. Senang je. Rendam dalam air semalaman.
RASA kongsikan petua daripada facebook Hani Azahari mengenai cara membesarkan isi petai.
Siapa peminat petai? Hahaha.
Semalam kan mak kakhani datang, ada sedara bagi petai. Tetiba mak kakhani kata “Hani, cer awok potong petai tuu, belah dia, pastu rendam dalam air. Nanti dia jadi besor, buat tengok, mak tengok makcu buat”
Pastu kakhani pun turutkan jugak lah sebab kakhani suka petai, tapi selalu asal nak beli je petai haluihh bebenor. Dapat jadikan dia besor behh jugak kan? Hakhak.
So kakhani pun rendam lah. Esok pagi nya tu tengok. Naahhhh kembang seperti dalam gambar. Siap terkeluar dari kelopak dia. Rasa masih sama rasa petai. Dan masih rangup. Hakhak.
Amacam? Ada yang suka makan ulam petai, nak masak sambal petai, cer try guna tips nie kalau petai yang korang beli tu kecik tuekk. Tetiba kongsi pasal petai pulak. Hakhak. Ehh apa salahnya kan. Mende baik wajiblah share. Kikiki.
Bagi yang selalu membuat kek dan biskut, pastinya pernah jumpa penggunaan bahan seperti Soda Bikarbonat, Baking Powder ( serbuk penaik) dan Baking Soda. Bahan-bahan ini digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik, ringan, lembut dan gebu. Nama seakan-akan dan fungsinya kelihatan sama. Tapi ada juga bezanya. Silap guna, kek, biskut atau pau anda tak akan jadi segebu yang diimpikan. Jom kita lihat perbezaannya.
1. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat adalah bahan penaik yang biasa, mudah didapati dan digunakan secara meluas dalam penghasilan kek, roti dan kuih. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar. Fungsinya adalah untuk menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Biasanya soda bikarbonat sering digunakan dalam penghasilan kek, roti dan kuih yang ada unsur asid didalamnya seperti yang menggunakan yogurt, susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan sebagainya. Soda bikarbonat bersifat alkali. Oleh itu ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan soda dan bahan asid apabila disatukan akan menghasilkan karbon dioksida. Maka apabila dibakar, doh akan mengembang. Oleh sebab itu bila hasilkan kek atau roti, mesti guna bahan ini. Jika tidak, pasti hasilnya padat dan tidak gebu.
2. BAKING POWDER (SERBUK PENAIK)
Selain Soda Bikarbonat, serbuk penaik atau Baking Powder juga adalah bahan yang wajib ada jika nak masak kek dan kuih. Biasanya ramai yang keliru diatara dua bahan ini.
Baking Powder adalah agen penaik kimia yang mengandungi campuran asid (biasanya cream of tartar), alkali (soda bikarbonat) dan tepung. Bila diadun dengan bahan lembap, ia akan menghasilkan gas yang membantu kek dan kuih menjadi kembang, lembut dan gebu.
Di pasaran, terdapat dua jenis serbuk penaik yang biasa dijual iaitu yang biasa dan berganda (double-action baking powder). Baking Powder biasa digunakan dalam menghasilkan kebanyakkan kek manakala jenis berganda pula digunakan untuk memasak aneka kek dan kuih kukus seperti apam, pau, kek kukus dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari Baking Powder biasa bagi menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan kembang.
3. BAKING SODA
Baking Soda. Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Carta ini mungkin boleh bantu anda untuk faham antara kedua-dua bahan ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak tahu apa herba dan makanan yang boleh membantu menurunkan tekanan darah , bolehlah semak senarai di bawah ini.
1. BAWANG PUTIH
.
Dalam sebuah kajian di Amerika, seorang penyelidik membuktikan bahawa bawang putih yang diuji dalam sebuah meta-analisis rawatan darah tinggi menunjukkan pengurangan signifikan pada tekanan darah sistolik dan diastolik. Bawang putih juga berkhasiat melancarkan peredaran darah kerana kemampuannya dalam mencairkan sel-sel darah yang pekat.
2. MINYAK IKAN
.
Minyak ikan boleh menurunkan tekanan darah kerana suplemen ini mengandungi DHA (docohexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid). DHA inilah zat terpenting yang mampu menurunkan tekanan darah.
3. BUAH APRIKOT
.
Aprikot mengandungi 1,400 mg potasium dan 15 mg sodium. Buah ini juga kaya akan zat besi yang baik untuk kesihatan. Yang paling menarik, aprikot mengandungi sedikit garam kerana kandungan sodiumnya yang rendah sehingga buah ini disyorkan untuk menjadi herba darah tinggi. Tetapi perlu diingat makanrikot tanpa diiringi pengambilan air yang seimbang boleh menyebabkan dehidrasi.
4. GANDUM DAN SERAT
.
Pengambilan gandum sebagai makanan harian tidak hanya dianjurkan untuk pesakit darah tinggi tetapi juga diet untuk sesiapa pun. Sifat gandum yang lebih kaya serat berbanding nasi putih juga bagus untuk menjaga kenormalan kadar gula darah dan kolesterol, terutama gandum yang diproses beserta seratnya (whole grain) .
Serat juga boleh diambil dari pengambilan buah-buahan segar. Perpaduan menu yang sihat dari gandum dan serat ini misalnya, bijirin dan sos epal.
5. LAVENDER
.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mengurut dan menggosok tubuh dengan minyak bunga lavender boleh mengurangkan tekanan darah sehingga 50 peratus. Menakjubkan, bukan? Penyelidikan ini dilakukan oleh Universiti Creighton. Lavender berfungsi melebarkan dan merehatkan pembuluh darah sehingga aliran darah menjadi lancar dan tekanan darah dapat diturunkan.
Agar mendapatkan hasil yang maksimum, anda boleh aplikasikan minyak lavender sebagai pelembab tubuh atau dicampur dengan air ketika mandi. Tentu tekanan darah anda akan turun 50 peratus jika rawatan ini rutin dilakukan. Bunga Lavender juga boleh digunakan dalam bentuk teh dan bermanfaat untuk menyembuhkan insomnia dan sakit perut.
Apabila anda mendengar herba darah tinggi, mungkin terbayangkan jamu atau ubat yang pahit. Hakikatnya buah-buahan, sayur-sayuran, serat dan makanan lazat lain boleh membantu menurunkan darah tinggi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.