Nak buat kek dan biskut yang sedap selain daripada resipi, penggunaan bahan juga amat penting terutamanya mentega.

Pemilihan mentega yang tepat untuk biskut dan kek akan memberi kesan pada rasa. Bagi yang belum arif tentang pemilihan mentega ini, perkongsian dari Nieza Nor Hamnira boleh dijadikan panduan.

Melalui pengalaman, beliau berkongsi info jenis mentega yang sesuai dan sedap untuk membuat biskut dan kek.

Jenis pure butter untuk buat biskut dan kek

Melalui pengalaman baking dan eksperimen- eksperimen yang saya suka buat waktu aktif dahulu, di sini mungkin saya boleh berkongsi dapatan saya (disclaimer : eksperimen personal ya bukan fakta profesional).

Ini eksperimen dan findings antara pure butter yang biasa di Malaysia (mentega tulen bukan butterblend / lepa susu). Jika mahu jadikan rujukan, silakan. Jika tidak terima, it’s also ok sebab memang masing-masing punya cita rasa berbeza.

Tip Pilih Pure Butter Yang Sesuai Supaya Hasil Kek & Biskut Sedap

Berat Pure Butter Buku
– 250gm biasanya salted, 227gm pula biasa unsalted. Kandungan garam dalamnya yang selalunya jadikan berat butter buku 250gm.

IKLAN

Salted – Unsalted, Kek atau Cookies?
– Kek sedap guna yang salted
– Cookies lebih baik guna yang unsalted sebab rasa mentega yang lebih kaya rasa (rich and buttery)

Jenama pure butter apa yang best dan sesuai?
SCS, Tatura, Golden Churn : Shortbread, Tart, Kek, Brownies
Anchor : Jenis drop cookies, cookies yang berterap (bentuk), Choc chip cookies, soft chewy cookies
Lurpark : Scones, jenis Muffin, Kek, Brownies, Bars
Emborg : Kek, Brownies, Bars

Dah expired boleh guna lagi ke tak
Dah tiba tarikh expired tapi masih ada dalam peti sejuk, boleh pakai tak? Jawapan, masih boleh. Jangka masa?
– Ia masih tahan 1-2 bulan kalau dah buka bungkusan
– 3-4 bulan kalau belum buka bungkusan

Kenapa pure butter tahan lama? Sebab ia tak banyak kandungan laktose, ia tinggi kandungan lemak. Simpan ia dalam packaging asalnya atau juga double wrap dengan foil.

IKLAN

Bagi jenama lain-lain selain yang disebut di atas, semua boleh guna dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Salted untuk kek, unsalted untuk cookies

Tip Pilih Pure Butter Yang Sesuai Supaya Hasil Kek & Biskut Sedap

IKLAN

Masih juga boleh berpandukan kepada ‘sifir’ pure butter yang salted untuk kek dan unsalted terbaik untuk buat cookies.

Ini bukan cerita butter-blend ya, ini hanya tentang mentega asli sahaja, dan ia pendapat personal berdasarkan eksperimen dan pengalaman saya sebagai baker aktif suatu ketika dahulu.

Gambar adalah antara ujian yang saya buat kepada rasa kepada mentega dan butterblend yang biasa ada di pasaran kita. Walaupun anda dah jumpa mentega asli terbaik, tapi jika nak buat cookies, kalau guna butter keseluruhannya (100% – tak campur jenis lelemak yang lain), cookies anda akan rapuh teruk ya… banyak kecainya nanti.

Semoga bermanfaat

Sumber: Nieza Nor Hamnira

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI