Kalau biasa kita buat ayam goreng kunyit cuma lumur kunyit dan garam sebelum goreng apa kata tukar sedikit cara dengan menggunakan teknik brine pula.
Teknik brine ini adalah dengan merendam ayam dengan larutan air garam sebelum digoreng untuk menjadikan rasanya lebih sedap. Ayam goreng kunyit yang digoreng dengan teknik ini akan garing di luar namun bahagian dalamnya kekal juicy atau lembap.
Kaedah ini dipraktikkan oleh Mohd Haffiz Supai yang turut berkongsi caranya.
Ads
Cara goreng ayam teknik brine
1. Ambil ayam yang hendak digoreng, dan rendam dalam air garam. Biar selama 1-2 jam, tapi sebaiknya semalaman. Simpan dalam chiller.
2. Sebelum goreng bilas dulu ayam yang direndam tadi kemudian barulah dilumur dengan garam dan kunyit. Boleh juga tambah serbuk cili jika suka.
3. Kemudian bolehlah goreng ayam seperti biasa. Sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry).
Hasilnya akan dapat isi yg juicy dan berkilat. Boleh gunakan teknik brine ni untuk ayam goreng bersalut tepung jugak.
Ads
Info teknik rendam air garam (brine)
Kenapa perlu direndam dengan air garam? Ada 2 fungsi kenapa kita perlu buat;
1. Brining ayam bukan sahaja menambah kelembapan untuk ayam, menjadikannya bagus dan berisi, ia juga membantu mencegah daripada menjadi kering apabila anda memasak. Hasilnya adalah ayam yang lazat, lembap dan berair.
Ads
2. Brining bukan sahaja memberi kesan tekstur dan juiciness ayam anda, ia juga memberi kesan kepada rasa. Beberapa jam dalam air garam yang akan membiarkan garam menembusi jauh ke dalam daging ayam, meningkatkan rasa semulajadi.
Menu Asam Pedas Ayam Stail Nyonyani nampak sangat menyelerakan. Sangat membuka selera jika dihidangkan tatkala berbuka puasa. Ada lauk ni tak perlu dah menu utama yang lain. Cukup sekadar nasi panas, sambal belacan berserta ulam-ulaman. Memang terangkat! Saudari Umi Watieada kongsikan resipinya. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
1.Kisar halus bahan-bahan bertanda (**). Cili kering perlu direbus sekejap bagi lembut barulah dikisar. 2. Dalam kuali, tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Kacau-kacaukan tapi jangan sampai hangit.
3. Tengok dah pecah minyak dan garing elok, masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau lagi sampai ayam kecut.
4. Masukkan air asam jawa dan juga air dengan secukupnya. Biarkan mereneh sampai ayam masak.
5. Masukkan terung, kalau suka bendi pun boleh letak. Ubi kentang pun boleh. Ikut selera. Masak lagi sampai semua bahan masak elok. Perasakan dengan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
6. Asam Pedas Ayam stail nyonya siap untuk dinikmati.
Sebut je masakan Cina satu dunia mengakui keenakannya, termasuk masyarakat Malaysia. Masakan Cina ini bukan hanya sedap, ia juga terkenal sebagai makanan yang disajikan panas-panas dengan cara lebih sihat. Kalau selama ini kita terpaksa makan di restoran untuk menikmatinya, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri di rumah.
ISI IKAN KOD GORENG BERSAMA CILI KERING & BIJI GAJUS
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan kod | hiris besar
3-4 tangkai cili kering | hiris
1 biji bawang besar | hiris
1/2 cawan biji gajus | goreng sangai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung jagung
Minyak masak secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
Sedia dinikmati.
CENDAWAN SHIMEJI GORENG RANGUP BERSAMA KUNING TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
50gm cendawa shimeiji | bersihkan dan asingkan setiap batang
4 biji kuning telur masin| hancurkan
2 sudu makan serbuk keju parmesan
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
4 sudu makan marjerin
1 cawan tepung gandum
Air secukupnya
2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
Hidangkan ketika panas.
DAGING SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
600gm daging lembu | hiris, bersih dan tos
50gm cili benggala hijau | potong dadu
50gm cili benggala merah | potong dadu
50gm cili benggala kuning | potong dadu
50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk bunga
6 tangkai cili kering | potong
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk patai ayam
4 sudu makan air
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.