Demi kegemaran Ummie Aida, Datuk Chef Wan sanggup menyediakan kuih Keria yang sudah hampir 40 tahun dibuat oleh beliau tidak membuat kuih tradisi ini. Namun pengalaman sebagai chef dan dibantu oleh Ummie Aida, kuih Keria yang dihasilkan tetap menjadi dan sungguh sedap. Semua ini hanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan yang dihoskan oleh Chef Wan.
“Saya suka kuih keria dan pernah cuba buat beberapa kali, bab menguli dan membantuk kuih keria, memang tip top tapi bila menyira tu yang selalu gagal walaupun tengok mak buat banyak kali, gula tetap tak melekat cantik pada kuih. Beruntung bila Chef Wan jemput saya memasak bersamanya dalam program ni. Sambil masak, bolehlah saya ambil kesempatan belajar menyira kuih Keria,” cerita Ummie yang begitu seronok menjadi selebriti tamu Chef Wan.
Menyentuh masakan berbuka puasa yang menjadi nostalgia Ummie adalah Bihun Goreng yang dibuat oleh ibunya. Kata Ummie kalau tak ada Bihun Goreng, macam tak lengkap berbuka. Ada sikit pun jadilah, janji ada.
“Dari kecil hingga sekarang bihun goreng tetapi menjadi menu wajib ada Ummie. Tapi air tangan mak memang tak boleh lawan sedapnya dan tak reti jemu, sebab saya tak suka sangat berbuka dengan nasi dan kurang dengan lauk pauk.
Ads
“Bagi saya asal ada bihun goreng dan kuih yang manis dan sempurnalah berbuka puasa. Kuih Keria, paling suka. Seronok sangat bila Chef Wan masak Bihun Goreng Tomyam, nampak sedap, meriah dengan isiannya,” ujar Ummie Aida akan masuk dapur menyediakan juadah berbuka suami dan anak-anak bila ada kesempatan.
BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm bihun | celur seketika dan tos
200gm udang | buang kulit
2 keping fish cake
3 keping tauhu | goreng dan hiris
200gm tauge | buang ekor, cuci dan tos
100gm daun kucai |potong 2cm
250gm air rebusan kulit udang
3 sudu makan udang kering | cuci dan kisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tauchu
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
6 ulas bawang putih | cincang kasar
2 sudu makan perencah tomyam
1 batang serai | hiris halus
1batang bunga kantan | hiris
3 helai daun limau purut | hiris halus
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN UNTUK HIASAN
2 biji cili merah | hiris
Daun bawang | hiris
Daun ketumbar | hiris
Telur dadar | hiris halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan hirisan serai, diikuti pes cili kering, daun limau purut dan udang kering, tumis hingga sebati.
Masukkan pula, udang, fisih cake, kacau rata dan masukkan pes tomyam, tauchu dan sedikit air rebusan kulit udang.
Masukkan bihun, kacau rata dan perasakan dengan sos tiram dan sos ikan, kacau rata.
Jika bihun masih keras tambah lagi air rebusan kulit udang tadi.
Setelah lembut masukkan hirisan tauhu, tauge, kucai, hirisan daun limau purut dan bunga kantan. Gaul rata lagi.
Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya.
Tutup api, Masukkan bihun dalam pinggan dan hias dengan bahan-bahan hirisannya dan sedia dihidangkan.
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm keledek | buang kulit
1cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan gula pasir
Secubit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
BAHAN SIRA:
1 cawan gula pasir
1/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Keledek dipotong dadu besar, rebus hingga empuk, kemudian tos dan sejukkan.
Lenyekkan ubi keledek hingga lembut.
Ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik di dalam mangkuk berisi keledek.
Campurkan gula dan secubit garam, adun hingga menjadi doh lembut.
Sapukan sedikit tepung pada tangan, bentuk doh seperti kuih donat (berlubang di tengah).
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kuih keria hingga kuning keemas an.
Angkat dan toskan di dalam penapis, goreng hingga habis.
Dalam kuali berasingan, masak gula dengan air dengan api perlahan hingga mendidih.
Setelah air gula pekat dan berbuih.
Tutup api, masukkan kuih keria dan gaul rata hingga gula melekat sepenuh pada kuih keria.
Kuih keria sedia dihidangkan.
Jangan lupa tonton episod seterusnya program Rasa Nostalgia Ramadan di Astro Prima HD, jam 5 petang setiap hari (Isnin-Jumaat) dengan selebriti jemputan yang lainnya dan resipi-resipi yang lebih menarik.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda suka pai yang berinti pedas, ini RASA kongsikan lima jenis pai yang sangat mudah disediakan dengan inti pedas, Memang kena dengan tekak orang Malaysia yang suka pedas. Risau tak pandai atau malas nak menguli tepung, beli je pastri puff segera, banyak dijual di pasaraya. Korang cuma sediakan inti je. Kalau ada sambal atau rendang lebih bagus jadikannya sebagai inti, lagi jimat.
PAI DAGING
BAHAN-BAHAN:
PASTRI:
250gm tepung gandum
180gm mentega | lembutkan
80gm yoghurt
1biji kuning telur
Secubit garam
BAHAN A:
300gm daging kisar
1 sudu makan tepung jagung
2 batang saderi
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam
BAHAN B:
100gm kentang | potong dadu dan rebus
150gm mix vegetables
60 gram cendawan butang | hiris
1 ulas bawang merah | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt.
Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh.
Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya.
Simpan doh dalam peti ais selama satu jam.
Sementara itu, panaskan kulai non stick, masukkan bahan A, kacau rata hingga daging masak.
Kemudian tutup api dan masukkan saderi dan gaul sebati. Ketepikan.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang merah dan bawang besar hingga wangi sebelum masukkan cendawan, mix vege dan kentang.
Setelah semua bahan siap, panaskan ketuhar pada suhu200C.
Canai kulit pai dan letak dalam acuan pai, kemudian masukkan inti daging tadi,
Canai kulit pai untuk tutup bekas pai. Sapu sedikit air di permukaan tepi kulit pai supaya meniadi pelakat pastri.
Hiris lebihan kulit pai dan kelim pastri Sapu telur ke atas pastri pai.
Bakar selama 20 minit atau sampai keperangan.
Pai sedia dihidangkan.
PAI CHOWDER KUPANG DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang merah
2 keping daging bacon | dicincang halus dan goreng tanpa minyak
1 sudu makan mentega
2 biji kentang | potong dadu dan direbus
300ml stok ayam
2 sudu makan susu UHT
100gm kupang
100gm udang | buang kulit
Kulit puff pastri segera
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega, tumis bawang merah dengan daging bacon hingga naik bau.
Masukkan kentang, stok ayam, susu dan kupang. Masak lebih kurang dua minit.
Seterusnya tambahkan udang. Perasakan sedikit garam
Tuang inti ke dalam mangkuk casserole bulat untuk acuan pai, sapu telur di mulut mangkuk pai, tutup bekas dengan puff pastri.
Sapu puff pastri dengan telur dan tabur serbuk parsli.
Bakar 200C selama 20 minit.
Pai sedia dihidangkan panas-panas.
PAI COTTAGE
BAHAN-BAHAN:
Kentang Lenyek:
6 biji kentang | buang kulit dan rebus
200 ml susu
25gm mentega
150gm keju cheddar
Sedikit garam dan lada sulah
Inti Pai :
1 biji bawang besar | potong dadu
200gm daging cincang
2 batang saderi
2 ulas bawang putih
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tomato puri
100ml stok daging / 1 kiub daging
3 sudu makan sos Lea & Perrins
1 sudu teh serbuk Thyme
1 helai daun bay
1 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Untuk kentang lenyek masukkan mentega, susu, keju, garam dan lada sulah. Ketepikan,
Sediakan inti: Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih hingga wangi, kemudian masukkan daging cincang, kacau rata.
Seterusnya masukkan tepung gandum, tomato puri, sos lea &perrins, serbuk Thyme dan daun bay.
Kacau rata dan perasakan dengan stok daging, garam dan daun saderi.
Setelah cukup rasa, tutup api dan ketepikan.
Masukkan inti pai di dalam mangkuk casserole kecil , kemudian tutup permukaan dengan adunan kentang tadi.
Bakar dengan suhu 200C selama 15 minit.
Setelah masak, pai sedia dihidangkan.
PAI AYAM
BAHAN-BAHAN:
400gm isi ayam
1 1/2 cawan susu
1 kiub ayam
1 sudu teh serbuk Thyme
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit lobak mera dipotong dadu
1 batang saderi dipotong
1 biji bawang putih dihiris
50 gm mentega
50gm tepung gandum
50gm keju parmesan
1/2 cawan kacang pis
Puff Pastri segera
CARA MEMASAK:
Panaskan susu atas api sederhana, masukkan kiub ayam dan serbuk Thyme. Masukkan ayam dan masak 10 min. keluarkan dan carik ayam. ketepikan.
Panaskan mentega, tumis bawang besar bawang putih, lobak merah, saderi. Kacau rata.
Seterusnya, masukkan tepung, lebihan air rebus ayam tadi. Masak sampai kuah hampir pekat.
Kemudian masukkan keju, ayam yang dicarik dan kacang pis. Gaul sebati dan sejukkan inti.
Letakkan inti dalam mangkuk casserole bulat kecil, sapu sedikit telur dimulut mangkuk casserole, kemudian tutup dengan puff pastri.
Sapu telur atas permukaan puff dan bakar 180C selama 20 minit.
Pai sedia di hidangkan.
PAI BAWANG DAN KEJU
BAHAN-BAHAN:
PASTRI:
250gm tepung gandum
180gm butter | lembut
80gm yoghurt
1 biji kuning telur
Secubit garam
INTI:
1 biji kentang | potong dadu dan rebus
2 biji bawang besar | hiris nipis
1 sudu makan tepung gandum
50ml susu penuh krim
50 ml susu UHT cream
150gm keju Cheddar
1/2 sudu teh English Mustard
1/2 sudu teh Cayenne pepper
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk inti: Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yogurt. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Seterusnya tambahkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh. Jika terlalu lembut, tambah sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya.
Simpan doh dalam peti ais selama satu jam.
Canai doh dan terap ke acuan pai. Bakar sebentar dengan suhu 180C selama 15 minit.
Untuk inti: Rebus bawang besar sampái lembut. Kemudian tapis.
Masukkan bawang dalam periuk, campurkan dengan susu penuh krim susu UHT dan tepung gandum, kacau rata di atas api sederhana.
Seterusnya masukkan pula kentang, keju, mustard, serbuk cayenne, garam dan lada sulah. Kacau hingga pekat.
Tuang adunan ke dalam acuan pastri dan bakar dengan suhu 200C selama 20 minit.
Apam Puteri Ayu Coklat perkongsian Opah Mas Cotek ni memang meukau selera. Nampak gebu dan sedap. Bagi anda yang menggemari keju, pun boleh mengolahnya menjadi Apam Puteri Ayu Coklat Cheese. Bagi yang kurang gemar keju, bolehlah masak apam coklat sahaja. Lengkap resipi dan panduan pembuatannya. Bolehlah cuba untuk sajian minum petang.
CARA MASAK APAM PUTERI AYU COKLAT CHEESE
BAHAN A ( Satukan semua bahan & ayak. Ketepikan.):
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B ( satukan semua bahan & masak guna api perlahan hingga gula larut.)
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
BAHAN C ( kisar @ pukul):
4 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Selang selikan dengan Bahan C. 2. Sebatikan campuran tadi. Ketepikan. 3. Ambil acuan puteri ayu dan oles sedikit minyak. Tuang adunan coklat 3/4 acuan. 4. Kukus selama 5-10 minit atau hingga apam masak. 5. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
Jika nak buat Apam Puteri Ayu Coklat Cheese, ini adalah bahan-bahannya untuk adunan keju.
BAHAN ADUNAN CHEESE:
250gm cream cheese / krim keju
80gm gula kastor
25ml susu cair (gantikan dengan air pun boleh)
40gm tepung gandum
1 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan adunan keju dan pukul hingga sebati. 2. Masukkan ke dalam piping bag supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan. 3. Ambil acuan kuih dan sapu sedikit minyak. 4. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih. 5. Paipkan adunan chese ke dalam acuan (agak-agak nak tebal mana lapisan keju nya). Kukus selama 3 minit. 6. Angkat kemudian tuang adunan coklat hingga 3/4 paras acuan. Kukus lagi selama 5 -10 minit. 7. Angkat dan sejukkan apam. Sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
Adunan ini akan menghasilkan 50 biji Apam Puteri Ayu Coklat Cheese
Kuih tepung pasung atau kuih serunai ni sangat popular di pantai timur samada di Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Bagi yang kurang mengenalinya ia dibuat daripada tepung beras, tepung gandum, gula Melaka @nisang, santan , tepung ubi dan dimasak berbalutkan kelongsong yang dibuat daripada daun pisang.Sesuai dihidang sebagai sajian pagi atau petang. Wariskan kepada generasi anak muda, biar anak cucu kita dapat terus menikmatinya. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Tahrunnisah Jali ni
Sediakan dahulu kelongsong daun pisang ukuran 14cm X 14cm. Layur atas api n baru buat bentuk kon , pastikan bahagian bahawa kelongsong tu tertutup rapat sbb nanti nak masuk adunan taklah bocor nanti.
KUIH TEPUNG PASUNG @ KUIH SERUNAI
BAHAN-BAHAN :
Bahan Bahagian Bawah
2 sudu besar gula*
1 1/2 ketul nisan atau kalau takde boleh guna gula melaka *
1 2/3 cawan air (350ml)*
1 helai daun pandan disimpul*
40 gm tpg beras
20 gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
CARA MEMASAK :
Bahagian bawah :
1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. biarkan sejuk
2. Campurkan ke dlm adunan air gula, tpg beras, tpg ubi dan air kapur dan kacau sebati
3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental). tutup api
Bahan Bahagian Atas
1 1/2 cawan santan pekat
2 1/2 sudu besar tpg beras
1 sudu besar tpg gandum
1 sudu kecil garam (anggaran)
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK :
Bahagian atas :
1. Campur kesemua bahan diatas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental.
2. Dah siap dua2 bahan ni… Kukusan dah dipanaskan kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dlm lubang2 kukusan.. masukkan adunan bawah 3/4 penuh . kukus dlm 7 minit atau hingga ia masak
3. Dan masukkan pula bahagian atas dan kukus dlm 12-15 minit
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...