Tepung pelita, kuih tako antara yang selalu dicari di bulan puasa. Begitu juga dengan kuih limas.
Rasanya yang lemak manis dan diletak dalam acuan empat segi daripada daun ini seakan sama bukan saja dari bentuk tapi juga rasanya.
Disebabkan itu ramai yang keliru antara tiga kuih ini. Jadi sebenarnya apa berbezaan tepung pelita, kuih tako dan kuih limas ini?
Ads
Beza tepung pelita, kuih tako dan kuih limas
Tepung pelita
Diperbuat daripada tepung beras, kuih tepung pelita berwarna putih di bahagian atas dan hijau di bahagian bawah. Kuih ini dimasak diatas api dahulu kemudian baru dituang ke dalam acuan. Acuan tepung pelita adalah menggunakan daun pisang.
Menurut sumber, kuih tako berasal dari selatan Semenanjung. Ia tako diperbuat dari tepung jagung atau tepung hoe kwee. Kaedah membuat kuih ini sama seperti kuih tepung pelita iaitu dimasak atas api.
Lapisan bawah kuih ini juga berwarna hijau. Namun, sesetengah orang akan meletakkan sengkuang Cina pada lapisan bawah untuk menyedapkan lagi rasanya. Acuan kuih tako ini pula diperbuat dari daun pandan.Selain itu terdapat juga Kuih Tako Sagu Jagung yang tak kurang enaknya
Kuih ini merupakan kuih tradisi negeri Perak. Ia diperbuat dari tepung gandum sahaja. Lapisannya bawahnya sama seperti kuih tepung pelita iaitu berwarna hijau dan ditabur gula.
Kuih limas dimasak dengan cara kukus atas api untuk bahagian bawah dan atas. Acuan kuih limas sama juga kuih tepung pelita menggunakan daun pisang.
Kuih Bakar memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan tapi garing diluar, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni? Tak susah pun. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar 7 helai daun pandan bersama 1 cawan air. Tapis. 2. Sediakan bekas besar, gaulkan telur, gula dan santan. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan air pandan. Kacau.
4. Masukkan tepung dan garam. Gaul lagi sehingga sebati.
5. Sediakan loyang yang telah disapukan minyak dan tapiskan adunan tadi serta masukkan ke dalam loyang.
6. Taburkan bijan sebagai hiasan di permukaan kuih.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 180c. 8. Bakar kuih sehingga keperangan dan sehingga masak. Anggaran masa antara 40-45 minit namun mungkin sedikit berbeza mengikut saiz dan ketuhar masing-masing.
9. Kuih Bakar siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Kalau nak kisar semua bahan pun boleh. Tapi jangan kisar sekali dengan daun pandan. Pastikan buat air pandannya terlebih dahulu kemudian barulah kisar bersama bahan-bahan yang lain.
Enaknya dapat menikmati kuih peria. Apatah lagi, jika cara penyediaannya mengikut resipi secara tradisional. Pasti menggamit kenangan.
Begitu jua lah resipi yang dikongsikan oleh Achik Ita ini. Resipi tradisi turun temurun daripada neneknya yang menggunakan daun pinang untuk memulas menjadikan corak.
Namun, bagi yang sukar menemui daun pinang, ada juga yang menggunakan daun palas untuk memutar atau lidi untuk melorek corak pada kuih.
BAHAN-BAHAN:
Daun pinang (pilih yang besar dan elok)
(BAHAN ADUNAN)
500g tepung gandum
Santan (untuk menguli)
½ sudu kecil gram (jangan melimpah)
Pewarna kuning, hijau, merah (untuk hijau, boleh gunakan air daun pandan sebenar yang dikisar)
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk adunan di atas kecuali santan. Gaul-gaulkan dan asingkan ke dalam tiga bekas.
Titikkan pewarna berlainan ke dalam setiap satu bekas itu. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli satu persatu.
*Tujuan letakkan tepung gandum ini adalah untuk elakkan kuih terlalu liat. Kuih yang menggunakan tepung pulut, nisbahnya 500g tepung pulut : segenggam tepung gandum dah memadai.
(INTI)
Sebanyak 500 gram kacang hijau direbus sampai empuk. Masukkan kelapa parut sebelah dan gula setengah. Kacau hingga agak lembut dan gula telah hancur.
Kemudian, letakkan 1 sudu kecil garam. Gaulkan hingga kering. Masukkan pula tepung gandum anggaran secawan atau hingga likat adunan. Dah siap, sejukkan dan kemudian bentukkan bulat-bulat.
Ini daun pinang, Pilihlah daunnya yang besar dan elok. Ini segar dari tepi rumah bonda. Kalau takde daun pinang, macamana?
Daun lain tak rasa aromanya bila kukus. Paling penting, nanti tak nampak corak urat daun buah peria tu. Tapi, kalau dah takde langsung, loreklah dengan pisau atau lidi. Cuma, ajaran bonda suruh pakai daun pinang.
Daun yang bersaiz kecil pula boleh dipotong-potong dan disusun di dalam bekas. Ini untuk berikan aroma wangi ketika mengukus.
Susun daun jangan ikut depan daun yang berurat. Letak yang bahagian dalam. Kalau tidak, nanti akan bertambah pula coraknya pada kuih kalau kita letak kuih melintang.
Ini inti kacang hijau yang telah dibulatkan dan dileperkan sedikit agak-agak sebesar ibu jari.
Pilih daun pinang yang besar sedikit. Potong hujung kanan dan kirinya, ambil tengahnya saja. Layurkan pada api sekejap bagi layu dan berubah warna. Tujuannya, untuk elakkan daun mudah koyak ketika nak memutar nanti.
Kemudian, sapu sedikit sahaja minyak. Sapu manja-manja saja.
Doh tadi, kepal-kepalkan begini.
Leperkan adunan tepung. Letakkan inti kacang hijau di tengah dan tutup kesemuanya. Selimutkan dengan daun pinang.
Sekarang, tiba masa untuk putar. Gulung daun pinang menutupi adunan doh. Putarkan serentak atas dan bawah. Macam kita putar kertas pelapik gula-gula.
Macam ni la rupanya bila dah buka selepas putar.
Bila dah siap semuanya diputar, susunkan di dalam kukusan. Sebelum itu, panaskan air dalam pengukus hingga menggelegak. Kukus sekejap saja. Agak-agak kuih dah berubah warna macam dah masak, daun pun dah berubah warna anggaran dalam 5 minit.
Inilah perbezaan sebelum dan selepas kukus. Warnanya lebih menyerlah, kan.
Ketika suam-suam, terus angkat dan susun elok-elok di dalam bekas. Jangan biarkan sejuk sebab susah nak angkat dan dah melekat pada daun.
Kuih lengat pisang ini mungkin ramai yang tak pernah makan malah ada yang tak pernah melihatnya. Kuih tradisi memang jarang sangat dihidangkan ketika ini. Sayang kerana lengat pisang cukup enak rasanya.
Manis berlemak bersatu, kuih lengat pisang ini sesuai dihidangkan untuk minum petang. Bagi yang nak cuba boleh gunakan perkongsian resipi daripada Wani Sulinan.
Katanya kuih lengat pisang ini sangat mudah membuatnya, lebih mudah dari cekodok pisang dan hanya menggunakan empat bahan. Bahagian putih rasanya seperti tepung pelita dan hanya empat langkah untuk menyediakannya.
Cara buat lengat pisang
Bahan-bahan
1 sisir pisang berangan – resipi asal pisang lemak manis, boleh ikut citarasa
1 kotak kecil santan segera
3 sudu penuh tepung beras
Gula, garam secukupnya
Cara membuat
1) Hiris pisang nipis setiap satu kemudian susun dalam loyang cantik-cantik.
2) Tabur gula atas pisang, buat beberapa lapisan hingga pisang habis.
3) Tuang sekotak santan dalam bekas berasingan kemudian guna kotak yang sama tambah sekotak air. Masukkan tiga sudu tepung beras dan letak garam. Kacau sebati.
4) Tuang semua santan tadi ke dalam loyang pisang. Kukus selama 20 minit. Siap! Makan sejuk-sejuk lagi sedap.