Tepung gomak, kuih tradisi orang lama-lama. Rasanya yang kenyal-kenyal, dengan inti kelapa memang sedap. Kali ini kita buat versi tepung gomak pandan. Susah juga nak jumpa orang berjualan. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri.
Resipi menarik perkongsian daripada Rozita Daudini boleh membantu anda untuk menghasilkan Kuih Tepung Gomak Pandan yang lembut dan kenyal. Cubalah.
Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian. Antaranya ialah kuih Seri Muka Durian ni. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kisar semua bahan lapisan atas. Kemudian tapis dan masak di atas api perlahan sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 3 minit. Adunan kena sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
Kukus kuih Seri Muka selama 40 minit. Buka tudung periuk kukusan dan kukus lagi selama 5 minit bagi mengeringkan air pada permukaan kuih.
Padamkan api dan sejukkan selama beberapa jam. Potong kuih menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik.
Sedapnya Kuih Bingka Ubi @ Kuih Beke Ubi Terengganu ni. Bila cuaca asyik mendung dan hujan, sedap kalau dapat makan hidangan tradisional kan. Memang asyik lagi andai makan bersama keluarga.cResipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, senang sahaja dan boleh dibuat bersama anak-anak. Jom kita cuba!
CARA BUAT KUIH BINGKA @ BEKE UBI TERENGGANU
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
900gm ubi kayu 2 keping nissey @ gula melaka – beli online di sini 10 sudu besar gula merah (untuk warna yang lebih menarik) – beli online di sini 3 helai daun pandan 4 cawan air
1. Ubi kayu dibuang kulit dan basuh bersih. Kemudian, sagat dan perah. Ada beza rasa atau tekstur ubi bila kita sagat berbanding kisar. Kita buang air yang ada pada ubi untuk elakkan rasa pahit, ketepikan.
2. Masukkan nissey, gula merah, air dan daun pandan dalam periuk. 3. Masak hingga cair kemudian ketepikan. Bila air nissey dah sejuk, satukan dengan ubi kayu.
4. Kacau rata. Lepas tu masuk dalam loyang. Kukus selama 25 hingga 30 minit. Ketepikan.
5. Untuk bahagian atas putih; satukan semua bahan dalam periuk, kacau rata supaya tidak berketul. 6. Selepas itu, baru hidupkan api yang kecil. Masak hingga ia menjadi agak pekat, matikan api.
7. Ambil ubi kita yang dalam bekas yang dah masak tadi, letakkan bahagian putihnya. 8. Kemudian kukus lagi 5 hingga 10 minit sahaja, dah siap.
9. Saya suka bahagian atas yang berlemak dan bahagian bawah yang tidak terlalu manis serta kepala santan jenis yang lembik-lembik sikit, rasa lemak-lemak masin sikit.
Roti jala bila dicicah dengan gulai daging atau kuah durian memang meletup rasanya. Tak cukup sekeping atau dua pasti lebih. Dapat pula roti jalan yang lembut teksturnya, puas hati makan. Nak dapatkan hasil yang memuaskan boleh cuba resepi yang dikongsi ini. Lembut sampai ke petang dan tidak mudah basi.
ROTI JALA
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna
Cara membuat:
1.Bancuh semua bahan kacau guna whisk saja.
2.Kemudian tapis masuk dalam bekas 3 / 5 muncung dan boleh menjala.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.