Kes demam influenza semakin menular ketika ini di seluruh negara. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 97 kluster influenza telah direkodkan setakat minggu ini, berbanding 14 kluster sebelumnya.
Serangan influenza biasanya menyebabkan demam panas, batuk, sakit badan dan suhu badan yang tinggi dalam tempoh yang lama. Lebih dari itu, kos rawatan bagi influenza di klinik juga agak tinggi.
Rawatan Semula Jadi Guna Daun Jambu Batu
Tidak ramai tahu bahawa terdapat satu cara semula jadi yang boleh diamalkan untuk membantu merawat atau mencegah influenza iaitu dengan menggunakan teh daun jambu batu. Kaedah ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi, seorang saintis utama dalam bidang pemakanan dan produk semula jadi.
Menurut beliau, kajian oleh saintis Jepun pada tahun 2012 mendapati bahawa teh daun jambu batu mampu merencatkan pertumbuhan tiga jenis virus H1N1 (Influenza A). Malah, teh ini dikatakan mempunyai kekuatan 3 hingga 5 kali ganda berbanding teh hijau dalam merencatkan pertumbuhan virus tersebut.
Ads
Kajian Saintifik Khasiat Teh Daun Jambu Batu
Selain kajian Jepun, kajian oleh saintis Sepanyol yang diterbitkan dalam Journal of Chemistry pada tahun 2014 turut menemui bahawa ekstrak air daun jambu batu mengandungi 48 jenis bahan berkhasiat. Antara bahan utama yang ditemui termasuklah procyanidin B, avicularin, guajaverin dan catechin, semuanya terkenal dengan kesan antioksida dan antivirus yang tinggi.
Cara Sediakan Teh Daun Jambu Batu
Berikut cara mudah untuk menyediakan teh daun jambu batu di rumah:
Bahan-bahan: 20g pucuk jambu batu kering dan 1 liter air panas.
Cara penyediaan:
Rendam pucuk daun jambu batu kering dalam 1 liter air panas bersuhu sekitar 85°C selama 8 minit.
Selepas itu, tapis dan boleh terus diminum ketika suam.
Teh ini boleh diminum secara berkala sebagai langkah pencegahan atau semasa tempoh pemulihan daripada demam influenza. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan gejala, tetapi juga meningkatkan ketahanan badan terhadap serangan virus.
Ads
Alternatif Semula Jadi yang Berkhasiat
Dengan pelbagai bahan aktif yang terdapat dalam daun jambu batu, amalan meminum teh daun jambu batu dapat menjadi alternatif semula jadi untuk kesihatan pernafasan. Ia bukan pengganti rawatan perubatan, namun boleh dijadikan sokongan semula jadi yang bermanfaat untuk tubuh.
Ketam antara haiwan laut yang agak mahal harganya. Nak tahu tip macam mana nak pilih ketam yang isinya banyak dan penuh dengan telur, ikuti perkongsian daripada Siti Aminah Yousoff ini. Baru berbaloi beli mahal-mahal kan?
Tengok dari gambar yang dikongsikan memang banyak isi dan penuh telur ketam yang dipilih. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu yang lain bila nak beli ketam nanti.
Tip Pilih Ketam Isi Padu Dan Banyak Telur
semasa memilih ketam, pastikan ketam yg kita pilih tu berat, kecik x pe yg penting berat
Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar.. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina.
Lihat tempat bertanda tu..pastikan tempat tu berwarna kuning atau warna ke oren sedikit.
saya beli 4 ekor ketam tadi.. Nampak tak telur ketam tu.. Memang tak mengecewakan.. tak sabar nak masak
Setelah dicuci dan dibersihkan, inilah hasil nya.. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak
Ini lah hasilnya, 4 ketam yang saya pilih memang padu isinya.. Kalau rasa tips saya berguna , boleh la try nanti.. Alhamdulillah
Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan. Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng. Kalau buat nasi minyak pun, mesti letak bawang goreng. Selain menambah selera, aroma pun semakin wangi.
Hari ini RASA kongsi resipi membuat bawang goreng lebih rangup dan tahan lama. Resipi ini adalah daripada Puan Nooriah Abdullah.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula utk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1) Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2) Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3) Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4) Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak.
5) Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6) Gorenglah sehingga habis .
TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng. Semasa menggoreng jangan sampai terlalu kuning di atas api sebab apabila kita angkat bawang tu akan lebih kuning. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning di dalam minyak, apabila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya. Sedap diratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap. Biarkan sehingga sejuk dan minyaknya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (http://nooriahnaim.blogspot.my/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Goreng Pandan dengan kuning keemasan pasti membuatkan kita berselera hendak makan. Selalu juga tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkan Ayam Goreng Pandan yang cantik begini. Nah, dikongsikan cara hendak menggoreng Ayam Goreng Pandan yang betul supaya apabila sudah masak warnanya ‘golden brown.’ Tempoh penyediaan hanya 10 minit dan sangat mudah disediakan. Boleh cuba cara yang dipraktikkan oleh Fazniza Razali ini.
LANGKAH DEMI LANGKAH AYAM GORENG PANDAN:
1. Minyak perlu separuh dari kuali (kena deep fry baru ayam cantik bila sudah masak).
2. Api mesti guna yang sederhana. Jangan guna api besar.
3. Masukkan ayam (jangan masukkan ayam dalam minyak yang terlalu panas nanti ayam di bahagian luar sudah garing tapi di dalam tidak masak).
4. Sentiasa balik-balikkan ayam.
5. Bagaimana hendak tahu ayam sudah masak atau belum? Ini dua cara yang boleh anda buat:
*Ayam ringan bila diangkat dengan penyepit. *Ayam timbul di permukaan minyak.
6. Beginilah hasilnya. Cantik bukan. Tip penting, seelok-eloknya ayam di di ‘defrostkan’ dulu sebelum goreng.