Kalau ada lebihan tauhu di rumah, cuba buat Tauhu Goreng Crispy ini. Goreng dengan bancuhan tepung rangup, makan panas-panas. Cicah pula dengan sambal cili kicap. Sedap tak terkata.
Resipi Tauhu Goreng Crispy ini mudah sahaja. Buat minum petang pun boleh, nak buat lauk tambahan semasa hidangan makan tengahari pun boleh. Rangup bancuhan tepung di luarnya tu memang buat makan berebut. Kalau buat ni, kena buat banyak juga. Kalau tidak, tak cukup nanti.
Jom ikuti perkongsian resipi mudah daripada Mastura Razaliini. Hasilnya memang kriuk kriuk garingnya.
Pernah cuba Potato Au Gratin? Jika belum pernah, anda harus cuba. Sangat enak dan membuka selera terutamanya jika anda penggemar kentang dan keju. Menu barat ni nampak susah nak masak tapi sebenarnya sangat senang dan ringkas sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Marina Ismail ni. Pasti puas hati.
Jom kita buat Tauhu Berinti Daging dan Keju untuk hidangan moreh nanti. Senang je cara nak buat tauhu ni. Hanya sudukan inti daging ke dalam tauhu dan letakkan kepingan keju di atasnya lalu bakar di dalam air fryer. Dah siap! Untuk meningkatkan rasa hidangan, gunakan Anchor Cheese Slices yang tinggi dengan kalsium dan protein. Sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak pun mesti suka hidangan ini. Tak jemu dimakan.
TAUHU BERINTI DAGING DAN KEJU
Bahan-bahan:
8-10 biji tauhu ringan (tauhu pok) – belah empat dan terbalikkan
4 keping Anchor Cheese Slices – potong empat
200gram daging kisar
50gram Anchor Salted Butter
1 batang daun bawang – hiris halus
1 labu bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh chilli flakes
½ sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan daging kisar, sos tiram dan chilli flakes. Tumis hingga daging empuk.
Masukkan hirisan daun bawang, lada sulah dan gaul rata. Tambah garam jika perlu. Sejukkan sebentar.
Ambil sesudu makan inti daging lalu masukkan ke dalam tauhu pok. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
Letak beberapa potongan Anchor Cheese Slices di atas inti.
Bakar di dalam air fryer selama 6-7 minit. Hidangkan panas.
Kalau dah buntu nak buat stok snek apa di rumah, boleh cuba resipi Kerepek Bayam Brazil Crispy ni nanti. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipi penyediaan nak buat Kerepek Bayam Brazil ni.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di Facebook. Jangan lupa buat lebih tau kerepek ni, sebab gerenti tak cukup sebalang.
KEREPEK BAYAM BRAZIL CRISPY
BAHAN-BAHAN:
2 ikat bayam brazil
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung bestari
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Air (anggaran pekat adunan)
CARA PENYEDIAAN:
Cuci bersih daun bayam brazil dan toskan airnya sehingga kering. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, campurkan ketiga-tiga jenis tepung dan gaul rata-rata.
Masukkan telur, air dan gaul sehingga rata.
Panaskan minyak, celup bayam brazil dalam adunan tepung, gaul-gaul rata supaya bayam brazil bersalut dengan tepung.
Goreng hingga keperangan. Kacau sekali sekala untuk elakkan ia hangus.
Setelah nampak ia garing, angkat dan toskan sebelum dimasukkan ke dalam tupperware.