Sedapnya donat kampung ni. Walaupun hanya versi basic dan disalut gula tapi kelihatan sangat sedap. Teksturnya yang lembut dan gebu membuatkan ramai yang rasa tak sabar nak cuba. Donat begini sememangnya diakui, sekali makan memang rasa tak puas. Bagi puan-puan yang rasa nak makan donat macam yang biasa nikmati masa zaman kecil dulu, resipi yang dikongsi oleh saudari Khairunnisa Mohammad ni antara yang terbaik boleh dicuba. Tidak perlu uli beria. Cukup sekadar antara 8-10 minit sahaja. Anda akan dapat donat yang lembut ini. Jom cuba. Anak-anak pasti suka.
CARA MEMASAK: 1.Satukan yis, gula dan susu segar dalam gelas. Kacau rata. 2. Kemudian satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas. 3. Tuang sebatian yis dan susu ke dalam bekas tepung. Tidak perlu tunggu yis kembang. Kacau rata dan uli doh. (empunya resipi tidak uli beria) 4. Bila adunan sudah rata sikit, masukkan marjerin. Uli lagi sampai licin sedikit dohnya. Perap selama 1 jam. 5. Bila selesai diperap, tumbuk doh untuk membuang angin. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. (empunya resipi timbang doh 50gm sebiji) 6. Seterusnya ambil doh tadi dan bulat-bulatkan. Letak di tapak tangan, lubangkan di tengahnya dengan jari. Jika ada acuan donat, boleh guna acuan. 7. Perap donat sekali lagi sekitar 30-40 minit.
Ads
8. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng donat tadi dengan api perlahan hingga kekuningan.
9. Angkat dan salut donat dengan gula atau apa-apa perasa mengikut cita rasa masing-masing.
INFO:
Nak dapatkan donat yang gebu, kena uli juga tetapi tidak perlu beria. Anggaran 8-10 minit sahaja.
Adunan ini jika timbang 50gm sebiji, akan dapat dalam 10 biji donat.
Bubur Biji Nangka antara menu yang sangat sedap dan mudah disediakan, sesuai untuk anda yang sukakan manisan selepas makan atau dijadikan hidangan sampingan minum petang. Enak dihidangkan panas-panas atau pun sejuk. Kepada anda yang ingin mencuba, berikut disediakan resipinya untuk anda cuba. Mudah dan cepat disediakan.
BUBUR BIJI NANGKA BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras pulut
3 sudu makan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu makan air kapur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya BAHAN KUAH:
300ml santan
10ml susu cair
150gm gula melaka
1/2 sudu makan halba | cuci dan tos
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan adunan butir nangka, masukkan tepung bersama bahan lain dalam mangkuk, kemudian uli hingga sebati.
Sementara itu, didihkan air dalam periuk.
Sementara menunggu air rebusan mendidih, bentukkan adunan seperti biji nangka, lakukan hingga adunan habis.
Masukkan adunan dalam air mendidih.
Apabila butir nangka timbul angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Untuk menyediakan kuah, masukkan santan, gula Melaka, daun pandan dan sedikit garam dalam periuk.
Renehkan atas api sederhana, apabaila mendidih, masukkan susu cair dan biji halba, kacau seketika dan tutup api.
Bubur Butir Nangka sedia dihidangkan.
INFO: Selain sedap dihidangkan panas, butir nangka juga sedap dihidangkan sejuk.
Suka makan Kuih Seri Muka Durian? Maklumlah, tengah musim kan. Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian. Nak cuba buat? Saudari Atier Syah ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kisar semua bahan lapisan atas. Kemudian tapis dan masak di atas api perlahan sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 3 minit. Adunan kena sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
Kukus kuih Seri Muka selama 40 minit. Buka tudung periuk kukusan dan kukus lagi selama 5 minit bagi mengeringkan air pada permukaan kuih.
Padamkan api dan sejukkan selama beberapa jam. Potong kuih menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik dan tak retak.
Pernah cuba rasa IkanRebus Thai? Menurut empunya resipi saudari Dior Sarah, ia merupakan resipi keluarganya dan merupakan hidangan wajib bila berkumpul. Ia sangat sedap digoreng dan makan bersama nasi panas. Kuah ikan rebus ni juga boleh dinikmati dan sangat enak dihidangkan bersama cili padi, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
CARA MASAK IKAN REBUS THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan selayang @ sardin – basuh bersih
Air secukupnya
2 keping kecil manisan @ gula melaka
7 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk perasa – jika suka
2 sudu makan garam halus
2 sudu makan pes asam jawa – campur dengan air
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan susun dalam periuk. Masukkan air. Jika nak ikan rebus berkuah, lebihkan air dari ikan. Jika taknak, masukkan air hampir-hampir tenggelam ikan sahaja. 2. Masukkan gula melaka @manisan, asam gelugur, perasa, garam dan air asam jawa. 3. Didihkan ikan menggunakan api sederhana. Biar hingga semua bahan larut dan meresap pada ikan. Tidak perlu kacau untuk elak ikan hancur. 4. Bila ikan masak sepenuhnya dan air sedikit kering, padamkan api. Pastikan air tidak terlalu kering bagi mengekalkan kelembapan ikan apabila digoreng. 5. Untuk menikmatinya, boleh goreng ikan rebus thai guna minyak panas. Angkat dan nikmati segera.