Ramai yang beli biskut roti gula ni walhal nak buat punyalah senang. Kalau ada roti putih yang tak habis nak makan atau hampir tamat tempoh boleh gunakan untuk buat biskut roti gula ini. Caranya cuma empat langkah saja.
Cara buat roti gula rangup
1. Potong roti keping putih (boleh guna apa-apa jenama) kepada empat bahagian.
2. Sapu mentega, nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa.
Ads
3. Tabur sedikit gula pasir atas roti yang disapu mentega tadi.
Ads
4. Kemudian boleh bakar. Yang ini bakar guna air fryer, set time 5 minit dulu, suhu 180 darjah. Kalau belum garing tambah lagi masa. Kena agak-agak, tengok pada warna roti ini nanti. Nak bakar guna oven pun boleh.
Siap! Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Roti gula ni dah sejuk pun tetap rangup.
Aroma bau kek bila membakar memang sedap, rasa tak sabar nak menikmatinya. Dapat pula kek kegemaran seperti kek chiffon lemon orange ni. Rasanya tak muak langsung dan sangat sedap, lemak-lemak dan masam manis.Sepotong takkan cukup. Jadi jomlah kita buat ikut resipi ni. Ikut langkah yang tepat pasti menjadi.
Chiffon Lemon Orange
Bahan-bahan: 2 loyang saiz 22 inci atau 8 atau 9 Cairkan 1 ketul 250g butter lurpak 5-6 sudu besar majerin 10 biji telur 2 cawan gula 4 cawan tepung- ayak 2 kali dengan 1/2 sudu besar rata baking powder 3 sudu besar susu tepung 1 sudu besar ovalate 1/2 sudu besar lemon flavour 2 sudu besar orange oil( kat bakery ada pakai ni bau oren lebih sedap) 2 sudu besar pewarna oren 1/2 cawan santan kara
Cara membuat: 1.Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali butter cair tadi. 2.Adun sampai gebu. 3.Masukkan butter cair masa tengah panas atau suam sukatan 1/2 cawan. Adun laju dan matikan mixer. 4.Masuk loyang dan gariskan dengan majerin.
5.Suhu oven 190-200 bagi panas effect pecah 10 minit pertama.Turunkan suhu 170-180 biarkan sampai masak 35-40 minit. Kredit:Azlina Ina Fans
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Mentega yang sedap sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Namun, kek mentega boleh divariasikan dengan penambahan sedikit elemen moden bagi menepati citarasa moden. Jom lihat resipinya.
( Panaskan bahan diatas secara double-boiler. Ketepikan)
( Campur semua bahan B ke dalam Bahan A. Pukul rata menggunakan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Sejukkan sebentar.)
Info chef: Jika guna tepung gandum biasa, tambahkan 1 sudu teh serbuk penaik.
Koleksi ini memudahkan anda memilih variasi kegemaran mengikut citarasa daripada klasik ke moden. Selamat mencuba dan semoga menjadi! Tip: Simpan resepi kek mentega ini sebagai rujukan bila-bila masa.
Resipi kek mudah tapi sangat sedap perkongsian dari saudari Siti Hajar Hashim. Selamat mencuba!
KEK COKLAT LAYER MOUSSE COKLAT
BAHAN KEK COKLAT MOIST
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung gandum,serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
2. Satukan telur,gula dan esen vanila dlm bekas. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan minyak masak dan susu pekat.Pukul lagi hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi.
5. Akhir sekali masukkan susu coklat.Kacau sebati guna senduk je.
6. Tuang adunan ke dalam bekas. Tuang hingga separuh bekas sahaja. Empunya resipi guna bekas saiz sq450dan dapat 6 bekas.
7. Panaskan pengukus dan tunggu hingga airnya mendidih.
8. Masukkan kek dan kukus hingga masak. Anggaran 25 minit. Cara nak tahu kek masak atau belum, cucuk menggunakan lidi. Jika lidi bersih dan tak ada doh melekat, maksudnya kek dah masak. Balut tutup pengukus menggunakan kain untuk elak wap air menitis atas kek.
9. Sejukkan kek seketikakemudian keluarkan dari bekas. Potong kek kepada dua bahagian. ( empunya resipi potong guna benang).
BAHAN MOUSSE COKLAT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Pukul whipping cream hingga kental. Kemudian simpan dulu dalam peti sejuk.
2. Seterusnya, cairkan coklat menggunakan teknik double boiler. Bila dah cair, masukkan susu cair dan marjerin. Gaul hingga sebati dan biarkan sejuk seketika.
3. Campurkan coklat cair ke dalam bekas berisi whipping cream. Kaup balikkan hingga sebati.
CARA MELAPIS KEK
1. Untuk lapisan pertama, letak kek kemudian paipkan mousse coklat sebagai lapisan kedua.
2. Seterusnya letak kepingan kek dan paipkan lagi mousse coklat. Akhir sekali, tuang coklat ganache.
BAHAN COKLAT GANACHE ( untuk tuang pada lapisan akhir)
CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat secara double boiler.
2. Seterusnya masukkan susu cair dan Kacau sebati.
3. Bila dah siap, tuang coklat ganache diatas kek. Sejukkan kek dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.