Tak dapat berjalan ke negara Jepun jom kita menikmati makanannya. Selain sushi yang biasa dinikmati, udon tidak kurang enaknya. Udon ialah sejenis pasta Jepun. Warnanya putih seperti laksa tetapi ianya lebih besar dan agak kental sedikit.Udon ini boleh dimakan bersama sup ataupun digoreng kering.
Ramai tidak tahu macamana nak masak udon sedangkan ianya dimasak macam biasa sahaja. Udon ni makan sikit pun dah kenyang sebab ianya agak kental.
Ianya sedap dimakan terus apabila dimasak. kelembutan udon itu sendiri sangat ambil peranan. Kalau nak selamat, celur atau rebus udon terlebih dahulu sebelum di masak.Jom kita buat sendiri ikut resipi Kak Yan.
Sup Mi Udon Bahan-bahan:
2 bungkus mi udon
150g daging cincang
4 sudu besar minyak
1 biji bawang Holland (dicincang)-BELI ONLINE DI SINI
9 ulas bawang putih(dicincang)
1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
2 inci halia muda(diparut)
2 sudu besar kicap kikkoman
1 sudu teh kicap pekat
100ml stok
Air secukupnya
1 biji lobak merah
1 batang leek
Hiasan
2 biji telur rebus
1 batang leek
1/2 biji lobak merah
1 sudu besar bijan hitam dan bijan putih
Ads
Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak dan masukkan daging cincang.
2.Apabila daging cincang sudah bertukar warna,masukkan separuh dari bawang putih dan halia. Masak sebentar.
3.Angkat kesemua bahan dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
4.Tambah dalam 3 sudu besar minyak dan masukkan bawang holland yang dicincang, Masak sehingga bawang layu.
5.Masukkan lebihan bawang putih dan halia. Tuangkan kicap Jepun, kicap pekat, stok ayam, sos tiram, lobak merah dan leek.
6.Masukkan mi udon dan masak sehingga ianya lembut.
7.Tambah air jika diperlukan. Tunggu sehingga kuah mendidih.
8.Tuangkan ke dalam bekas dan taburkan daging tadi,telur, lobak merah, nori dan biji bijan hitam dan bijan putih.
Pastri Lapis atau Puff Pastry memang harum dan kaya dengan rasa mentega. Bila dimasukkan inti daging, keju, ayam mahupun sayur-sayuran memang memberikan anda tenaga untuk memulakan pagi anda.
Jom kita bermenu sarapan dengan Pasti Lapis pedas berempah ni. Makan bertemankan teh dan kopi di pagi hari memang ‘terangkat’ sedapnya. Cubalah reseipi hasil idea Chef Pastri Shan Balakrishnan, Hotel Sheraton, PJ.
1. PESTO SWIRL
BAHAN-BAHAN : Bahan pesto :
150gm daun basil
2 sudu makan keju parmesan
2 sudu makan grana padano *sejenis keju keras dari Itali
120ml minyak zaitun
50gm kacang pine
4 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Bahan B: Pastri Lapis :
425gm mentega | tidak bergaram ‘unsalted’
312gm tepung roti
190gm tepung kek
15gm garam
75gm mentega
250ml air sejuk | dari peti sejuk
*Doh elok dibuat lebih bakinya boleh digunakan membuat pelbagai jenis pastri lapis lain
CARA MEMASAK : Cara buat doh pastri : 1. Satukan Bahan B ke dalam mesin adunan sehingga sebati. 2. Ulikan doh, ratakan menjadi segi empat tepat. 3. Lipatkan dengan mentega 425gm ke dalamnya. Pada proses lipatan pertama rehatkan dalam peti sejuk ‘chillers’ sekurangya sejam. 4. Kemudian ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali membentuk segi empat. 5. Lakukan langkah ini sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 6. Setiap kali proses lipatan, pastikan ia direhatkan dalam peti sejuk selama 20 minit
Cara masak pesto : 1. Masukkan semua bahan dalam pengisar. Pesto siap disediakan. 2. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk dan canaikan. 2. Ambil pesto dan sapukan pesto ke atas doh pastri lapis yang telah dicanai dan dipotong memanjang setebal 4cm. Kemudian gulung 3. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180 oC selama 30 minit.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury” Keistimewaan : Kaya dengan rasa keju dan rasa berlemak kacang pine Info Chef : Pastikan pesto dikisar halus. Keunikan puff pastry dengan pesto berkeju yang sedap.
2. RATATOUILE TURNOVER
BAHAN-BAHAN :
25gm zucchini hijau | dipotong kecil
25gm zucchini kuning | dipotong kecil
20gm terung | dipotong kecil
20gm lada benggala (campuran merah, hijau, kuning) | dipotong kecil
1ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu makan tomato pronto
1 1/2 sudu makan minyak zaitun
10gm daun basil
25gm lobak merah
50gm bawang Holland
*Doh pastri lapis secukupnya, cara membuat rujuk resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK : 1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Masukkan lobak merah dahulu hingga masak kemudian masukkan zucchini, lada benggala, terung dan bawang putih. 2. Setelah semua sudah lembut, masukkan pronto tomato tunggu sehingga 5 minit untuk menghilangkan rasa masam, kemudian akhiri dengan daun basil, garam dan lada hitam. 3. Ratakan dan potongkan doh pastri lapis dalam bentuk segi empat, isikan inti ratatouille dan tutupkannya dengan menarik penhujung bucu empat segi ke tengah. 4. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius .
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury” Keistimewaan : Nikmati pastri lapis @ puff pastry berperisa tomato dan berempah
Info Chef :Pastikan sayur-sayuran dimasak tidak terlalu lama supaya ianya tidak menjadi lembik.
3.TOMATO MASCARPONE BAND
BAHAN-BAHAN :
1kg tomato yang telah dipanggang
500gm mascarpone | keju lembut Itali dengan kandungan lemak tinggi
100gm inti ratatouille |*cara buat rujuk resipi Ratatouille Turnnover
Doh pastri lapis secukupnya |*cara buat rujuk resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tomato panggang yang telah dihiris berserta inti ratatouille dan masak atas api kecil. 2. Bakarkan doh pastri yang sudah dicanai dan dibentuk empat segi kecil selama 30 minit. Keluarkan dari ketuhar. 3. Kemudian isikan inti ke atas pastri lapis berserta dengan mascarpone.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury” Keistimewaan : Mascaporne dan tomato boleh menjadi inti lazat ‘savoury’
Info Chef :Elakkan daripada meletakkan gula ke dalam mascarpone. Keju mascarporne mempunyai rasa berlemak yang enak
4. ASPARAGUS LEMON PUFF PILLAR
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : sautee (ditumis)
200gm asparagus
50gm bawang putih
50gm bawang merah
40gm minyak pesto
Bahan B : Buih lemon
500gm puri lemon
7 helai gelatin
100gm gula
100ml air
Bahan minyak pesto :
100gm keju parmesan
100ml minyak zaitun
100gm daun basil * Dicampurkan dan kisar bersama sehingga menjadi puri Doh pastri secukupnya, cara membuat rujuk pada resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK : 1. Bahan A, panaskan kuali dengan minyak pesto, gorengkan asparagus yang telah dipotong sepanjang 2.5sm dengan bawang merah dan bawang putih sehingga lembut. Ketepikan untuk sejuk. 2. Bahan B, isikan lemon puri dalam periuk bersama gula dan air, kemudian apabila mendidih masukkan gelatin dah tutupkan api dapur. Kacau sehingga sebati. 3. Kemudian, masukkan dalam mesin campuran, dan biar dia berputar sehingga nampak membentuk. 4. Sediakan pastri lapis canai dan ratakan membentuk empat segi.Dibakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius selama 30 minit atau hingga perang 5. Keluarkan pastri lapis dari ketuhar, biarkan reda kepanasannya. Kemudian isikan asparagus di tengah dan diselaputi dengan buihan lemon. 6. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury” Keistimewaan : Keenakan buih lemon unik dan berperisa
Info Chef: Walaupun ini adalah puff pasty dengan inti yang ‘savory’ tetapi dimbangi dengan sedikit rasa manis dari buih lemon.
5. CREAMY CHICKEN TIKKA CONE
BAHAN-BAHAN :
1kg peha ayam
100gm yogurt
100gm serbuk kunyit
20gm serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
100gm krim
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Doh puff pastri secukupnya *boleh dibuat sendiri atau ‘ready made’ yang dijual di pasaraya.
CARA MEMASAK : 1. Ratakan puff pastri dan potong menjadi 12 hingga 16 jaluran. 2. Griskan acuan ‘cone metal’ dengan mentega untuk mengelakkan dari melekat. 3. Gulung dan balut bertindan rapat puff pastry keliling cone metal . 4. Doh puff pastry yang telah membalut cone metal kemudian disusun dalam dulang pembakar. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius.
1. Sediakan bahan inti. Mula-mula perap ayam dengan yogurt, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam dan lada hitam serta krim. Biarkan perap selama 2 jam sebelum mengorengnya. 2. Isikan inti ayam tadi dalam bentuk kon tersebut. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 8 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury” Keistimewaan : Kerangupan pastri lapis dengan inti ayam tikka kaya berempah
Info Chef : Pastikan bahagian bawah cone ditutup rapat supaya isi tidak mengalir keluar. Keluarkan puff pastri dari ‘cone metal’ semasa panas setelah dibakar untuk mengelakkan puff pastri melekat. Biarkan sejuk sebelum memasukkan inti.
Kuih Lompang adalah antara kuih tradisional yang popular dan digemari ramai. Namun agak sukar untuk jumpa kuih ni yang sedap. Jadi, kalau anda cuba buat sendiri Kuih Lompang sedap ni, resipi perkongsian dari FB saudari Jamal dan Asmahan antara yang terbaik dan nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KUIH LOMPANG KAMPUNG SEDAP BERLESUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
350gm gula merah
60gm gula pasir
450ml air
170gm tepung gandum
120gm tepung ubi
60gm tepung beras cap 3 gajah
900ml air
1/2 sudu teh kapur sireh
CARA MEMASAK:
Satukan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk. Masak hingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
Bila air gula dah sejuk, campurkan bahan-bahan lain. Adun hingga sebati.
Tapis adunan bagi memastikan tiada ketulan dan bahan-bahan larut sempurna.
Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.