Sup ayam, hirup panas-panas memang sedap untuk memanaskan badan. Kali ini, kita buat sup kaki dan leher ayam. Buat cara tumis darat. Memang terasa aroma bawang gorengnya. Sedap dimakan dengan nasi, bihun atau mi. tambahkan sambal kicap. Memang bertambah-tambah jadinya.
Ikuti cara membuat Sup Kaki dan Leher Ayam Tumis Darat hasil perkongsian daripada Min Meena Manjalara ini. Memang sedap!
Rebus kaki dan leher ayam bersama kentang, lobak merah, sup bunjut, serbuk sup, akar daun ketumbar, batang saderi, bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah empuk semua bahan, baru masukkan perasa dan hirisan cendawan.
Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih untuk dimasukkan ke dalam sup yang telah mendidih tadi. Ini yang dinamakan tumis darat.
Masukkan tumisan bawang tadi ke dalam sup.
Siap untuk dimakan bersama nasi / bihun/ mi. Jangan lupa sambal kicap dan hirisan daun bawang/ sup/ ketumbar serta bawang goreng. Ada bergedil lagi sedap.
Ada hari kita malas sangat nak masak sebab rasa macam penat sangat ataupun takde semangat nak masak. Tapi kena gagahkan diri juga demi anak-anak dan suami kita kena masak juga. Ada pula yang kebulur nanti atau kita di cop mak yang pemalas dari mertua. Resepi sup tauhu telur yang dikongsikan oleh Nadzirah Nana di Facebook ini sangat mudah dan tak makan masa yang lama untuk dihidangkan. Jom kita cuba resepi ini!
1. Goreng tauhu celup dengan telur sehingga garing.
2. Kemudian tumis bawang, masuk air secukupnya, masukkan sayur dan masak sehingga mendidih.
3. Tauhu yang telah digoreng, letak air tepung jagung untuk pekatkan kuah dan last sekali masukkan lebihan telur bekas celup tauhu tadi.. Perasakan dengan garam dan perasa.
Dapat menikmati sup ketika hujan memang layan. Teringin pula rasa nak makan dengan roti bakar, jomlah kita buat sup ayam pekat berempah. Bila dihirup terasa rempah ratus
yang digunakan. Confirm kenyang semangkuk.Masak nya mudah je,semua orang suka makan.
Sup Ayam Pekat Berempah
Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam ( bahagian bertulang)
1 paket rempah sup ( kalau ada banyak ayam, guna dua paket)
1 paket 4 sekawan dan bunjut
1 biji bawang besar-hiris nipis
3 biji bawang putih dan 1 inci halia – tumbuk lumat
1 biji tomato – potong dadu
Ubi kentang
3 sudu minyak
2 mangkuk air
Garam
Kiub pati ayam
Bawang goreng
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak,tumiskan bawang dan 4 sekawan.
Masak sehingga layu.
2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat.
Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan tomato, kacau sehingga tomato lembik.
4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5.Masukkan ayam, gaul rata.
6.Masukkan dua mangkuk air.
7.Campakkan bunjut sup.
8.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
9.Sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
10. Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Suka makan sup? Ini dia cara-cara untuk menyediakan pes sup @ kiub rempah sup homemade. Dengan adanya kiub rempah sup ni, kerja memasak jadi mudah dan membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Cubalah resipi perkongsian saudari Mas Lieyana ni. Pasti puas hati.
RESIPI KIUB REMPAH SUP HOMEMADE PALING MUDAH & SEDAP
1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!