Ada orang suka masak sup reneh begitu sahaja, Ada juga yang suka menumiskan bahan-bahan. Kalau nak buat stail mamak yang pekat boleh guna rempah sup. Lagi kaw rasanya, hirup terasa rempah ratusnya.
SUP AYAM PEKAT
Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam -bahagian bertulang (kalau banyak ayam kena guna dua paket serbuk rempah sup)
1 paket rempah sup
1 paket 4 sekawan
Sup bunjut
1 biji bawang besar
Bawang putih-tumbuk
Halia -tumbuk
Tomato-dipotong dadu
Ubi kentang
Minyak secukupnya
2 mangkuk air
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
Cara memasak:
Saya tak guna blender sebab saya lagi suka potong macam ni. Hiris sebiji bawang besar senipisnya.Panaskan 3 sudu minyak masak langsung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
Ads
4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5.Masukkan ayam.
6.Gaul rata.
7.Masukkan dua mangkuk air.
Campakkan bunjut sup.
9.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.Sehingga sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
10.Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Fikir untuk menu tengah hari ni. Nak rasa puas makan cubalah buat resipi Sambal Ayam Pedas. Gerenti bertambah nasi nanti. Boleh guna daging untuk resipi ini.
SAMBAL AYAM
Bahan-Bahan: Ayam Cili kering (direbus) Bawang besar 4 sekawan Bawang putih Serai Asam keping 1 senduk kecil sos cili Gula dan garam secukupnya Sedikit kicap Daun kari
Cara membuat:
1.Ayam digoreng separuh masak.Cabai kering direbus. Lepas tu toskan. 2.Kisar bersama sebiji bawang besar. Minyak gorengan tadi boleh digunakan untuk tumis 4 sekawan(kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)halia dan bawang putih yang diketuk dan serai. 3.Kemudian masukkan cabai yang dikisar tadi.Tambah sikit air. 4.Masuk sekeping asam keping. 5.Masukan 1 senduk kecil sos cili.Tunggu mendidih baru masuk ayam.Masuk gula dan garam.aji sikit jika suka.Tambah lagi air dalam setengah cawan. Biar mendidih. 6.Agak-agak dah hampir kering, letak kicap sikit untuk dapat warna yang cantik. 7.Masuk bawang besar yang dihiris bulat. 8.Gaul kesemuanya. 9.Lepas tu baru letak daun kari.Gaul lagi.Dah naik bau daun kari, tutup api.
Selalunya asam pedas dimasak menggunakan ikan sebagai bahan utamanya. Namun, apa kata kalau guna ayam pula. Sedap jugak dan enak dimakan dengan nasi panas.
ASAM PEDAS AYAM
.
BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
5 tangkai cili kering
.
BAHAN LAIN
1 batang serai
1 inci belacan
Suku kiub pati ikan bilis
5 ketul ayam yang telah dibersihkan
Sedikit air
Air asam jawa
Daun kesum secukupnya
1 biji tomato
Beberapa hiris potongan kubis
Garam secukupnya
.
CARA MEMBUAT
1. Tumis semua BAHAN KISAR bersama serai, belacan dan kiub pati ikan bilis.
2. Apabila sudah agak garing masukkan ayam dan sedikit air. Tutup periuk supaya ayam betul-betul masak.
3. Bila ayam sudah agak masak, masukkan air asam jawa, daun kesum, tomato dan kubis.
4. Masukkan garam secukupnya.
5. Biarkan mendidih. Matikan api dan boleh angkat untuk hidang.
Ayam masak kuzi antara hidangan dari Kelantan dan juga Johor. Cuma cara memasaknya antara dua negeri ini juga agak berbeza.
Apapun ayam masak kuzi ini cukup enak dimakan dengan dengan roti jala atau apa jenis roti, mahupun nasi. Bagi yang nak cuba membuat ayam masak kuzi cara pantai timur, boleh ikut perkongsian resipi oleh Halina Ab Hamid.
Cara buat ayam masak kuzi
Bahan-bahan
1 ekor ayam – direbus & goreng (minyak goreng ayam simpan untuk menumis)
1/2 kg bawang merah – mayang, goreng dan kisar
3 sudu besar sos tomato
1/2 tin susu cair
1/4 tin susu manis
6 ulas bawang putih -ditumbuk
2 inci halia – ditumbuk
2 sudu makan penuh rempah kuzi – (cap Kg Langgar)
Cara memasak
1. Tumis bawang putih & halia dengan mengunakan minyak sapi dan minyak goreng ayam sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kuzi dan tumis lagi sampai masak (lebih kurang 20 minit).
3. Bila sudah masak, masukkan bawang goreng yang sudah dikisar (tambah air, kena pandai agak-agak). Masukkan juga susu cair, susu pekat dan sos tomato. Kacau sebati hingga menggelegak.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tak cukup rasa tambah tomato, garam dan gula. Nak manis atau masin atas cita rasa masing-masing. Boleh juga tambahkan kismis dan kacang gajus jika suka.
5. Bila ayam kuzi dan pekat seperti dalam gambar boleh tutup api. Boleh dihidangkan untuk dimakan dengan nasi, roti atau roti jala.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...