Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan.
Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh Chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil 120-150gm tepung jagung 1 biji telur 2 sudu teh garam 1 sudu teh lada hitam Minyak untuk menggoreng secukupnya
5 sudu makan sos plum ½ sudu jus lemon 2 batang cili merah | buang biji & cincang 1 biji bawang merah | cincang 2 ulas bawang putih |c cincang ¼ sudu teh bijan 50ml air Garam cukup rasa Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus 2 batang cili merah | buang biji dan hiris 1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MASAK:
1. Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati. 2. Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati. 3. Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing. 4. Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos. 5. Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah. 6. Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Masukkan bijan. Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api. 7. Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan. 8. Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.
1. Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan. 2. Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi. 3. Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati. 4. Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci. Taburkan potongan mangga di dasar loyang. Tuangkan adunan kek. 5. Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan. 6. Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang. 7. Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.
VANILLA MANGO CUP CAKE
Ads
BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek 1 ¼ gm serbuk penaik ½ sudu teh garam 2 biji telur 143gm gula kastor 1 ½ sudu teh esen vanila 85gm minyak jagung 85gm susu segar Acuan kek cawan secukupnya
1. Mula-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus. 2. Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati. Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan. 3. Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat. 4. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan. 5. Untuk menyediakan kek cawan, panaskan ketuhar 180˚C. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan. 6. Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang. 7. Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati. 8. Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar. 9. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh. Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. 10. Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal. Sedia untuk dihidangkan.
250gm fresh cream/krim putar 50gm mango curd/sri kaya mangga
CARA MASAK:
1. Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti. 2. Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. 3. Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram. 4. Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika 5. Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart. 6. Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tengok gambar pun dah terliur. Apatah lagi kalau memakannya, kan? Nak try buat char kuetiau macam ni? Ini resipi daripada akaun facebook Suffiyah Ramadhani. RASA kongsikan step by step untuk buat char kuetiau yang confirm sedap.
CHAR KUETIAU UDANG
BAHAN KISAR
15 tangkai cili kering (rebus/rendam air panas)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit air
BAHAN-BAHAN
500 gram kuetiau
Sedikit kicap untuk perap kuetiau
Minyak masak untuk menumis
1 senduk BAHAN KISAR
6 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Sedikit gula
2 hingga 3 cawan air
1 senduk kicap
Sedikit tauge (buang ekor)
Sedikit daun bawang (hiris panjang)
Udang secukupnya
1 atau 2 biji telur ayam
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Celur kuetiau dan angkat. Kemudian lumurkan kuetiau dengan kicap. Letak minyak sikit supaya kuetiau tak melekat. Ratakan gaulan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis BAHAN KISAR dan bawang putih.
3. Masukkan gula.
4. Masukkan air 2 atau 3 cawan. (Kalau 2 cawan, nanti pecahkan 1 biji telur ayam. Kalau 3 cawan, nanti pecahkan 2 biji telur ayam)
5. Tuangkan kicap.
6. Masukkan tauge dan daun bawang.
7. Masukkan udang dan kacau kuah.
8. Pecahkan telur ayam. Kacau laju. Biar mereneh, masukkan garam. Matikan api.
9. Untuk menghidang, letakkan kuetiau dalam pinggan. Tuangkan kuah. Sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi Suffiyah Ramadhani https://www.facebook.com/sofea.humairah.946/posts/154903748676136
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi air asam picit dengan ikan bakar. Dengar pun dah boleh buat terliur. Kadangkala lauk simple macam nil ah yang boleh buat kita makan bertambah-tambah.
Makan pula dengan nasi panas-panas dan sedikit ulam. Fuh!! Teringin nak cuba kan? Okay, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Mommy Yoiini ye. Jangan salahkan orang lain kalau makan banyak nanti.
Untuk bakar ikan, lumur ikan dengan garam kasar sahaja dan bakar. Bila ikan ikan masak, angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan air asam, masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Tambah air dalam 1/4 cawan. Ramas – ramas asam jawa dan belacan sampai sebati.
Patah-patahkan cili padi sambil tenyeh-tempeh kat Mangkuk. Kalau tak pandai buat macam tu, cara lain, potong kasar cili padi dan tumbuk dalam lesung batu. Jangan lumat. Kemudian masukkan ke dalam air asam dan belacan.
Perasakan garam dan gula. Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambah air lagi. Agak-agak lah ye. Cubalah insya-Allah sedap.
Ketika nak makan, asingkan isi ikan dan bubuh ke dalam air asam. Makan dengan nasi putih panas-panas. Peh!! Konfim makan bertambah.
Saban hari, pasti ramai yang mengalami masalah yang sama, terfikir apakah hidangan yang hendak dimasak sebagai sarapan untuk sekeluarga. Tidak kira sama ada suri rumah tangga, mahu pun ibu bekerja. Inilah dilema yang sering dihadapi.
Memang buntu juga jika asyik memasak menu yang sama sahaja setiap hari. Nanti keluarga mula komen, diri sendiri juga yang bengang bukan?
Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Jadi, jangan pandang rendah pada sarapan dan sangat penting untuk menikmati sarapan yang seimbang. Ia dapat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.
RASA kongsikan 20 resipi sarapan yang mudah disediakan. Mungkin anda boleh jadikan sebagai panduan dalam menyajikan sarapan yang sedap dan mengenyangkan.
Di dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).
Kemudian masukkan cincangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
Sediakan loyang/bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut.
Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga telur masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dinikmati panas.
2. BUBUR NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras wangi
1 keping dada ayam | dadu kecil
½ batang lobak merah | dadu kecil
2cm halia muda |mayang halus
Air secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur.
Dada ayam dan lobak merah didadu kecil dan masukkan ke dalam bubur ayam. Masukkan hirisan halia. Gaul sekata.
Didihkan bubur ayam beberapa minit lagi hingga semua bahan masak sepenuhnya. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tutup api dan angkat.
Tabur cincangan daun bawang ketika menghidang.
Info chef: Jika suka pedas boleh dimakan bersama sedikit hirisan cili padi.
3. ROTI BAKAR TELUR GOYANG
2-4 keping roti
2-4 biji telur
Mentega secukupnya
Kaya secukupnya
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bakar roti hingga perang.
Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng telur mata kerbau setengah masak (kuning telur masih cair sedikit).
Letakkan telur di atas roti bakar dan tabur sedikit garam dan lada sulah. Hidangkan.
Info chef: Boleh dimakan dengan sos pilihan.
4. NASI GORENG PEDAS SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 batang sosej | bulat nipis
2 sudu makan cincangan daun bawang
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi
2cm belacan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
Info chef: Jika suka lebih pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
5. TORTILLA SAMBAL SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping tortilla segera |nyah bekukan
3-4 ketul sardin dalam tin
2 sudu makan cili kisar
1 labu bawang besar | cincang dadu
1 biji tomato |cincang dadu
4-5 biji cili padi | cincang halus
2 keping asam keping
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang cincang dan cili kisar hingga cili masak.
Masukkan ikan sardin, asam keping, tomato dan cili padi. Didihkan beberapa minit.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
Di dalam kuali leper (non stick), panaskan tortilla hingga agak perang. Ulangi langkah hingga selesai.
Bentukkan tortilla mengikut cita rasa masing-masing dan hidangkan bersama sambal sardin dan sedikit daun salad jika suka.
Info chef: Enak dinikmati panas.
MINGGU KEDUA
1. BURITOS CHICKEN AND MUSHROOMS
BAHAN-BAHAN:
2 keping tortilla
2 keping dada ayam
10 biji cendawan butang |hiris nipis
150gm1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning
2 sudu makan mayones
1 sudu teh oregano kering
Daun salad secukupnya
Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan oregano kering pada kepingan ayam lalu dipanggang dengan sedikit minyak zaitun hingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.
Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dalam kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Tortilla dipanaskan sedikit di dalam kuali leper. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pada tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.
Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi. Gulung tortilla rapi dan hidangkan.
Info chef: Jika suka boleh tambah sos pilihan.
2. CAPATI DAN SAMBAL IKAN
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping capati segera | nyah bekukan
3 keping isi ikan | potong dadu
1 labu bawang besar |cincang dadu
3 ulas bawang merah |kisar
2 ulas bawang putih |kisar
1 sudu teh gula perang
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan ditabur sedikit garam dan goreng garing. Toskan.
Di dalam kuali panaskan satu sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan cili masak sepenuhnya.
Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula perang, isi ikan yang telah digoreng dan perasakan dengan garam secukupnya.
Masak sambal ikan hingga semua bahan sebati. Tutup api. Ketepikan.
Di dalam kuali leper lain, panaskan capati hingga perang di kedua-dua bahagian. Angkat. Ulangi langkah hingga selesai.
Letakkan capati di dalam mangkuk kecil. Bentukkan seperti kelopak bunga. Letak sambal ikan di atas capati. Hidangkan.
Info chef: Sambal ikan itu juga boleh dimakan bersama roti dan nasi.
3. EGG PRATA ROLL
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan
1 labu bawang besar | cincang halus
3 biji telur
1 sudu makan cincangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali leper.
Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian hingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dalam kuali. Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
Letak telur ke dalam prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangkan segera bersama sos pilihan atau mayonese jika suka.
4. KUEY TEOW SUP ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
1 paket kuey teow
2 keping dada ayam
10-12 ekor udang saiz sederhana |bersihkan
2 batang kek ikan | hiris
1 batang daun bawang |cincang halus
5 ulas bawang putih |cincang halus
10-12 biji bebola ikan
1 liter air
60gm tauge
1 cawan stok ayam (air rebusan ayam)
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih hingga terbit wangi.
Masukkan air, stok ayam, kepingan dada ayam, kek ikan dan bebola ikan lalu didihkan.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Biar ia mereneh.
Keluarkan dada ayam dan hiris nipis. Ketepikan.
Sementara itu, celur kuey teow, udang dan tauge secara berasingan.
Untuk menghidang, letakkan kuey teow tadi di dalam pinggan, tauge dan udang. Susun hirisan ayam di bahagian atas.
Sendukkan sup tadi bersama bebola ikan dan tabur cincangan daun bawang dan cili padi.
Info chef: Jika suka, hidangkan bersama hirisan cili padi/cili merah yang dicampurkan sedikit kicap cair.
5. ROTI GULUNG BERINTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti
3 biji telur |pukul sedikit dengan garpu
1 cawan tuna flakes (dalam tin) | toskan
1 labu bawang besar |cincang halus
1 biji cili merah |cincang halus
1 biji cili hijau | cincang halus
1 sudu teh paprika
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
Roti dibuang tepinya dan dileperkan.
Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yang telah dileperkan. Sapu sekeliling roti dengan sedikit telur. Gulung dan kemaskan.
Celup roti ke dalam bancuhan telur.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng gulungan roti hingga keperang-perangan. Toskan dan sedia hidangkan.
Info chef: Tuna flakes adalah kepingan isi tuna kasar yang ditinkan.
MINGGU KETIGA
1. SANDWICH AYAM DAN SALAD
BAHAN-BAHAN:
400gm ayam (bahagian dada)
4-5 sudu makan mayones
Daun salad secukupnya
Baguette Perancis secukupnya
Mentega secukupnya
Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ayam dilumur dengan sedikit garam, lada sulah dan lada hitam lalu dipanggang hingga masak dan cincang halus.
Campurkan mayones ke dalam mangkuk berisi cincangan ayam dan gaul rata.
Tambahkan lada sulah/lada hitam dan gaul sebati. Ketepikan.
Sapu sedikit mentega ke atas roti.
Letakkan sekeping daun salad ke atas roti.
Letakkan sesudu campuran ayam dan ratakan di atas roti.
Ambil sekeping lagi roti yang telah disapu mentega dan tutup seperti sandwic.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga gunakan roti putih.
2. PANKEK MINI GULA MERAH KELAPA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
280ml susu segar
30gm gula halus
50gm kelapa parut | putihnya sahaja
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Air gula merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
Panaskan kuali leper (non stick). Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
Hidangkan pankek bersama air gula merah dan lebihan kelapa parut.
Info chef: Enak dinikmati bersama hirisan pisang.
3. SCRAMBLED EGG MUSHROOMS
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
8 biji cendawan butang | hiris nipis
1 biji tomato | cincang
1 sudu makan cincangan cili benggala
½ cawan susu segar
½ cawan parutan keju parmesan+mozzarella
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk; pukul telur bersama susu, garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tuang bancuhan telur dan masak hingga agak kental.
Masukkan cincangan cendawan, cili benggala, parutan keju dan cincangan tomato. Gaul sebati dan hancurkan.
Hidangkan bersama kepingan roti, salad dan sos pilihan jika mahu.
Info chef: Enak dinikmati panas.
4. SPAGGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
2 batang jejari ketam | potong kecil
8-10 ekor udang sederhana |bersihkan
5-6 biji cili padi | hiris halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cincangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah sayuran lain jika suka.
5. LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI
BAHAN-BAHAN A:
1 cawan tepung gandum
¾ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
15 biji cili padi hijau
4 biji cili hijau
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar | potong bulat
100gm ikan tahai | bersihkan
3cm belacan
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka boleh dikisar supaya bancuhan tidak berketul.
Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Untuk membuat sambal; cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yang telah dibersihkan dan didihkan hingga beberapa minit.
Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.
Info chef: Jika tiada ikan tahai, boleh ganti dengan ikan tamban atau ikan bilis.
MINGGU KEEMPAT
1. TOMATO EGG MUFFINS
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
2 biji tomato | cincang dadu
1 batang daun bawang |cincang
¼ sudu teh paprika
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang bersama garam dan lada sulah.
Tuang bancuhan telur ke dalam acuan mufin yang telah disapu sedikit mentega atau ke dalam cawan kertas mufin.
Tambahkan cincangan tomato dan daun bawang ke dalam bancuhan telur tadi.
Tabur sedikit serbuk paprika.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit atau hingga telur masak.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dinikmati panas dan boleh dimakan dengan sos pilihan anda.
2. MI KICAP BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning
50gm tauge
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | mayang halus
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
¼ sudu kecil pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 cawan air
BAHAN-BAHAN B (SUP):
10-15 biji bebola ikan
3 cawan air
2 ulas bawang putih | cincang halus
½ sudu teh pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun bawang secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Mi kuning dan tauge dicelur berasingan. Ketepikan.
Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak lalu tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan air. Didihkan.
Tambah pati ikan bilis, garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati.
Tuang kuah kicap ini ke dalam pinggan berisi mi dan tauge yang telah dicelur tadi.
Untuk membuat sup; panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air, pati ikan bilis dan bebola ikan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa. Tabur cincangan daun bawang.
Hidangkan mi kicap tadi dengan sup bebola ikan.
Info chef: Enak dinikmati panas Boleh tambah hirisan cili merah atau cili padi jika suka pedas.
3. LEMPENG SAYURAN DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
¾ cawan air
6-8 ekor udang sederhana | cincang kasar
1 biji cili merah | cincang halus
3 biji tomato ceri | cincang dadu
1 labu bawang besar | cincang halus
1 sudu makan cincangan daun bawang
1 sudu makan parutan lobak merah
½ sudu teh garam
¼ sudu teh lada sulah
¼ sudu teh serbuk penaik
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.
Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non stick). Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dalam kuali.
Masak lempeng hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangkan panas bersama sebarang sambal atau sos pilihan.
4. WESTERN EGG SKILLET
BAHAN-BAHAN:
½ cawan susu segar + krim masakan
¼ cawan air
2 sudu makan minyak zaitun
2-3 biji telur
3 batang sosej |hiris nipis
4 keping roti (sourdough bread) |potong dadu
1 labu bawang besar | mayang halus
1 biji cili benggala |hiris nipis
10 bij tomato ceri |belah dua
2 sudu makan cincangan parsli
¼ sudu teh serbuk cayenne
¼ sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Tuang minyak zaitun dalam kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dalam ketuhar.
Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato. Masak dalam ketuhar selama 5-6 minit atau hingga semua bahan lembut.
Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati. Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dari ketuhar.
Lubangkan 2-3 bahagian roti dalam kuali tadi dan pecahkan telur di dalamnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dalam kuali. Masukkan kembali dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.
Info chef: Enak dinikmati panas.
5. NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu makan mentega
2 biji telur
10 ekor udang segar |bersihkan
2-3 ulas bawang putih |cincang halus
Sedikit cincangan daun bawang |hiasan
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.
Info chef: Boleh tambah sayuran lain jika suka.
KREDIT RESIPI: Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas Klang Selangor.
Tercari-cari MICROWAVE baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.