Kuih vadai agak sukar ditemui, melainkan jika kita ke restoran mamak. Itupun, adakala tiada juga. Jadi, kalau memang gemar dan teringin, boleh saja cuba buat sendiri. Bahan utama, kacang ulunthu.
Menurut Nur Masri yang sudi berkongsi cara penyediaan kuih vadai ini, bahannya mudah saja tetapi cara membuatnya yang sedikit mencabar. Untuk menjadikan bentuknya seperti donut dengan adunannya yang melekat dan lembik memerlukan sedikit kemahiran.
Kuih vadai ini sedap dimakan ketika masih panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Namun, ketika sejuk pun masih lembut lagi. Jika buat banyak, boleh di sejuk bekukan dan panaskan menggunakan air fryer sahaja. Jom kita cuba buat.
Basuh dan rendam kacang ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. (Jika nak masak pagi, boleh rendam waktu malam. Nak masak petang, rendam waktu pagi.)
Toskan air dan kisar kacang ulunthu dengan sedikit air sehingga halus. (Jangan letak banyak air kerana nanti akan susah untuk dibentukkan.)
Apabila kacang ulunthu menjadi halus, masukkan jintan manis dan kisar sekejap.
Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk.
Masukkan pula tepung beras dan baking soda.
Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu, bolehlah potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.
Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut.
Jika adunan cair, boleh tambahkan tepung beras.
Celup tangan dalam air. Ambil sedikit adunan dan letak membulat di atas tapak tangan atau daun pisang.
Celup jari telunjuk ke dalam air dan buatkan lubang di tengah adunan.
Terbalikkan adunan tadi di atas jari tangan kanan.
Ads
Masukkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan.
Tunggu sehingga vadai timbul dan keperangan, baru terbalikkan. Jika terbalikkan semasa masih lembut, bentuknya akan rosak.
Goreng hingga keperangan dengan api sederhana. Jika api besar, ulunthu akan rasa mentah dan bahagian dalam belum masak sepenuhnya.
Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Setiap kali berpuasa kuih ini antara yang akan menjadi rebutan ramai di bazar ramadan. Kuihnya yang berlemak dan manis menjadi pilihan sebagai hidangan akhir selepas berbuka. Teringin nak buat dan makan kuih tepung pelita sendiri? Apa kata anda cuba resepi kuih tepung pelita ini. Memang gerenti jadi!
RESIPI TEPUNG PELITA BERATUR PANJANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN BAWAH:
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Potong 4 kerat. (lihat video di bawah) Cara-cara nak buat acuan.
Selepas membuat bekas acuan tepung pelita, letakkan sedikit gula halus didalam bekas.
Letak gula pasir yang di kisar. Satu sudu teh dalam bekas ( saya kisar je gula pasir bagi halus.. Kalau letak je gula pasir nanti tak jadi, itu Sbb kita kena letak gula hancur.. Dan kita letak yg warna hijau panas2.. Akn jadi Air gula dibawahnya)
Sementara itu masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat.
Letak terus dalam bekas acuan. Tidak perlu kukus sebab dah masak atas dapur sampai pekat
dan sekaligus untuk menghancurkan gula halus yang kita letak dalam bekas tu supaya jadi air gula..
(Nota: Biasa kalau kukus.. Dia akan pejal-pejal kan, kalau masak dan terus tuang dalam acuan dia akan jadi lembut bila pulak kena dengan air gula..)
BAHAGIAN ATAS:
BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan (Kalau sebijik kelapa.. Sukat 4 cawan air dan perah.. (nk 4 cawan santan pekat..)
(kalau santan kotak kara yang kecil.. Bancuh biar dapat 4 cawan santan.
4 sudu tepung beras (jangan guna cap 5gajah je. Yg lain boleh. 2,3gajah boleh, teratai boleh. 5gajah utk buat laksa)
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masak semua bahan dan kacau sampai pekat.
Tuang terus ke atas hijau. Tak perlu dikukus sebab dak masak atas dapaur sampai pekat.
Boleh makan terus. Cepat sejuk dan nak lagi sedap simpan dalam peti ais.
Zaman sekarang ni dah ada Air Fryer kalau google je pelbagai resipi boleh dicuba! Teringin Kuih Bakar? Walaupun kuih tradisional, guna Air Fryer pun boleh menjadi kuihnya. Jangan risau, saya kongsikan resipi dari awal sampai akhir cara pembuatan Kuih Bakar guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ni.
Cara penyediaannya sangat cepat dan mudah. Tekstur dan rasa Kuih Bakarnya sama sahaja seperti menggunakan ketuhar. Jom cuba!
KUIH BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
Masukkan air fryer suhu 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!
Sekali pandang macam lepat jagung kan, tapi sebenarnya bukan. Kalau nak makan tak payah pergi sampai ke Thailand, buat sendiri pun boleh.
Kuih khopud nung atau pulut jagung kukus berlemak ni menurut Fatin Damia menggunakan pulut yang dicampur santan pekat dan juga jagung yang telah diparut. “Dibalut dengan daun jagung lalu dikukus, rasanya lemak manis. Kalau pergi Thailand kuih ini memang banyak dijual di sana,” cerita Fatin dalam laman FB nya.
Kalau nak tahu apa lah rasa kuih ini, jom kita cuba buatnya.
CARA MEMASAK : 1. Rendam pulut lebih kurang 1 jam kemudian kukus separuh masak. 2. Selepas itu, keluarkan pulut yang dikukus tadi dan gaul dengan santan dan jagung yang telah diparut tadi bersama dengan gula dan juga garam 3. Balut pulut dengan daun jagung dan kukus semula sampai masak lebih kurang 20 minit. 4. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan dahulu sebelum dihidangkan