Bahn Xeo adalah sejenis lempeng rangup berperisa yang diperbuat daripada tepung beras, air, serbuk kunyit yang diletak inti ditengah-tengahnya. Ia adalah antara makanan jalanan yang popular di Vietnam.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air sejuk
  • 1 sudu makan kicap ikan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMISAN DAGING KISAR:

IKLAN
  • 1 mangkuk kisar
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang  halus
  • 2 ulas putih | cincang halus
  • Sedikit hirisan cili Benggala
  • 1 sudu pes cili
  • 1 sudu kecil air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

BAHAN SALAD:

  • 1 mangkuk kecil tauge
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit daun bawang

BAHAN SOS:

IKLAN
  • 5 sudu makan air masak
  • 3 sudu makan gula
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 3 biji cili padi merah | cincang

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Campurkan semua bahan kering pancake dalam mangkuk, gaul rata.
  2. Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
  3. Seterusnya masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga mendapat  kepekatan bancuhan sesuai untuk pancake. Ketepikan.
  4. Sediakan pula tumisan daging. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga kekuningan.
  5. Masukkan pes cili dan air asam Jawa. Kacau seketika dan masukkan daging kisar.
  6. Kacau hingga daging berubah warna, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan ketepikan.
  8. Kemudian sediakan pancake pula. Panaskan kuali leper dan oleskan sedikit minyak di atasnya.
  9. Tuangkan bancuhan pancake, masak menggunakan api kecil.
  10. Setelah garing, letakkan di atasnya tumisan daging kisar dan salad.
  11. Lipat dua seperti apam balik, angkat dan masukkan dalam pinggan hidang
  12. Untuk sos, campurkan semua bahan, gaul rata dan hidangkan bersama pancake yang telah siap tadi.

INFO CHEF: Mempunyai rasa yang enak, ranggup dan terasa kesegaran salad yang dicicah dengan sos masam manisnya.

Banh Xeo. Resipi ‘Street Food’ Vietnam Popular Yang Anda Kena Cuba.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI