Sotong Sumbat Masak Merah, Hidangan Makan Tengahari. Lain Dari Yang Lain.

Share

Hidangkan makanan laut seperti sotong sumbat yang istimewa ini untuk keluarga tersayang di hujung minggu. Pasti menu kali ni lain dari yang biasa, sotong sumbat telur yang menarik dan sedap untuk dirasai bersama. Jom cuba.

 

SOTONG SUMBAT MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  1. Sotong 4ekor – cabut kepala bersihkan bahagian dlm takut banyak pasir
  2. Bwg besar, bwg kecik, bwg putih, halia (blender semua) bahan2 nie ikut banyak mana korang nak masak sbb sy main agak2 je
  3. *4 biji telur, 1biji lada besar merah & hijau (hiris sederhana), 1batang daun bwg, 1biji tomato, ½biji bwg besar (potong dadu), 1ketul kiub ayam
  4. 5 sudu makan cili kering blender | guna cili boh pun boleh
  5. 3 sudu makan sos cili
  6. 2 sudu makan sos tiram
  7. Garam/perasa (ikut suka)

 

CARA MEMASAK:

– Bahan bertanda* campur semua ye.

– Gaulkan sampai jadi mcm nie dan kiub hancur.

– Panaskan minyak sikit masukkan bahan no.3 masak sampai jadi scramble eggs gitu
– Ketepikan biar sejuk

– Seterusnya panaskan minyak masukkan bahan2 no.2 yg dh di blender tadi. Masak sehingga naik bau ye. Jangan lupa masukkan garam/perasa.

– Kemudian masukkan bahan no.4 kacau sebati

– Tunggu sampai masak/pecah minyak

– Sementara tunggu cili masak sumbat scramble eggs tadi dalam sotong sumbat kasi padat jangan ade ruang nnt rugi
– Lepas tu letak kepala sotong cucuk dengan lidi kecik (lidi cungkil gigi yg belum guna la ) supaya telur tadi tu tak keluar.

– Cili dah masak/pecah minyak masukkan bahan no.5&6 kacau sampai sebati. Dah kacau rasa dulu mana tau ade kurang rasa ke blh la tambah gula, garam/perasa.

– Dan akhir sekali masukkan bahan no.1 jangan kerap kacau takut kepala sotong t’cabut nanti telur t’keluar dah tak jadi sumbatnya
– Bila dah yakin sotong tu masak boleh padamkan api.

– Siap.

 

Kredit resipi: Uya MasbahMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)

IKLAN