
Nak panggang atau bakar ayam, kambing, daging dan sate, ni dia resipi perapan yang boleh masuk semua. Menurut Raja Amanina rencah ni harumnya semerbak wangi. Ramuan istimewa lada hitam, rempah kari dan segala bawang ni memang melazatkan makanan.
Buat lebih untuk jadi stok dan simpan dalam peti sejuk, jadi bila nak masak tinggal perap aje. Bahan segala daging, ayam, kambing dan sate memang sedap diperap lama sebelum dimasak. Kalau tetamu datang secara mengejut taklah kalut sangat nanti. Bakar dalam oven pun boleh.Jom kita cuba resipi dari Raja Amanina ini.
SOS REMPAH PERAPAN
BAHAN-BAHAN :
- 5-7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 4 batang serai
- 1 sudu teh jintan manis
- Sedikit lada hitam
- 3 sudu makan cili giling
- 1 paket kecil rempah kari adabi
- 1 keping asam keping
- Satu helai daun pandan | disimpul
- Gula Melaka atau gula biasa
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Kisar bawang merah,bawang putih,serai,halia,jintan lada hitam
hingga halus
2. tumis bahan kisar sekejap masukkan serbuk kari,cili giling,daun pandan
asam keping perasakan gula garam.
*empunya resipi nina suka buat manis2 sikit lagi sedap
3. Masak hingga pecah minyak@agak pekat
4. Dah suam sikit boleh perap daging@ayam@kambing
5. Perap 1@2jam lagi lama perap lagi sedap
6. Sukatan yang ni boleh guna untuk perap 2 ekor ayam tu pun ada lebih lagi nak buat banyak boleh gandakan
Selamat Mencuba♥️
Resepi : nina-Raja Amanina
ANDA SEDANG MENCARI DAPUR PEMANGGANG ATAU GRIL YANG TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Manisan + 3 Hidangan Perancis, Sedapnya Bagaikan Makan di Kota Paris.

Sajian kali ini memang eksklusif. Sajian dari Kota Cinta, Paris, Perancis ini disediakan khas oleh Chef De Cuisine Shahrusmizal Mohammed Salleh dan pasukan chef restoran fine dining Fine Urban di Hotel Istana KL untuk pengikut RASA.

Dua hidangan pencuci mulut dan tiga sajian utama berasaskan itik dan kambing boleh dicuba.
1. APPLE TART WITH VANILLA ICE CREAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan tat epal:
- 1 biji epal fuji | dikupas dan dipotong
- 80gm gula halus
- 1 sudu teh rempah empat sekawan
- 20gm mentega
- 60gm pastri lapis *ada dijual di pasaraya
Bahan inti badam :
- 80gm mentega
- 80gm gula aising
- 80gm serbuk badam
- 1 biji telur
- 16gm tepung gandum
- 20gm pes pistachio
- Ais krim vanilla secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak tat epal :
1. Cairkan mentega dalam kuali panas, dan tumiskan rempah empat sekawan.
2. Masukkan epal dan gula, kacau rata. Ketepikan
3. Canaikan pastri lapis, dan sapukan inti badam di atasnya.
4. Ambil epal tadi dan susunkan atas pastri lapis.
5. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit.
6. Sebelum menghidang, taburkan gula aising di atasnya.
Cara masak inti badam :
1. Potong mentega dalam ketulan kecil dan masukkan di dalam mangkuk.
2. Masukkan gula, dan kacau hingga adunan menjadi putih dan berkrim.
3. Fasa ini disebut ‘creaming’ mentega dan gula.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji , dan kacau rata selang setiap biji yang dimasukkan.
5. Kemudian masukkan tepung gandum, sedikit demi sedikit, serbuk badam dan pistachio. Kaup balikkan hingga dicampur sempurna.
6. Ketepikan, untuk disapukan atas pastri lapis
7. Tambahkan ais krim vanila di atasnya, selepas pastri lapis dibakar, tunggu pastri lapis (tat) sejuk dulu.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : pencuci mulut
Keistimewaan : Apple tart yang manis dan kaya dengan rasa mentega
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain dari buah epal resipi yang sama juga boleh digunakan dengan menggantikannya dengan buah pir, pic dan plum.
2. DUCK BREAST WITH CELERIAC CREAM AND PUMPKIN PUREE
BAHAN-BAHAN :
Bahan dada itik :
- 350gm daging itik bahagian dada
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 1 sudu makan walnut | ditumbuk
Bahan puri celeriac *sejenis sayur saderi berubi :
- 100gm celeriac (bahagian ubinya)| dicincang
- 200ml susu
- 60ml krim pekat *thickened cream
- 30gm bawang kecil
- 40gm mentega
- Garam secukup rasa
Bahan puri labu (pumpkin puree):
- 300gm puri labu
- 5gm kalsium
- 1000ml air
- 5gm sodium alginate *dari ekstrak rumpai laut, agen membentuk gel
CARA MEMASAK :
Cara masak dada itik :
1. Perasakan dada itik dengan garam, lada hitam dan lecurkan di atas kuali sebentar dengan kepanasan tinggi, sehingga kulitnya menjadi garing. Dan angkat.
2. Kemudian panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius, masukkan dada itik dan masak ke tahap ‘medium’, doneness’ ( suhu daging 60 darjah celcius)
3. Keluarkan dan biarkan 5 minit, kemudian potong dada itik, dan taburkan dengan kacang walnut.
Cara masak puri celeriac:
1. Di dalam periuk masukkan celeriac, susu, krim, bawang kecil, mentega dan garam, biarkan mereneh bawah api sederhana.
2. Kemudian kecilkan api dan biarkan merenih lagi, usah ditutup tudung, untuk 35 minit atau sehingga ubi celeriac empuk dan boleh dilecek dengan sudu.
3. Pindahkan campuran celeriac tadi dan kisar hingga halus, sehingga menjadi larut (cecair) dan membentuk puri yang pekat, berkrim dan halus. Hidang bersama dada itik.
Cara masak puri labu :
1. Satukan puri labu dengan kalsium. Kisar sebati dan tuangkannya ke dalam acuan berbentuk hemisfera (separa bulat), bekukan dalam peti sejuk.
2. Satukan sodium alginate dengan air, dan kisar hingga kesemua alfinate larut. Letak dalam satu bekas.
3. Kemudian isikan satu bekas lain dengan air
4. Keluarkan puri labu dari peti sejuk, keluarkan dari acuan hemisfera. Kemudian masukkan/rendamkan dalam bekas berisi larutan alginate.
5. Untuk hemisfera kecil biarkan selama 2 1/2 hingga 3 minit dan yang bersaiz sederhana biarkan selama 5 minit. Kemudian rendamkan dalam bekas berisi air .
6. Tos dan hidangkan terus bersama dada itik.
7. Jika suka hidangkan dada itik dengan hiasan tambahan seperti kubis, buah berangan yang ditumis dan sudah diperasakan dengan mentega, lada hitam dan ubi bit panggang.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian utama
Keistimewaan : Sajian berkhasiat daging itik bakar dengan rasa dua puri
Anggaran kos : RM 32
INFO CHEF : Daging dada itik hendak lah dimasak tahap ‘medium’ untuk mengekalkan jusn dan tekstur daging yang lembut.
3. LAMB RACK WITH GINGER DATE JAM AND LAMB CROQUETTE
BAHAN-BAHAN :
Bahan rusuk kambing (lamb rack) :
- 300gm daging rusuk kambing | dikeluarkan tulangnya
- 1 sudu makan pistachio panggang| dicincang
- 1 sudu teh Dijon mustard (pes biji sawi)
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
Bahan kurma halia :
- 100gn kurma halis | dikupas kulit dan buang biji
- 5gm halia | dicincang halus
- 5gm kulit lemon parut *lemon zest
- 10gm gula
- 10gm mentega
- Garam secukup rasa
Bahan pegedil leher kambing @ lamb neck ragout :
- 100gm leher kambing (ragout) | dibuang tulang dan dikisar
- 1 cawan tepung
- 1 cawan serbuk roti
- 2 biji telur | dipukul
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak rusuk kambing (keluarkan tulang,ambil dagingnya sahaja) :
1. Perasakan daging kambing dengan garam dan lada hitam, kemudian lecurkan sebentar di atas kuali dengan haba yang tinggi.
2. Kemudian bakar dalam oven dalam suhu 180 darjah celcius, masak tahap ‘medium’ doneness (suhu daging 60 darjah celcius).
3. Keluarkan dari oven dan biarkan selama 5 mini, sapukan Dijon mustard dan pistacio sebelum menghidang.
Cara masak halia kurma :
1. Pijarkan mentega dalam kuali, dan tumiskan halia.
2. Masukkan halia dan masak perlahan dengan api sederhana sehingga sebati dan halus
3. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Cara masak pegedil lamb neck ragout :
1. Ambil daging dileher yang dikisar, perasakan dengan garam
2. Bentukkan menjadi bebola dan bekukan selama 3 jam. Salutkan dengan tepung gandum, serbuk roti dan telur.
3. Goreng dalam deep fryer, dihidangkan bersama hidangan rusuk kambing.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian utama
Keistimewaan : Tambah lazat jika dimakan bersama keju (kambing)
Anggaran kos : RM 42
INFO CHEF : Gunakan lamb yang chill kerana rasa dan tekstur lebih lembut dan sedap apabila dimasak dan dimakan
4. RED MULLET WITH SEA SCALLOP, CRAB MEAT AND SAFFRON BOUILLABAISSE
BAHAN-BAHAN :
Bahan red mullet @ ikan kerisi:
- 300gm ikan red mullet *seakan ikan kerisi merah
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak zaitun
Bahan kekapis @ sea scallop :
- 1 kekapis
- Minyak zaitun secukupnya
- 1 sudu teh pistachio | ditumbuk kasar
- Garam secukup rasa
Bahan isi ketam :
- 50gm isi ketam masak * dijual dalam tin
- 1 sudu makan kewpie Jepun
- 5gm bawang kecil | dicincang
- Daun dill secukupnya | dicincang
- Daun kucai secukupnya | dicincang
- Garam secukup rasa
*Satukan semua bahan di dalam mangkuk, gaulkan sebati dan perasakan dengan garam
Bahan kerang :
- 200ml air stok rebusan kerang
- 80gm kerang
- 50gm daun saderi | dicincang
- 10gm halia | dicincang halus
- Garam secukup rasa
Bahan saffron bouilabaisse :
- 10ml minyak zaitun
- 2 biji bahagian akar berisi jintan manis (bulbs of fennel) | dihiris
- 1 biji lada benggala merah | dihiris
- 10gm tarragon | dihiris
- 10gm parsli Perancis @ chervil | dihiris
- 1 liter stok ikan
- 200gm tomato | dipotong dadu
- 20gm pes tomato
- 1 biji lemon | ambil jusnya
- 2 cubit safron
- 60gm mentega
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
Cara masak ikan red mullet:
1 . Perasakan ikan kemudian lecurkan seketika atas kuali dengan kepanasan tinggi.
2. Sudahi memasaknya dengan membakar dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 4 minit sahaja.
Cara memasak kekapis :
1. Masukkan minyak zaitun dan panaskan kuali di atas api sederhana.
2. Taburkan garam dan lada hitam di atas kekapis, dan masakkan kekapis di dalam kuali. Masak tiga minit di setiap belah, atau hingga keperangan.
3. Angkat kekapis dan taburkan dengan pistachio di atasnya
Cara masak kerang :
1. Di dalam kuali masukkan air stok kerang. Bila mendidih masukkan kerang dan tutup dengan tudung., biarkan 3 hingga 4 minit.
Cara masak saffron boullabaisse :
1. Masukkan minyak zaitun di dalam kuali bawah api sederhana. Masukkan bulbs fennel. Masak 3-4 minit.
2. Masukkan lada benggala, garam, tarragon dan masak lagi 2-3 minit, masukkan tulang ikan dan tomato. Tudungkan dan tutup air stok ikan ini dan biarkan mereneh.
3. Masukkan pes tomato dan safron dan sambung mereneh. Masak hingga sejam.
4. Buang segala sisa tinggalan (tulang). Kisar kesemua campuran ini hingga menjadi sos. Tuang dalam penapis dan tekan dengan senduk untuk esktrak keluar .
5. Masukkan jus lemon dan tuangkan ke dalam mesin pengisar bersama mentega.
6. Dihidangkan bersama ikan dan makanan laut lainnya
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Masak dengan minyak sedikit
Jenis masakan : Sajian utama, makanan laut
Keistimewaan : Hidangan ikan kerisi bersama makanan laut yang enak.
Anggaran kos : RM 28
INFO CHEF : Selain ikan kerisi , boleh juga menggunakan ikan lain seperti ikan kod mengubahnya menjadi sajian yang mewah.
5. ECLAIR WITH CHOCOLATE
BAHAN-BAHAN :
Bahan choux pasty:
- 41ml susu
- 41ml air
- 36gm mentega
- 5gm glukos
- 3gm garam
- 46gm tepung gandum
- 75gm telur
Bahan chocolate ganache :
- 226 gm coklat gelap
- 1/2 cawan krim
*Masak secara teknik ‘water bath’, biarkan sejuk sedikit baru pastri yang sudah dibakar dicelup ke dalamnya
- Pistachio panggang secukupnya| ditumbuk
CARA MEMASAK :
Cara masak ‘choux pastry’ (doh pastri ringan):
1. Panaskan susu, mentega, gula dan garam di dalam periuk atas api sederhana.
2. Bila mentega cair, biarkan campuran mendidih dan alihkan dari api segera.
3. Masukkan tepung ke dalam campuran panas ini, kacau dengan sudip kayu sehingga menjadi doh yang kental dan licin.
4. Letakkan balik periuk di atas api sederhana untuk menyejatkan doh, dan teruskan mengacau hingga boleh membentuk bola dan tidak melekat di dinding periuk.
5. Alihkan doh ke dalam mangkuk biarkan sejuk atau suam dahulu selama 5 minit.
6. Masukkan telur, sedikit demi sedikit, dan pukul dengan kuat setiap kali telur dimasukkan.
7. Masukkan baki telur (pukul dulu) dan masukkan ke dalam doh dan teruskan memukulnya.
8. Doh mesti dibuat hingga licin dan berkilat. Jika ia boleh jatuh dari sudu, bermakna ia sudah siap untuk dimasukkan dalam beg piping
9. Paipkan 10 sm panjang di atas dulang pembakar, dan bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dahulu dalam suhu 180 – 200 darjah celcius selama 35 minit
10. Keluarkan dari oven dan celupkan ke dalam coklat ganache dan taburkan pistachio. Lazat dihidang dengan krim putar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Masak dengan minyak sedikit
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Choux pastry yang gebu dan lembut..
Anggaran kos : RM7
INFO CHEF: Choux pastry ialah doh pastri ringan dan lembut yang boleh menjadi asas kepada membuat cream puff, dan churros dan profiteroles.
Chinese Fried Sauce Noodle, Hidangan Mi Popular Di Beijing

Buat mereka yang menggemari masakan Cina, boleh cuba memasak menu ini. Katanya hidangan mi ni popular di Beijing. Rupa seakan-akan sama dengan hidangan popular Korea iaitu Jjajangmyeon (Korean Black Bean Noodle). Namun resepi sosnya berbeza. Zha Jiang Mian atau Chinese Fried Sauce Noodle menggunakan pes peram kacang soya kuning
Manakala Jjajangmyeon menggunakan pes peram kacang hitam. Tapi kita sedia maklum, Jjajangmyeon pun merupakan masakan cina yang popular di Korea.
Chinese Fried Sauce Noodle/Zha Jiang Mian
Bahan-bahan:
- Daging lembu
- Sedikit serbuk lada hitam-beli online di sini
- Lada sulah-beli online di sini
- Minyak masak
- 4 ulas bawang putih-beli online di sini
- 2 biji bawang Holland-beli online di sini
- 4 sudu besar pes taucu
- 1 sudu besar pes sambal adabi
- Ais secukupnya
- 4 sudu besar kicap pekat
- Kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Mi kuning
- Lobak merah
- Timun
- Telur rebus
Sos Zha Jiang Mian:
- Cincang halus *daging lembu* segar. Taburkan sedikit serbuk *lada hitam* dan *lada sulah* ke atas daging. Gaul dan perap selama lima minit.
- Panaskan minyak masak ke atas kuali dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging berubah warna.
3.Masukkan *empat ulas bawang putih* yang dicincang dan *dua biji bawang Holland* yang dipotong dadu ke atas daging. Kacau sehingga bawang layu.
- Kemudian masukkan empat sudu besar *pes taucu* yang dilenyek halus dan 1 sudu besar *pes sambal adabi*. Kacau sebati.
- Masukkan sedikit *air* untuk melembapkan masakan. Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
6.Akhir sekali perasakan sos dengan empat sudu besar *kicap pekat*, *kiub pati ayam*, dan *garam* mengikut citarasa.
Hidangan:
- Sediakan *mi kuning* yang siap direbus dan tos bersih. Kalau nak ganti dengan mi udon pun sedap.
- Sediakan hirisan *lobak merah*, *timun* dan *telur rebus*.
3.Letakkan sedikit mi ke dalam mangkuk, tuangkan sos daging dan hiaskan dengan lobak merah, timun, telur rebus.
4.Sedia dimakan. Cara makan, cuma gaulkan semua sekali sebati.
Kredit: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tips Tak Perlu Masak Banyak Lauk, Boleh Guna Resipi Sambal Padang Ini

Ada mak-mak di sini kesuntukan masa untuk memasak? Mana nak uruskan anak kecil, si abang atau kakak,juadah untuk makan juga perlu disiapkan. Wah, memang macam lipas kudung nak uruskan.
Jadi, ini antara teknik supaya tak perlu masak banyak lauk menerusi resipi Sambal Padang yang dikongsi oleh saudara Khabbab Jamalludin.
Ayam goreng kunyit. Tambah sambal padang, terus jadi kacak luar biasa. Makan dengan nasi panas. Tambah kicap saja
Kalau ada anak-anak kecil yang kurang makan pedas, adalah dengan mempersiapkan simpanan sambal segera. Yang kalau nak makan tinggal senduk/ panaskan sekejap sahaja.
SAMBAL PADANG
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar sikit – beli online di sini
Bawang putih sikit – beli online di sini
Cili merah – beli online di sini
Cili hijau (lebih murah)
Cili api – beli online di sini
* Kuantiti agak-agaklah ya. Di dalam gambar, bawah lapisan yang nampak ni ada dalam 2 lapisan lagi.
CARA-CARA:
1.Basuh bahan di atas dan toskan. Masukkan dalam alat pengisar. Tambahkan sedikit air. Kisar kasar semua bahan.
2. Kemudian, panaskan minyak. Tumis dalam minyak panas. Pastikan minyak kena betul-betul panas. Minyak banyak dalam separuh dari jumlah bahan kisar.
3. Bila dah bertukar sikit warna cili, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk ke apa, sambil kacau kejap kejap. Jangan kerap sangat; nanti dia menyampah. Jangan lama sangat; nanti dia kata kita dah tak kisah.
4. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak, masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh masukkan ajinomoto kalau suka.
5. Tutup kejap. Lepas 5 minit boleh tutup api.
6. Saya simpan dalam bekas kaca. Lebih baik dari bekas plastik. Memang berminyak sikit tapi minyak tu yang buat tahan lebih lama. Lepas tu kena simpan dalam peti sejuk (bukan beku) ya.
*Bila nak makan, saya senduk masuk dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave 1 minit.
Terung goreng minyak sikit. Tambah sikit sambal atas dia. Cantik minimalis natural look orang kata.
Kredit resipi: Khabbab Jamalludin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tak Tahu Nak Masak Apa? Boleh Ikut Resipi Lelaki Ini, Memang Terangkat!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official