Hujung minggu ni sedap makan tart depan tv ni, Ditemani anak-anak dan suami mau sebalang habis. Apa taknya sudahlah sedap, rapuh dan sedap aje cair di mulut.

Ni min kongsikan langkah membuat kulit @cangkerang tart langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh Eny Abdullah dari laman webnya www.enyabdullah.com

Ini pula untuk versi kulit pastri untuk tart. Resepi nya lain sikit dan ada campuran gula didalamnya. Sesuai untuk buat mini tart seperti tart cheese, tart telur atau tart buah.

KULIT TART

Bahan-bahan kulit tart :

  • 170gm marjerin atau butter | mestilah lembut sedikit sebab resepi ni perlu mengunakan mixer
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:

Pukul marjerin/mentega dan gula sehingga sebati. Sebati je, bukan sampai kembang putih macam nak buat kek . Lepas tu masukkan telur dan esen vanila. kacau rata

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan hujung senduk kayu sehingga adunan nampak berketul dan boleh dibentuk

Kemudian guna tangan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat. Cucuk dengan garfu dasarnya sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.

Kulit @ cengkerang tart dah ada jom buat tartnya.

1. NUTELLA CHEESETART

BAHAN-BAHAN:

KRIM CHEESE:

  • 1kg Cream Cheese
  • 1/3 tin susu pekat manis
  • 1 cawan whipped cream
  • Sedikit esen vanilla

Topping :

  • Nutella

CARA MEMBUAT:
1 .Pukul mentega dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula atau masukkan dalam mixer (Jangan putar lama sangat).
2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
6. Keluarkan cream cheese 20 -30 minit sebelum digunakan.
7. Putar cream cheese dan susu serta whipped cream hingga kental dan masukkan dalam piping bag.
8. Paipkan Nutella dalam cengkerang tart, kemudian picitkan cream cheese dan hias atasnya dengan nutella.
9. Bakar suhu 170C selama 18 minit.
10. Tart sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara jika belum sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Anda sebenarnya boleh sediakan cengkerang tart lebih awal dan simpannya dalam bekas kedap udara.
………
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa oreonya.

Resipi tart : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM . FB / IG:fadzilmdsalleh.