
Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni juga adalah masa anda bersama keluarga lebih panjang. Jadi snek dan kudapan memang jadi keinginan. Ni min kongsikan dua snek berasaskan keju iaitu jejari kentang cheese dan kebab roti cheese leleh.
Jejari kentang cheese memang sedap dengan bahan ramuan keju cheddar dan susu tepung. Ditambah daun bawang dan sup.
1. JEJARI KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN :
500gm kentang
1 cawan tepung jagung
1 sudu makan susu tepung
5 keping keju cheddar | dipotong kecil
Garam halus secukup rasa
Daun bawang & sup – dihiris halus
CARA MEMASAK :
1. Kentang buang kulit kukus hingga masak, kemudian lenyek hingga halus biarkan suam2 dulu
2. Kemudian masukkan semua bahan2 lain gaul sebati jd sprt doh
3. Ikut suka nak buat bentuk apa, jejari ke bulat ke.. terpulang
4. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan
5. Sedap di makan bersama dengan cili mayo atau pun cili kicap
Oleh Aleen Aireish
Sumber : Mrs viriya
2. KEBAB ROTI CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN :
1 bungkus @ 400gm daging kisar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang besar | potong dadu kecil
3 ulas bawang putih | potong dadu kecil
Garam secukup rasa
Mix herbs | sedikit sahaja buat bau-bau herba
Daun sup secukupnya | hiris halus
Telur 2 biji
Beberapa keping roti secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih
2. Masukkan daging kisar, serbuk kari dan serbuk cili
3. Masukkan mixed herbs dan garam secukup rasa.
4. Masak hingga daging dah masak, masukkan daun sup yang dipotong kecil.
5. Pecahkan telur dan gaul sebati. Tutup api. Masukkan sebagai inti roti bakar.
Sumber resepi: internet dan diolahkan sikit2☺️
Kredit : nur farrah salleh
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Chef Sabri Soid , Cipta Nama Antara 10 Chef Terbaik Di Rantau Asia

Ketika ditemui Eksekutif Chef, Sabri Soid, Hotel Royale Chulan KL, baharu sahaja kembali dari Mumbai, India. Berada di sana selama tiga minggu sempena promosi makanan Malaysia. Menurutnya sajian Melayu masih ke belakang berbanding negara Asia yang lain seperti India, Thailand, Jepun dan Korea. Tak payah pergi jauh katanya lihat sahaja Thailand konsep ‘food styling dan presentation’ jauh lebih ke hadapan.
.
“Istilah masak campak-campak tak sesuai jika mahukan masakan Melayu dipandang dunia. Masakan Melayu perlu ada seni hidangannya. Perlu ada penggayaan dan persembahan yang menarik jika mahu dimartabatkan sebagai konsep ‘fine dining’ dan boleh menarik selera masyarakat antarabangsa. Chef atau Tukang Masak itu perlu fahami ‘bahasa’makanan dan perlu bersifat terbuka dan versatil bila memasak masakan.
.
Contohnya kenapa perlu pilih ikan cencaru dan kembung sahaja bila nak memasak singgang menapa tidak kita ‘improvised’kan lagi dengan menggunakan ikan kod agar ia menjadi lebih ekslusif lagi. Sajian Melayu sebenarnya telah mendapat perhatian antarabangsa dan boleh diketengahkan lagi dengan membuat penambahbaikan , biar nampak berseni sentuhannya.
Masa saya ke Konvensyen masakan ‘Malay Fine Dining’di Stockholm, Sweeden, saya lihat berderet orang barat ingin merasai masakan Melayu. Kita perlu menggunakan ramuan yang berkualiti yang popular di peringkat antarabangsa contohnya wagyu beef untuk rendang atau nasi lemak dengan sambal abalone dan udang galah. Usah terlalu ikat bahan ramuannya dan bersikap terbuka membuat perubahan meningkatkan darjat lauk pauk Melayu ini,” azam beliau yang mahu memartabatkan konsep ‘fine dining’ sajian Melayu di arena masakan antarabangsa.
Pengalaman Mantapkan Kepakaran
Dalam menguasai kepakaran masakan, pengalaman adalah ilmu penting untuk memantapkan kemahiran. Kerjanya bermula dari bawah dan dia melalui ke pelbagai tangga kerjaya bermula daripada apprentice, commis hinggalah ke Spus Che dan Chef De Cuisine sebelum jawatannya kini..
.
Berusia 44 tahun, sebagai orang ‘lama’, dia pernah belajar dan dibimbing oleh barisan Chef antarabangsa daripada Eropah dan Australia . Sajian Perancis juga adalah kepakaran utama Chef Sabri. “Bekerja di bawah ketua chef berbangsa asing mereka betul-betul melihat daripada segi kualiti dan ketulenan resipi. Contohnya sajian French Onion Soup perlu menguasai resipi asli yang asal, “ cerita beliau lagi yang mengetuai lebih 50 orang krew dapur di Royale Chulan Kl.
Di hotel ini terdapat Warisan Café yang menyediakan masakan Malaysia dan antarabangsa, Restoran Bunga Emas (fine dining Melayu), Restoran Masakan China Tai Ping, L’Heritage Steak House . Di samping memastikan semua operasi makanan berjalan lancar di tempat ini, Chef Sabri juga mengetuai tanggungjawab operasi bankuet dan majlis keraian di hotel yang kadang kala mencecah 2 ribu tetamu.
.
Di antara kejayaan lain pernah diraihnya ialah menerima pengiktirafan daripada Persatuan Masakan Perancis Gastronomi Antarabangsa berprestij Chaine des Rotisseurs dalam penyediaan masakan Perancis dan mendapat lima tangga terbaik dunia. Di awal kerjayanya juga beliau pernah merima Anugerah Tangan Emas International Gastronomique.
.
.
Di samping itu Chef Sabri juga telah beberapa kali dijemput dalam Master Chef Malaysia dan pada tahun lepas beliau dilantik oleh Kementerian Pelancongan & Asas Tani sebagai Ahli Majlis Kulinari Negara bagi memartabatkan masakan Melayu di seluruh pelusuk dunia. Setiap tahun juga beliau menjadi juri pertandingan masakan FHM dalam pelbagai kategori serantau Asia.
.
“ Tiga ciri ini disiplin, minat dan mahir berkomunkasi atau skil PR harus ada pada diri seorang Chef di samping pengetahuan mendalam mengenai makanan yang ada jika mahu menjadi Chef yang berjaya” pesan Chef Sabri yang juga suka mengembara dengan konvoi motorsikal besar sebagai hobi masa lapangnya.
Jom semak dua resipi pencuci mulut dan lauk sajian Melayu istimewa dari Chef Sabri :
SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA
SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm buah sukun | dipotong dadu
- 100gm buah ciku | dipotong dadu
- 50gm kismis hitam
- 50gm gula putih
- 100gm serbuk roti
- 200gm pastri filo
- 50gm mentega | dicairkan
- 100ml susu
- 50ml krim masakan
- 50gm serbuk kastad
- 30ml esen vanilla
- 20gm tepung jagung
- 1 biji telur kuning
CARA MEMASAK:
1. Campurkan sukun, ciku, kismis, gula dan serbuk roti dan masak sehingga semuanya lembut. Sejukkan di dalam bekas yang sesuai.
2. Lapiskan pastri filo sebanyak 4 lapisan dengan setiap lapisan disapu dengan mentega cair.
3. Letakkan sukun yang sudah dimasak itu di bahagian tengah dan gulung pastri filo itu sehingga berbentuk bulat. Sapukan kuning telur dan bakar selama 2o minit.
4. Panaskan susu dan krim masakan. Masukkan gula, tepung kastad dan esen vanilla. Pekatkan dengan tepung jagung jika perlu.
5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan letakkan sos vanilla d iatasnya.
6. Enak dimakan bersama aiskrim.
Info chef:
Lagi elok jika menggunakan gula perang.
SINGGANG PATIN TEMPOYAK
SINGGANG PATIN TEMPOYAK.
BAHAN-BAHAN:
- 400gm ikan patin
- 100 tempoyak
- 50gm bawang merah
- 50gm bawang putih
- 50gm daun kesum
- 100gm bunga kantan
- 400ml air
- 100gm timun | dibuang biji dan dipotong panjang
- 10gm serbuk kunyit
- Cili merah untuk hiasan
- Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, daun kesum dan bunga kantan selama 10 minit. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Perasakan secukupnya.
2. Masukkan ikan dan rebus selama 10 minit atau sehingga ikan itu masak.
3. Tutup api dan masukkan timun.
4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hiaskan dengan cili merah
INFO CHEF :Gunakan patin buah untuk rasa yang lagi enak(kos juga akan naik). Jangan masukkan ikan terlalu awal supaya isinya tidak hancur.
Sambal Ayam Pedas Merecik Rasa

Fikir untuk menu tengah hari ni. Nak rasa puas makan cubalah buat resipi Sambal Ayam Pedas. Gerenti bertambah nasi nanti. Boleh guna daging untuk resipi ini.
SAMBAL AYAM
Bahan-Bahan:
Ayam
Cili kering (direbus)
Bawang besar
4 sekawan
Bawang putih
Serai
Asam keping
1 senduk kecil sos cili
Gula dan garam secukupnya
Sedikit kicap
Daun kari
Cara membuat:
1.Ayam digoreng separuh masak.Cabai kering direbus. Lepas tu toskan.
2.Kisar bersama sebiji bawang besar. Minyak gorengan tadi boleh digunakan untuk tumis 4 sekawan(kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)halia dan bawang putih yang diketuk dan serai.
3.Kemudian masukkan cabai yang dikisar tadi.Tambah sikit air.
4.Masuk sekeping asam keping.
5.Masukan 1 senduk kecil sos cili.Tunggu mendidih baru masuk ayam.Masuk gula dan garam.aji sikit jika suka.Tambah lagi air dalam setengah cawan. Biar mendidih.
6.Agak-agak dah hampir kering, letak kicap sikit untuk dapat warna yang cantik.
7.Masuk bawang besar yang dihiris bulat.
8.Gaul kesemuanya.
9.Lepas tu baru letak daun kari.Gaul lagi.Dah naik bau daun kari, tutup api.
Sumber : Mariana Abd Majid
Jom Buat Chapatti Egg Roll Dengan Style Lebih Sihat

Semakin usia meningkat, kita sepatutnya lebih peka terhadap kesihatan. Boleh je nak makan apa-apa pun tapi kalau ada pilihan lebih sihat, apa salahnya kita mula bertukar pada yang lebih baik untuk kesihatan kan?
Bagi peminat roti canai atau capati, korang tahu tak sekarang ni ada pastri sejuk beku yang kurang lemak dan kurang gula?
Baru-baru ini, Kawan Food Berhad keluarkan seleksi produk sejuk beku Plain Paratha dan Chapatti yang menepati cita rasa mereka yang mahukan hidangan sihat. Tapi tak berkompromi terhadap rasanya.
Produk ini mengandungi 30 peratus kurang lemak dan rendah indeks glisemik (GI). Namun ianya tetap sedap dengan adunan premium seperti Okra, Lentil dan Fenugreek.
RASA berikan resipi Chapatti Egg Roll yang sangat sedap menggunakan kepingan capati rendah GI daripada Kawan Food. Cubalah, memang sedap!
CHAPATTI EGG ROLLS
BAHAN-BAHAN
2 biji tomato ceri (hiris nipis)
1 keping chicken ham (hiris nipis)
2 biji telur ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (dihiris)
Sedikit minyak masak
1 keping Low GI Chapatti
CARA MEMBUAT
1. Hiris nipis tomato ceri dan chicken ham.
2. Pukul telur ayam dan masukkan garam serta serbuk lada hitam.
3. Panaskan kuali leper. Letak sikit minyak masak.
4. Masukkan adunan telur tadi. Masukkan juga tomato ceri, chicken ham dan daun ketumbar.
5. Dalam masa sama, panaskan kepingan chapatti dalam kuali leper yang lain.
6. Letakkan chapatti di atas pinggan.
7. Angkat adunan telur yang sudah masak dan letak atas chapatti.
8. Gulungkan dan sedia dinikmati.
*Boleh juga letak bahan lain ikut cita rasa anda misalnya capsicum.
Selamat mencuba!