Sirap bunga telang, nampak pun dah menggiurkan terutama bulan puasa ini. Jika ada menanam pokok bunga telang ini di rumah, apa kata gunakan untuk membuat minuman istimewa ini untuk berbuka puasa nanti.
Sirap bunga telang ini juga punya khasiat tersendiri kerana tumbuhan ini memang diketahui ada banyak manfaat untuk kesihatan. Dikongsi Ibu Azzah, air ini dah tentu menyegarkan tekak yang seharian menahan dahaga apatah lagi dengan gabungan laici, lemon dan juga selasih. Memang lain dari yang lain.
Sirap bunga telang air istimewa banyak khasiat
Ads
Bahan A
2 genggam atau 150g bunga telang (basuh bersih dan toskan)
2000ml air
3 helai daun pandan (simpulkan)
5 batang serai (ketuk)
Bahan B
1 plastik besar air batu
1 bekas besar nata de coco (laici)
2 tin laici
150g biji selasih (rendam dalam air sehingga kembang)
13 batang serai (ketuk)
10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja)
5 biji lemon (hiris nipis)
Bahan C
Air gula (perlu dimasak asing dan di isi di dalam cawan apabila hendak diminum sahaja)
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus anggaran 10 ke 15 minit, kemudian tapis.
2. Kemudian, masukkan semua bahan B ke dalam balang berserta air rebusan bunga telang, kacau sebati.
Ads
3. Masukkan air gula ke dalam cawan dan diikuti bancuhan air bunga telang. Sedia untuk di minum.
Nota: Sukatan bahan untuk kuantiti balang, boleh kurangkan untuk hidangan keluarga.
Sekarang tidak kira usia muda ataupun tua sudah mula sakit-sakit lutut. Bila sudah sakit terbataslah segala pergerakkan dan susah kita buat aktitviti harian.
RESIPI LUTUT POWER
BAHAN-BAHAN:
2 biji epal hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang kayu manis ceylon patah patah kan (kalau yang besar, guna 1/2)
5 gelas air
CARA MENYEDIAKAN:
Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.
Minum ketika suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap-tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
Epal boleh dikunyah. Kalau suka boleh dikisar tetapi serai ngan kayu manis ceylon itu sila letak tepi. Tidak perlu kunyah kerana khasiat sudah keluar masa ia direbus.
INFO:
Kenapa air ni power?
Epal, serai dan kayu manis memang anti inflammation. Tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab itu ramai yang berkesan bila minum air ni.
Kulit Apple nak kena buang ke tak?
Tidak perlu, Hanya cuci bersih dan rebus sekali dengan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant.
Pesakit yang mempunyai masalah tekanan darah rendah tidak boleh minum air ini kerana darah jadi terlalu rendah.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...