Untitled design (71)

Kuih tradisional bukan sahaja sesuai dibuat sarapan, malahan kudapan petang pun menyelerakan juga. Tak payah kukus, tak payah bakar empata kuih ini boleh digoreng sahaja. Mudah aje buatnya. Resipi kuih yang tak lekang dek zaman ni, generasi muda patut lah cuba.

1. CUCUR BADAK

4 Kuih Tradisional Goreng , Jadikan Sarapan Esok Lebih Berselera

BAHAN-BAHAN :

Bahan inti :

  • Minyak masak untuk menumis
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 100 gm udang kering /direndam dulu
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang kecil
  • 7 biji cili merah
  • 1 sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan doh :

  • 250 gm keledek /rebus dan lenyek
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :

CARA MASAK INTI :
1. Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
2. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
3. Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.

CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
1. Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
3. Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
4. Ulang sehingga doh dan inti habis
5. Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan

Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.

IKLAN

2. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)

4 Kuih Tradisional Goreng , Jadikan Sarapan Esok Lebih Berselera

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan air
  • Secubit garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras

CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan

Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.

3. SARDIN GULUNG

4 Kuih Tradisional Goreng , Jadikan Sarapan Esok Lebih Berselera

IKLAN

BAHANBAHAN :

Bahan doh :

  • 500 gm tepung gandum
  • 150 gm marjerin @ mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk

Bahan inti :

  • 1 tin kecil sardin
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih /ditumbuk
  • 3 biji cili padi /dicincang
  • 1 biji bawang besar /dicincang
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 biji ubi kentang /dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
3.Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
4.Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan

CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
2. Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
4. Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
5. Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
6. Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
7. Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
8. Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
9. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

IKLAN

Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.

4. KUIH BOM

4 Kuih Tradisional Goreng , Jadikan Sarapan Esok Lebih Berselera

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Bijan secukupnya untuk salut

Bahan inti kelapa :

  • 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
  • 1 cawan gula merah atau gula Melaka
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 helai daun pandan /disimpul
  • Sedikit air untuk melarutkan gula

CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.

CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.

Terima kasih : KUeh Cafe , Seksyen 13,Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Shah Alam, Selangor.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI