Zaman dahulu mana ada jual rempah ‘instant’ paket. Cerita Datuk Hjh Fahariyah Hj Mohd Nordin di zaman kanak-kanaknya dahulu rempah masakan biasanya dibeli di kedai India yang menggiling sendiri di kedai mereka.

Senator Datuk Hjh Fahariyah Hj Mohd Nordin Kongsi Resipi Rendang Warisan Tok Din. Sebelum Merdeka Rempah Giling Memang ‘Hit’ 

Biasanya arwah datuknya akan membeli rempah ratus segar dan akan menghantar ke kedai ini untuk digiling. Bancuhan dan sukatannya diolah sendiri olehnya. Trend rempah giling cukup popular di zaman dahulu lebih -lebih lagi sebelum kemerdekaan .

Menurut Ahli Dewan Undangan Negara ini rendang Johor warisan Tok Din (nama ayah beliau Hij Nordin Mohd Nor) resepinya ‘diturunkan’ dari arwah datuknya yang handal memasak lauk pauk Raya. Hidangan ini bagaikan sajian wajib di Aidilfitri dan AidilAdha .

Senator Datuk Hjh Fahariyah Hj Mohd Nordin Kongsi Resipi Rendang Warisan Tok Din. Sebelum Merdeka Rempah Giling Memang ‘Hit’ 

“Rutin raya kami selepas solat Raya kami akan bergilir samada raya pertama di rumah ibu bapa mentua di Petaling Jaya atau di rumah ibu bapa saya di Johor Baharu. Bergantung kepada cuti, kadang-kadang berpagi raya di PJ dan sebelah petangnya ke Johor Bahru,” ujar beliau mengenai rutin beraya beliau suami isteri.

Senator Datuk Hjh Fahariyah Hj Mohd Nordin Kongsi Resipi Rendang Warisan Tok Din. Sebelum Merdeka Rempah Giling Memang ‘Hit’ 

IKLAN

Jika di PJ mereka akan menikmati juadah rendang tok bersama lemang, bila ke Johor Bahru pula sajian pagi adalah rendang Johor dan lodeh

Menjadi wakil golongan wanita muda di Dewan Negara bekerja, di rumah ‘kerjayanya’ adalah ibu kepada dua cahaya mata Farah Alisah, 6 tahun dan Emir Hussain, 2 tahun serta suri hati kepada Amirul  Hakim Manan .

Senator Datuk Hjh Fahariyah Hj Mohd Nordin Kongsi Resipi Rendang Warisan Tok Din. Sebelum Merdeka Rempah Giling Memang ‘Hit’ 

Jom kita cuba Rendang Tok Din yang lazat ni dan sajian lodeh. Min dah cuba.

IKLAN

RENDANG TOK DIN

Senator Datuk Hjh Fahariyah Hj Mohd Nordin Kongsi Resipi Rendang Warisan Tok Din. Sebelum Merdeka Rempah Giling Memang ‘Hit’ 

BAHAN-BAHAN

  • 1kg daging lembu
  • 40 gm lengkuas | diparut dan perah,ambil hampas sahaja
  • 150 gm kerisik
  • 4 biji pelaga
  • 1 biji bunga lawang
  • 2.5 sm kulit kayu manis
  • 2 keping asam keping
  • 10 gm rempah kari daging | jadikan pes
  • Gula melaka secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 liter santan

Bahan A ( rempah goreng kering) :

IKLAN
  • 20 gm ketumbar | disangai
  • 10 gm jintan putih | disangai
  • 4 gm lada hitam
  • 16 gm lada kering

Bahan B (bahan Kisar):

  • 60gm serai
  • 10 gm halia
  • 400gm bawang merah
  • 20gm bawang putih

CARA MEMASAK ;
1. Pijarkan minyak dan tumiskan rempah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Kemudian masukkan bahan B dan tumis hingga wangi, masukkan lengkuas, rempah kari daging dan tumis hingga pecah minyak .
3. Kemudian masukkan bahan A dan kacau sebati.
4. Masukkan daging dan separuh santan ke dalam periuk, dan kacau sebati bahan-bahan dan masak hingga daging empuk. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam, gula melaka dan gula . .
5. Setelah daging empuk masukkan baki santan dan renehkan dengan api perlahan.
6. Biarkan di atas api kecil, masak sehingga kering dengan dikacau sekali sekala.
7. Sajian siap untuk dihidang.

SAYUR LODEH

Senator Datuk Hjh Fahariyah Hj Mohd Nordin Kongsi Resipi Rendang Warisan Tok Din. Sebelum Merdeka Rempah Giling Memang ‘Hit’ 

BAHAN BAHAN:

  • 4 biji terung putih atau hijau | dibelah 2 dan dikerat 4)
  • 10 batang kacang panjang | dihiris serong
  • 300gm rebung
  • 4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
  • 1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong 2.5sm panjang
  • 300gm kentang | dipotong dadu
  • 30gm udang kering |direndam dan ditumbuk halus
  • 500ml santan pekat
  • 3 batang serai | dititik
  • 4 helai daun salam |jika ada
  • 4 biji cili merah
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 2sm kunyit hidup
  • 2.5sm halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan

CARA MEMASAK
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali garam.
2.Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan.
3.Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.Kacau sebentar dan tutup api.
5.Siap untuk dihidang.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI