Mahu hidangan yang berbeza daripada biasa? Jom cuba buat Tortilla Bakar Dengan Ayam Goreng Rangup & Keju ni. Hidangan ala Mexico yang menggunakan tortilla sebagai ‘base’ dan Ayam Goreng Rangup serta taburan keju sebagai inti menjadikan ia satu hidangan yang menarik. Rangup, cukup rasa dan mengenyangkan.
Gunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style untuk meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Gabungan tiga jenis keju ini memang sempurna untuk hidangan anda. Sesuai sangat makan ketika berbuka puasa. Kalau ada lebih, boleh bertukar hidangan dengan jiran sebelah rumah.
TORTILLA BAKAR DENGAN AYAM GORENG RANGUP & KEJU
BAHAN-BAHAN:
4-5 keping tortilla
150gram Keju Perfect Italiano Mexican Style
Anchor Butter Salted secukupnya
BAHAN-BAHAN B (AYAM RANGUP):
4-6 ketul isi ayam – potong memanjang seperti jejari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng rangup; perap ayam dengan sos tiram, lada sulah, serbuk pati ayam dan sedikit garam selama 15 -20 minit. Kemudian, golekkan atas tepung jagung rata lalu goreng garing hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Sediakan dulang pembakar, sapu sedikit Anchor Butter Salted dan letakkan sekeping tortilla.
Susun 2-3 keping ayam goreng rangup atas tortilla. Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas ayam goreng.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit.
Keluarkan tortilla dan hidangkan panas. Jika suka, nikmati dengan salad campuran.
Menu Arab atau Timur Tengah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok aje dah kecur. Aromanya pun bukan main menusuk hidung. Padan ler restoran Arab cukup laku keras kat Malaysia ni.
Ni min kongsi lima resipi lagisajian Arab dari Chef Suhaili Mohd Nor, orang lama dalam bidang masakan. Jom cuba buat…
1. FALAFEL
BAHAN-BAHAN :
300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
1 besar bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh teh jintan manis
1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Ala pengedil kekacang Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah Anggaran kos :RM 10
Info Chef: Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
450 gm kacang kuda
1 ulas bawang putih.
1 biji jus lemon.
1 sudu teh jintan putih.
3 sudu makan tahini.
3 sudu makan minyak zaitun.
1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
1 sudu teh serbuk paprika
Sedikit herba dill
1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. COUSCOUS SAYUR
BAHAN-BAHAN :
350 gm cous cous
1 biji bawang holland | dicincang
3 ulas bawang putih
1 batang terung | dipotong dadu
1 tin kacang pis
1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
1 biji tomato | dipotong dadu
1 tangkai herba segar thymes
1/2 mangkuk air
Garam secukup rasa
300 gm keju Mozarella | parutan.
CARA MEMASAKNYA :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan terung, tomato dan herba thymes.
3. Kemudian masukkan couscous dan air.
4. Biarkan couscous mengembang sedikit dan masukkan garam secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan biar ia masak sebentar.
6. Masukkan dalam bekas aluminium foil masukkan kuskus dan tabur keju mozarella
7. Bakar sebentar sehingga nampak keperang-perangan.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja Anggaran kos :RM 8
Info Chef :Couscous banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Ia sebenarnya pasta yang dibuat dalam butiran halus
4.SAMBOOSA
BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Inti:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun parsli
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
2 sudu makan air
4 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAKNYA:
1.Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3.Gorengkan sehingga air daging kering.
4.Kemudian sejukkan sebentar.
5.Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6.Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7.Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh Jenis masakan : Kuih, kudapan Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup Anggaran kos :RM 25
5. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak Anggaran kos :RM 15
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
Bijirin oat sangat bagus untuk kesihatan dan boleh membantu anda mengurangkan berat badan, mengawal kadar kolesterol serta melancarkan sistem pembuangan. Namun, ramai yang kurang gemar makan bijirin ini. Mungkin dek kerana rasanya yang agak tawar dan hambar. Menerusi perkongsian saudari Cuckoo Izz, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Overnight Oats. Ia adalah salah satu cara yang boleh membantu anda menikmati bijirin ini dalam cara lebih sedap. Ada 6 resipi yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
1. OVERNIGHT OATS WITH APPLES
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu makan madu
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
Separuh biji epal hijau – potong kecil
CARA-CARA:
Campurkan kesemua bahan-bahan dalam bekas. ( INFO RASA: sebaiknya bekas kaca berpenutup).
Simpan di dalam peti sejuk selama semalaman atau paling minimum 4 jam sebelum dinikmati.
2. OVERNIGHT OATS WITH GRAPES
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu madu
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
5-6 biji anggur hijau
1 sudu besar greek yogurt
CARA-CARA:
Campur kesemua bahan-bahan diatas.
Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam.
3. OVERNIGHT OATS WITH NUTS
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil hershey choc syrup
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar pumpkin seeds / kuaci biji labu
1 sudu besar hazelnut
1 sudu besar greek yogurt
CARA-CARA:
Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau paling minimum 4 jam.
INFO: Yang ni sedap sebab ada kacang. Nak lagi rangup, letak kacang sewaktu nak makan.
4. OVERNIGHT OATS WITH NUTS, GREEN GRAPES AND APPLE
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil hershey choc syrup
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar pumpkin seeds / kuaci biji labu
1 sudu besar hazelnut
1 sudu besar greek yogurt
Suku biji epal hijau
3 biji green grapes / anggur hijau
CARA-CARA:
Masukkan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
Sejukkan dalam peti sejuk minimum 4 jam. Lebih sedap jika dibiarkan semalaman.
5. OVERNIGHT OATS WITH BLACK GRAPES
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar greek yogurt
5-6 biji black grapes/ anggur hitam
CARA-CARA:
Campurkan sahaja bahan-bahan diatas dalam bekas bersesuaian.
Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam.
Boleh dijadikan on the go breakfast. Mudah!
6. OVERNIGHT OATS WITH POMEGRANATE AND KIWI
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar greek yogurt
1 sudu besar delima
Sebiji kiwi – kupas kulit dan potong kecil
CARA MEMASAK:
Campur sahaja bahan-bahan diatas ni.
Kemudian biar dalam peti sejuk semalaman atau paling cepat 4 jam sebelum dinikmati.
Yang ni memang sedap sangat!
Selamat mencuba!
INFO DARI RASA:
Greek yogurt boleh diperolehi di pasaraya.
Selain bahan-bahan yang dinyatakan diatas, boleh tambah aneka buah-buahan, kekacang atau bijirin mengikut citarasa masing-masing.
Sesuai dinikmati sewaktu sarapan. Boleh juga makan pada waktu-waktu lain.
Overnight oats yang dibuat, sebaiknya dihabiskan. Jika baki disimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama, dikhuatiri tidak enak.
Buat penggemar keju, ini ada satu lagi resipi yang boleh anda cuba. Nampak sedap dan menarik. Bukan hanya sedap untuk anda, malahan anak-anak pun mesti suka. Sesuai dijadikan hidangan minum petang. Jom kita cuba resipi Roti Basque Burnt Cheese Topping oleh Ida Osman ini.
ROTI BASQUE BURNT CHEESE TOPPING
BAHAN-BAHAN:
100 gram cream cheese
2 keping keju cheddar yang telah disiat-siat
40 gram susu cair
40 gram gula caster
20 gram butter tawar
2 biji kuning telur
1/4 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
1. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan cream cheese, keju slice dan susu sehingga cair. Sentiasa kacau untuk mengelakkan keju hangus.
2. Kemudian, masukkan gula. Setelah gula larut, masukkan butter. Kacau sehingga butter sebati, barulah masukkan kuning telur.
3. Kacau tanpa henti sehingga adunan pekat seperti kastard. Matikan api dan masukkan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
4. Sapu kastard ini di atas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200, kira-kira 1o minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.
TIP:
– Jangan bakar terlalu lama. Kastard keju akan mengering.
– Cara menyapu kastard keju bergantung pada selera masing-masing. Lagi tebal kastard, lebih sedap rasanya.
Jika anda sedang mencari MICROWAVE yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...