Nasi Ulam, Hujung minggu ni teringin makan Nasi Ulam dengan lauk pauk kampung, korang boleh je masak sendiri kerana sekarang bahan-bahan mentah senang je nak dapat nak-nak hari Sabtu, banyaka pasar tadi yang menjual pelbagai sayur kampung, ikan dan daging segar yang boleh korang jadikan menu Nasi Ulam dengan dua tiga jenis lauknya. Alang-alang masak lebih, bolehlah jemput tetamu datang makan tengahari atau malam di hujung minggu ni. Untuk resipi jangaan risau ada dikongsikan di sini.

Masak Sendiri Nasi Ulam Baru Puas Hati, Sedap Tak Ingat Ye…
NASI ULAM
BAHAN-BAHAN:

  • 4 mangkuk nasi putih
  • 1 potong ikan masin Tenggiri | goreng dan kisar kasar
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 1 batang bunga kantan | mayang halus
  • 2 batang serai | mayang halus
  • 1 sudu makan lada hitam | kisar halus
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa

BAHAN ULAM ULAMAN DIMAYANG HALUS:

  • Sedikit ulam Raja
  • Sedikit daun Selom
  • Sedikit pucuk Gajus
  • Sedikit daun Mengkudu
  • Sedikit daun Limau Purut
  • Sedikit daun Kesum
  • Sedikit daun Pegaga
  • Sedikit daun Kaduk

CARA MEMASAK:
1. Masukkan nasi dalam mangkuk besar, kemudian taburkan isi ikan masin yang dikisar kasar bersama lada hitam dan kerisik. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan pula hirisan bawang, serai, bunga kantan, serta hirisan ulam-ulaman, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam jika kurang masin.
3. Setelah siap, Nasi Ulam sedia dihidangkan.

Masak Sendiri Nasi Ulam Baru Puas Hati, Sedap Tak Ingat Ye…
DAGING PASAMAH
BAHAN-BAHAN
:

IKLAN
  • 1 kg daging batang pinang | hiris
  • 1 sudu makan serbuk kas-kas
  • 3 sudu makan rempah daging
  • Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawing & buah pelaga
  • 1 keping Gula Melaka
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 biji bawang besar | belah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak
  • BAHAN GORENG DAN KISAR:
  • 6 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi .
2. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk kas-kas yang dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan daging, kacau rata dan tambah sedikit air. Biarkan mereneh hingga daging empuk.
4. Apabila kuah agak kering masukkan kentang pula
5. Setelah kuah pekat masukkan pula kerisik, Gula Melaka, bawang besar.
6. Perasakan dengan garam dan sedikit lagi gula secukup rasa.
7. Kecilkan api dan biarkan mereneh 2-3 minit lagi baru tutup api.
8. Daging sedia dihidangkan.

Masak Sendiri Nasi Ulam Baru Puas Hati, Sedap Tak Ingat Ye…
IKAN BAWAL MAS MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan Bawal Emas | bersihkan dan potong 3
  • 2-3 sudu makan cuka makan
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 10cbiji cili padi | belah tidak putus
  • 5-6 ulas bawang merah | buang kulit dan biarkan sebiji-sebiji
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN HIRIS DAN TUMIS:

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Sementara itu, gaulkan ikan bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
3. Goreng ikan hingga masak, angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumis halia, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.
6. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan pula biji sawi,cili padi, bawang merah biji, serbuk kunyit, cuka dan sedikit air. Kacau sektika.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa sebelum masukkan ikan.
8. Gaul rata dan tutup api
9. Ikan Masak Cuka sedia dihidangkan.

IKLAN


Masak Sendiri Nasi Ulam Baru Puas Hati, Sedap Tak Ingat Ye…
KERABU TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:

  • 2 -3 biji telur masin | rebus dan buang kulit
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 3 biji cili padi | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DADU HALUS:

  • 1/2 batang timun Jepun
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 bawang besar
  • Sedikit hirisan daun ketumbar atau daun kesum

CARA MEMASAK:
1. Campurkan sos ikan, jus limau nipis, garam dan gula dalam mangkuk kecil.
2. Kacau rata secukup rasa.Kemudian campurkan bancuhan sos ini ke dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata lagi sehingga secukup rasa.
3. Setelah itu, masukkan bahan kerabu di atas piring.
4. Diikuti dengan hirisan telur masin di atasnya dan tuang lebihan isi kerabu di atasnya.
5. Kerabu Telur Masin sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI