
Bosan makan makanan berat boleh gantikan egg muffin untuk kenyangkan perut. Resepi ringkas egg muffin sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah.
BAHAN-BAHAN:
- Telur
- Lada benggala
- Daging kisar
- Serbuk kari
- Garam
- Keju ( kalau nak letak )
- Daun bawang
**Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur. Kisar sekali dengan isi ayam. Boleh juga guna udang dan sotong. Ikut citarasa.
CARA MEMASAK:
1. Tumis daging kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari, garam dan daun bawang. Ketepikan.
2. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang muffin. Kemudian masukkan lada benggala.
3. Letakkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan keju.
4. Tuang telur yang telah dipukul. Tabur daun bawang dengan secukupnya.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-24 minit atau sehingga muffin masak.
6. Angkat dan boleh dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Nur Suriya Nawawi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Telur Sambal Cili Kering Lauk Ringkas Paling Sedap

Ada telur je dekat rumah? Bolehlah cuba resipi Telur Sambal Cili Kering ni. Kedengaran macam biasa je kan lauk ni? tapi kalau dah siap lauknya gerenti berselera bila makan bersama nasi panas. Lauk Telur Sambal Cili Kering macam ni jangan pandang sebelah mata, perah limau dan taburkan sedikit daun bawang lagi naik rasa lauk ni.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook dan telah di kongsi banyak kali oleh pengikutnya di Facebook. Ramai yang dah cuba resipi ni dan sangat berpuas hati dan sukakan gabungan telur dan rasa cili kering. Jom kita cuba resipi ini.
Boleh dapatkan Shogun Twister 40cm Jumbo Wok dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
TELUR SAMBAL CILI KERING
BAHAN-BAHAN:






3 Aneka Omelete Pukul-pukul Goreng, Punyalah Kaw-kaw Rasanya Sedap DiRatah

Di rumah kalau ada banyak lagi telur, mulalah tangan ni nak menggoreng.Buka freeze ada pulak sosej, daging, keju dan sayur. Wah, bila dimasuk dalam bancuhan telur, punyalah sedap rasanya..
Omelette atau telur dadar disebut orang kita, makin sedap bila dicampur pelbagai perencah tambahan menjadikan ia makanan paling berkhasiat, namun kosnya murah aje.
Ni min kongsikan tiga resipi Omelet yang pasti anda puas hati. Cubalah ya.
OMELET SOSEJ DAGING SALAI
.
BAHAN-BAHAN :
- ½ bahagian mi *mi telur kerinting
- 3 biji telur
2 sudu makan tepung gandum
- 4 sudu makan susu cair
- 1 keping smoke beef @ daging salai | dihiris
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 ½ batang sosej | sekitara 1.5sm
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- Serbuk perasa stok kcendawan secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Rebus mi (jangan terlalu lembik), potong pendek dan ketepikan.
- Larutkan tepung gandum dengan susu cair, dan kacau sampai tidak berketul.
- Masukkan telur, daging smoked beef, daun bawang, garam, serbuk stok cendawan, kacau sebati
- Masukkan mi dan kacau rata.
- Tuangkan ke dalam kuali bulat saiz kecil (bertangkai), masukkan sosej di tengahnya.
- Masak dengan api kecil dan tutup.Angkat dan hidangkan
Kredit : FB :Resep Makanan
OMELET TELUR SAYUR DAN DAGING
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 sudu makan minyak sayur
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 30gm bawang Bombay | dicincang
- 200gm daging lembu | dicincang
- 100gm terung ungu | dipotong
- 1 biji tomato | dibelah-belah
- 1 sudu teh daun parsli | dicincang
- 1 sudu makan sos tiram
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- 2 biji telur | dipukul hingga berbuih
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang Bombay hingga layu.
- Masukkan daging cincang, masak dan kacau sehingga keperangan.
- Tambahkan terung dan tomato, biar masak hingga layu
- Masukkan daun parsli, garam, sos tiram, serbuk lada hitam.
- Tuangkan telur yang telah dipukul dan kecilkan api
- Tudungkan kuali sehingga permukaan omelette masak. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan sos sambal.
.FB : kumpulan resep masakan
OMELET TELUR TAHU
Oleh: @banususanto
.
BAHAN-BAHAN :
- 4 keping tahu | dihancurkan
- 5 biji telur, ukuran besar | dipukul
- 1/3 cendawan telinga kera (hitam)
- 5 biji cendawan butang | dihiris
- 2 tangkai daun bawang | dicincang
- 3 biji cili merah besar | dihiris
- 3 biji cili hijau besar | dicincang
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Serbuk perasa stok cendawan secukupnya
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK :
- Campurkan semua bahan jadi satu sehingga tercampur rata
- Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan campuran bahan omelette
- Masak dengan api kecil dan tutup kuali agar masak rata.
- Apabila bahagian bawah omelette yang sudah masak dan terbalikkan.
- Jika takut terkoyak angkat dan terbalikkan ke atas pinggan terlebih daulu. Setelah itu dimasukkan balik dalam kuali.
- Biarkan memasak dengan api kecil, dan biarkan masak rata
- Saji semasa hangat dan sedap diratah begitu sahaja. Saiz hidangan 6-8 bahagian.
Fb :Makan Makan Enak
Viral Resipi ‘Kulit Ayam Crispy’ Versi Telur Dadar, Memang Kena Cuba!

‘Kulit ayam crispy’ memang sedap tapi kurang sihat jika dimakan selalu. Tetapi resipi yang dikongsikan oleh @iamazwann di dalam twitternya terus menjadi viral ini kerana kulit ayam yang dimaksudkan adalah telur dadar yang disalut tepung dan digoreng ranggup. Malah rasanya seakan-akan seperti mengunyah kulit ayam yang ranggup. Nak tahu sedap ke tak jom cuba.
RESIPI TELUR GORENG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
- Telur dadar
- Tepung berperisa (tepung goreng ayam kentucky tu)
CARA MEMASAK:
- Mula-mula dadarkan telur seperti biasa, pecahkan telur dalam 2 biji dan goreng sikit-sedikit supaya nipis telur dadarnya. Siap, ketepikan telur tu.
- Kemudian ambil tepung kentucky masukkan dalam dua bekas. Satu bekas letakkan air kosong dan satu bekas lagi hanya tepung sahaja. (tiada air)
- Campurkan 1 bekas tepung tadi bersama dengan serbuk cili dan tepung biasa sedikit. Tambah garam sedikit dan perasakan.
- Telor dadar yang siap digoreng tadi perlu dipotong segitiga seperti potongan pizza.
- Kemudian celopkan telur tadi dalam mangkuk yang telah dicampurkan air dahulu dan kemudian dicelupkan pada mangkuk berisi tepung kering sahaja.
- Sebelum itu pastikan minyak banyak supaya senang digoreng dan dipanaskan, goreng telur tadi dengan api yang sederhana supaya kulitnya kelihatan crispy, seperti kulit ayam.
Kredit resipi asal: nutterbutter diolah oleh: iamazwann