Pernah Makan Acar Rempah Telur Puyuh atau guna telur ayam pun boleh ye. Ini adalah menu tradisi orang Melaka bila ada majlis kenduri kahwin. Rasanya masam, pedas dan sedikit manis ini memang membuat kecur air liur. Disebabkan sekarang musim pandemik covid, takda majlis kendiri kahwin, tapi tekak teringin makan, buat je sendiri ye. Berikut dikongsikan resipinya yang mudah.

ACAR REMPAH TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
1 batang timun | buang tengah dan potong mancis
1 batang lobak merah | potong mancis
1/2 cawan lobak asin
1 genggam ikan bilis atau udang kering | kisar
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
3 biji cili merah | hiris serong besar
3 biji cili hijau | hiris serong besar
10 biji cili padi tanpa tangkai | tambahan jika suka
8 ulas bawang merah | belah dua
1 biji bawang besar | belah hiris
5 ulas bawang putih | hiris
5 cm halia | hiris memanjang
2 sudu makan cuka | jika kurang boleh tambah
2 sudu makan kerisik
1 paket rempah acar cap Ibu
Rempah tiga sekawan| 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang & 5 biji buah pelaga
Garam, gula dan perasa secukupnya.
Minyak masak secukupnya | untuk menumis

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis, kemudian masukkan bahan hirisan hingga layu.
  2. Masukkan rempah acar yang dibancuh dengan sedikit air dan ikan bilis atau udang kering dan kerisik, tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan telur puyuh timun, lobak merah, cili merah dan hijau, cili padi (jika suka), lobak masin dan bawang merah yang dibelah dua.
  4. Kacau rata masukkan cuka, garam, gula dan perasa secukup rasa.
  5. Setelah sebati dan cukup rasa, tutup api.
  6. Acar telur sedia dihidangkan.

INFO: Tak ada rempah acar, boleh gunakan rempah kurma.

IKLAN

Kredit: Asniey Fazer

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI