1. Tumiskan bawang putih dan halia. Saya kisar halus semua bahan ni.
2. Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan isi ayam dan daging. Kalau suka udang ke sotong ke boleh je bubuh. Semua pun sedap. 3. Masukkan air secukupnya. Saya bubuh air 2 liter untuk sebungkus mee kuning tu. Kalau suka kuah lebih boleh bubuh lebih ya.
4. Masukkan lobak merah, kalau tak ada tak pe. Saya masukkan juga sawi. Senang masak mee sup ni. Semua bahan boleh lebur saja. 5. Masukkan fish ball dan fish cake. Bila kuah dah menggelegak ganas, bubuh mee kuning yang dah dicuci dahulu.
Mi Rebus Tulang Menu Sedap Makan Bila-bila Pun Boleh. Kuah Dia Best Hirup Sampai Licin. Rasa kuah dari rebusan daging yang sedap dengan rasa lemak dari keledek yang dikisar halus.
Bukan sahaja boleh dijadikan menu makan malam, malah nak buat untuk sarapan atau makan tengah hari juga sesuai. Letak bahan-bahan lain sebagai pelengkap memang best! boleh cuba nanti!
MI REBUS TULANG
BAHAN KUAH:
1kg tulang lembu | rebus empuk
1 liter air rebusan tulang atau daging
1 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sm halia | kisar
3 sudu makan cili kisar
2 biji ubi keledek saiz sederhana | rebus dan kisar halus
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERENCAH:
1 paket mi kuning | celur
200gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato | hiris nipis
2 biji limau kasturi | belah dua (untuk diperah)
Daun bawang secukupnya.
Bawang goreng secukupnya.
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat.
Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.
Untuk menghidang, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas-panas.
Bagi yang suka makan lauk pedas, silalah cuba resipi perkongsian saudara Zaid Azizy Yaacob ni. Tengok gambar je pun min dah boleh bayang tahap pedas dia macam mana. Fuhhh!! Silalah cuba.
Tongah makan..tetibo berdorai airmato lelaki bujang den…tokojut den …ekau dah kenapo…nak makan pun menangih…dio kato..podeh macam nak tecabuit nyawo.. Laaa…den ingatkn apo tadi… Da namo ea pun samba cili api ayam tecabuit nyawo…hahaha. Resepi turun temurun ni tekauuu…
SAMBAL AYAM CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong. Gaul garam kunyit
2 genggam cili api – kisar
2-3 ulas bawang putih – tumbuk
2 batang serai – tumbuk
1-2 biji bawang besar – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis cili api kisar hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bawang putih, serai dan bawang besar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
Resipi sambal kicapni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama sup pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Hamizah Zakaria ni.
RESIPI SAMBAL KICAP NGENCES MELELEH
BAHAN-BAHAN:
12 biji cili padi
4 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Kicap secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak masak dan goreng cili padi dan bawang putih seketika. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Tumbuk bahan-bahan goreng tadi hingga lumat.
3. Tuang kicap secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam serta gula. Kacau hingga bahan perasa larut.
4. Akhir sekali, perahkan sedikit jus limau kasturi bagi menyedapkan lagi rasa sambal kicap.
5. Simpan dalam bekas bertutup yang bersih dan bolehlah dinikmati.
6. Sambal Kicap ini enak dinikmati dengan aneka makana goreng dan bersup mengikut citarasa serta selera masing-masing.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!