Buat roti bakar, itu dah biasa. Apa kata kali ini RASA kongsikan satu resipi roti bakar yang paling sedap, iaitu roti butut bakar mok ‘rare’!
Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini, memang sangat nostalgia kerana menghargai sajian tradisi yang kian dilupai.
Malah resipi ini mengagung kembali budaya makanan orang lama meskipun banyak variasi yang muncul selepasnya.
ROTI BUTUT BAKAR MOK ‘RARE’
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 bungkus roti butut/roti benggali Marjerin (saya guna Seri Pelangi sebab bau roti akan wangi berganda) – beli online di sini 2 biji telur Seri kaya/jem/susu pekat untuk sapuan (saya guna susu pekat sebab rasa lagi sedap) – beli online di sini
CARA MENYEDIAKAN:
1. Paling penting kena ada roti butut. Guna satu plastik tu. Nama sebelah luarnya roti benggali. Kalau guna yang segi empat tu rasanya kurang kick. Betul, saya dah cuba. Potong saiznya setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.
2. Sapu marjerin tu di kedua-dua belah roti ya. 3. Kemudian, pecahkan telur dan kacau-kacau. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.
Kadang kita tak cukup masa nak masak banyak lauk. Mungkin nak cepat atau hari tu malas nak memasak. Jadi cukuplah satu lauk sahaja. Kalau macam tu situasi anda, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat. Selamat mencuba.
Roti sandwic ni memang antara yang selalu kita beli. Macam-macam boleh dihasilkan menggunakan roti ni. Kalau dapat makan roti yang baru lepas dibakar, memang nikmat tak terkata. Nak cuba hasilkan sendiri roti sandwic homemade ni? Saudari Zuraita Mohd Anua ada kongsikan resipinya. Resipi ini beliau uli dan bakar sepenuhnya menggunakan ‘bread maker’. Memang sangat mudah. Jom cuba.
RESIPI ROTI SANDWIC HOMEMADE ( WHITE LOAF).
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung roti
250ml susu segar
2 sudu makan gula pasir (empunya resipi guna brown sugar)
2 sudu makan mentega
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Tekan butang fungsi ‘Basic’ (atau apa sahaja yang ada di bread maker anda) untuk membuat loaf. 2. Pilih setting ‘Light’ untuk crust dan 1.5lb untuk saiz roti. 3. Biarkan ‘bread maker’ menjalankan proses menguli dan bakar dalam tempoh masa 2 jam 53 minit. 4. Bila roti telah masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan. Kemudian bolehlah dinikmati mengikut cita rasa.
Tip:
1. Pada minit awal doh diuli, anda kena sentiasa lihat keadaannya. Kalau doh kelihatan terlalu lembik, tambahkan sedikit lagi tepung roti. 2. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit lagi susu segar. 3. Doh cantik jika ia bulat elok dan tidak melekat. 4. Untuk memotong roti yang dah masak pula, gunakan pisau roti. 5. Roti kena betul-betul sejuk baru cantik potongannya. Selamat mencuba!
Kerisik ialah sejenis penyedap masakan yang diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng. Ia sangat penting dalam penyediaan masakan terutamanya hidangan Melayu. Antara sajian yang menggunakan bahan ini adalah rendang, kerabu, pajeri dan serunding. Malah ada sesetengah daripada kita juga memasukkan bahan ini ke dalam asam pedas, air asam, kari dan sambal. Memang sedap!
foto: http://lobaksusue.blogspot.my
Tujuannya adalah untuk menyedapkan lagi masakan tersebut, memekatkan kuah serta memberikan rasa lemak dan harum kelapa pada masakan. Selain itu, penggunaan kerisik dalam masakan juga akan menghasilkan hidangan yang tahan lama serta lambat basi. Patutlah hidangan yang dimasak oleh orang-rang tua dahulu mempunyai rasa yang sangat sedap dan tahan lama. Padahal, dahulu kala, tiada bahan pengawet malah peti sejuk pun amat jarang sekali ada di dapur-dapur orang kampung.
Kerisik yang bagus kualitinya adalah yang baru dibuat menggunakan kelapa parut yang baru. Orang dulu-dulu, banyak hasilkan sendiri di rumah untuk kegunaan harian. Namun kini, kerisik boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai dan juga pasaraya. Tapi berhati-hati jika membeli kerisik yang sedia siap ( ready made) kerana khuatir ia adalah kerisik yang lama. Penggunaan kerisik yang tengik akan menjadikan masakan berbau pelik serta kurang enak.
Anda nak belajar cara-cara buat kerisik? Mudah sahaja. Sambil-sambil melayan anak di rumah pun, anda boleh hasilkan bahan masakan ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Cara-Cara Nak Hasilkan Kerisik Homemade
BAHAN-BAHAN:
Kelapa parut – jumlah bergantung kepada citarasa anda
Kuali
Lesung batu atau pengisar
CARA-CARA:
1. Letak kuali di atas dapur dan panaskan.
2. Masukkan kelapa parut. Goreng tanpa minyak hingga kelapa garing dan bertukar warna.
3. Angkat kelapa goreng dan masukkan ke dalam lesung yang kering. Jangan guna lesung yang basah kerana kerisik akan rosak dan tidak menjadi. Tumbuk semasa kelapa masih panas sehingga kerisik menjadi berminyak. Jika kurang rajin, boleh juga kisar menggunakan mesin.
4. Setelah siap, simpan di dalam bekas bertutup. Tak perlu simpan dalam peti sejuk pun.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...