Makanan bergoreng selalu menjadi pilihan untuk hidangan ringan pagi atau petang. Banyak gerai yang menjual pelbagai makanan bergoreng, memberikan kita banyak pilihan. Tetapi sering kali makanan yang dibeli tak kena dengan selera, indah rupa dari rasa. Jom cuba tip yang Kak Cik kongsikan, resipi sebenar bagaimana nak hasilkan masakan tepung goreng yang rangup, rapuh dan berkerak!

Teknik Betul Nak Goreng Celup Tepung Rapuh, Rangup Dan Berkerak… Tengok Resipi Ni!

Teknik Betul Nak Goreng Celup Tepung Rapuh, Rangup Dan Berkerak… Tengok Resipi Ni!

Teknik Betul Nak Goreng Celup Tepung Rapuh, Rangup Dan Berkerak… Tengok Resipi Ni!

IKLAN

Teknik Betul Nak Goreng Celup Tepung Rapuh, Rangup Dan Berkerak… Tengok Resipi Ni!

Teknik Betul Nak Goreng Celup Tepung Rapuh, Rangup Dan Berkerak… Tengok Resipi Ni!

IKLAN

Kak cik nak bercerita pasal celup tepung malam ni. Nak bagi tips ye.

Part paling penting ialah bahan2 kene betul tau.. 1st thing,tepung kene yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap..ni taste bukan goreng ala2 KL yg takde habuk(serdak) tu ye.

Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis & fungsinya, banyak jenama, mana satu nak pilih? Ke pakai hentam je?

Ehhh..jangan, nanti tak menjadi jangan salahkan si pemberi resepi pulak, walhal bahan yang tak kena.

Ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, keledek, seafood celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai untuk rapuh,rangup,berabuk banyak.. Tetapi kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus & lemau bila sejuk…- Achik Ita Jsd Kelantan 

BAHAN-BAHAN:

  • 500g tepung beras(kurang pun xpe)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 2-3 sudu makan gula
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Secubit kapur makan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bancuh semua dengan air biasa je agak2warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi selepas percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair..INGAT! Ais mencair bukan beku dalam tu..tak payah guna ais pun memang rangup sangat2 dan berhabuk banyak tau..
  2. Jadi bila semua bahan2 dah betul bancuh , lihat pulak cara2 membuat adunan.
  3. Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
  4. Minyak wajib banyak, jangan kedekut (deep fried)
  5. Wajib api besar (slow2 kene tinggal)
  6. Jangan selam atau rendam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat.
  7. Jgn simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna, wajib bancuh lain sikit kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu.

*picture ni semua hasil tgan k.cik sdri ye

 

Kongsi resipi: Achik Ita Jsd Kelantan