Sedapnya Durian Crepe Cheese Lelehni. Kulit crepe yang lembut, krim yang gebu dan padat dengan isi durian. Ada pula limpahan serta parutan keju. Makan pula sejuk-sejuk. Nikmatnya… Masa durian masih ada musim ni, bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe Cheese Leleh ni. Kalau nak buat Durian Crepe biasa pun boleh. Mudah sangat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihahni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua, kacau sebati dan tapiskan. 2. Panaskan kuali non-stick saiz 20cm. Tuang satu senduk adunan dan lenggangkan hingga rata dan nipis. 3. Masak dengan api sederhana dalam 30 saat sahaja. Tidak perlu diterbalikkan.
BAHAN LAIN: 2 cawan isi durian 2 cawan whipping cream-putar hingga kental (masukkan ke dalam piping bag)
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan filling kastad ke dalam kuali. Kacau rata terlebih dahulu kemudian masak di atas api sederhana hingga pekat.
2. Bila sejuk, masukkan dalam piping bag. Ketepikan bersama isi durian dan juga whipping cream.
BAHAN CHEESE LELEH: 250gm krim keju / cream cheese 1/2 cawan susu pekat manis – beli online disini 1/2 cawan dairy whipping cream /krim putar tenusu 1/4 cawan susu segar – jika suka sos yang pekat, tidak perlu letak susu Keju cheedar secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan kecuali keju cheddar. Pukul atau adun hingga sebati.
CARA MENYEDIAKAN DURIAN CREPES 1.Bentangkan kulit crepes. Picit whipped cream. 2. Kemudian masukkan filling kastad, isi durian dan lapisan whipped cream sekali lagi.
Ads
3. Bungkus seperti bantal. Simpan dalam freezer/chiller sebelum dinikmati.
4. Untuk Durian Crepes Cheese Leleh, tuang adunan cheese leleh ke atas crepes dan letak parutan keju cheddar secukupnya. Enak dimakan sejuk.
Sambal Tumbuk menu simple yang boleh membuka selera terutamanya ketika bangun sahur. Ada lauk ayam goreng, telur dadar pun dah cukup kalau dimakan bersama sambal tumbuk.
Menggunakan bahan-bahan mudah, sambal tumbuk simple ini sesuai untuk dijadikan menu pelengkap untuk makan bersama nasi panas. Rupanya mungkin biasa tapi rasanya boleh buat ketagih.
Selain makan dengan nasi panas, sesuai juga makan dengan bubur nasi. Confirm tak cukup sepinggan!
Sambal Tumbuk
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
Siap goreng semua bahan. Seterusnya guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Siap untuk dihidangkan.
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!
Tak lama lagi bulan puasa. Jadi kuih muih menjadi kesukaan ketika bulan puasa. Cucur badak ini antara yang disukai ramai. Ada yang nak cuba masak kuih ni dikongsikan resipinya. Boleh guna buat pulut udang dan spera(orang utaqa tau kuih ni).
CUCUR BADAK
Inti:
1/2 kilo udang kapas(kecil)
2 biji kelapa parut(tak terlalu tua)
20-25 biji cili kering
5 batang serai
5-6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit kunyit hidup
1 sudu kecil jintan manis
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara memasak:
1.Mesin semua bahan kecuali udang,bahan perasa,kelapa parut.
2.Masak sekejap di atas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap. (jangan lama,nanti halus sangat tak sedap)
3.Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang.Kacau lagi sampai hampir kering tambahkan garam, gula, perasa(kalau guna) ikut selera masing-masing nak pedas atau manis.
4.Kacau hingga agak kering dan angkat. Sejukkan sebentar.
Bahan doh/kulit:
1 kg keledek(saya guna yang pink) manis
2-3 cawan tepung gandum ikut kesesuaian
Sedikit garam
Cara membuat:
1.Kupas kulit keledek,potong ketul-ketul kecil sikit supaya cepat empuk bila rebus.Air sama paras dengan keledek jangan banyak sangat nanti lembik.Letakkan secubit garam.
2.Rebus hingga air hampir kering.Angkat.Biar sejuk baru lenyekkan. Tambahkan tepung sikit-sikit.Bila dah siap bulatkan sama saiz..Leperkan masukkan inti dan bulatkan kembali.Tabur sedikit tepung atas talam supaya adunan yang dibulat tadi tidak melekat ketika angkat menggoreng.
Kuih muih tradisi memang menjadi tarikan. Dapat sebutir yang cukup rasa, memanglah puas. Beli pun tak mungkin mencapai cita rasa yang dikehendaki. Serabai sedap dimakan cicah dengan kuah durian atau pun kuah kari.
KUIH SERABAI Bahan-bahan:
4 cawan tepung beras 1 cawan nasi 1 cawan santan 3 cawan air suam 2 sudu besar gula 1 sudu besar mauripan Secubit garam
Cara memasak: 1.Kisar semua bahan kecuali mauripan. 2.Tuang bancuhan dalam bekas. 3.Masukkan mauripan kacau rata hingga sebati . 4.Perap 2 jam sebelum tu oles minyak pada acuan . 5,Bakar atas api yang kecil .bole dapat 42 keping.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...