Berikutan kejayaan restoran pertamanya, Santan hari ini melancarkan cawangan keduanya di pusat membeli-belah Sunway Pyramid untuk memenuhi permintaan tinggi daripada penduduk di sekitarnya.
Santan adalah jenama makanan dan minuman dalam penerbangan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut oleh Skytrax. Santan juga menetapkan visi untuk menjadi francais makanan segera pertama Asean.
Santan, yang dikenali sebagai jenama makanan dalam penerbangan pertama di dunia yang boleh didapati di restoran, melancarkan restoran pertamanya di Mid Valley Megamall di ibu kota pada bulan Disember 2019 atas sambutan luar biasa daripada komuniti pencinta makanan, baik tempatan dan antarabangsa.
Dilengkapi dengan teknologi digital di restoran fizikal, para pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera, bawa pulang atau penghantaran. Hampir satu pertiga pesanan dalam talian di cawangan Mid Valley adalah dari Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya seperti Puchong dan Subang, membuatkan Santan memilih Sunway Pyramid sebagai lokasi seterusnya.
Dalam ekonomi yang mencabar ini, Santan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk membantu mantan kakitangan industri penerbangan. Mereka yang mempunyai latar belakang profesional dan berbeza seperti kru kabin dan perkhidmatan pelanggan akan dilatih semula dengan kemahiran untuk berhubung dengan pelanggan luar dan dalam talian Santan.
Santan turut menawarkan peluang perniagaan francais kepada pengusaha industri makanan dan minuman dengan nilai yang hebat. Dengan pakej francais yang kompetitif, pengusaha tempatan boleh memanfaatkan peluang pelaburan yang disokong oleh AirAsia dan rakan kongsinya. Santan akan memberikan sokongan dan latihan berterusan untuk semua pengusaha francais mulai suku keempat tahun ini.
Ads
Selain bekerjasama dengan rakan penghantar popular, Santan menawarkan perkhidmatan penghantaran sendiri dan disokong oleh platform penghantaran makanan AirAsia yang sedang berkembang iaitu OURFOOD, seterusnya memberi peluang kepada pengusaha francais untuk meningkatkan keuntungan.
Pengurus Besar Santan Catherine Goh berkata: “Kami berbangga kerana dapat mengembangkan perniagaan kami setelah melancarkan restoran pertama kira-kira setengah tahun lalu. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada pelanggan setia kami dan permintaan berterusan terhadap hidangan kami yang diilhamkan oleh ASEAN dengan kualiti yang tiada tandingan dan harga yang berpatutan. Walaupun situasi kini mencabar, kehadiran kami dalam industri makanan dan minuman dan visi strategik kami untuk mengembangkan Santan melalui peluang francais dipercepatkan oleh permintaan ramai.
“Selain membantu pengusaha tempatan menerokai industri makanan dan minuman, kami juga akan terus bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk memasarkan produk mereka menerusi Santan dan mendapatkan hasil segar secara langsung daripada pengeluar pertanian tempatan melalui OURFARM. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan. Sama ada anda menjamu selera, membawa pulang atau memesan hidangan Santan, anda secara langsung membantu komuniti setempat. Kami berharap dapat mengalu-alukan kedatangan anda ke cawangan baharu kami di Sunway Pyramid.”
Ads
Selain daripada hidangan panas, Santan juga memperkenalkan rangkaian produk beku siap dimakan seperti Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Padang dengan Rendang Daging, serta menu baharu yang diilhamkan oleh Asean seperti Nasi Lemak Goreng dengan Ayam Goreng Berempah, Ayam Goreng dengan sos Keju Rempah dan Gado-Gado.
Untuk meraikan pembukaan cawangan baharu ini, Santan menawarkan promosi masa terhad untuk dua Hidangan Kombo yang terdiri daripada satu makanan dan minuman setiap kombo dengan hanya RM20. Promosi ini boleh didapati untuk menjamu selera, bawa pulang dan penghantaran di cawangan Sunway Pyramid dan boleh dipesan di santan.com.my dari 22 sehingga 31 Julai 2020 menggunakan kod promosi SUNWAY.
Ads
Untuk maklumat terkini mengenai Santan, ikuti mereka di Instagram (@santan.asean).
Apa rancangan anda di malam Krismas dan Tahun Baru nanti ? cuti panjang tu, rancanglah dari sekarang. Jom jalan-jalan makan-makan di tengah kota raya sambil menonton ‘live’ pertunjukan bunga api.Alang-alang ke kawasan segi tiga emas kota raya Kuala Lumpur singgahlah ke Hotel Royale Chulan, Bukit Bintang .
Pakej menarik bufet makan malam menanti anda di sini. Bermula malam menjelang Krismas hingga ke sambutan tahun baru Hotel Royal Chulan Bukit Bintang menyajikan lebih 50 menu enak kepada pengunjung.
Sempena cuti sekolah ini apa kata bawa anak-anak dan keluarga tersayang menikmat variasi juadah antarabangsa terutamanya sajian barat yang super sedap di sini. Kemeriahan sambutan Hari Krismas dan tahun baru 2019 boleh dirasai keceriaannya di sini.
Pelbagai pilihan promosi bufet istimewa tersedia untuk dinikmati. Menurut Pengurus Besar Hotel Mashor Din memang menjadi ‘tradisi’ di sini setiap tahun Hotel Royale Chulan akan menyambut dua hari keraian ini secara besar-besaran dan penuh kemeriahan dengan menyediakan pilihan bufet makan malam , tengahari, dan hi tea yang sinonim dengan sambutan perayaan tersebut.
Berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga sambil bersama-sama merasai juadah enak pastikan menambahkan kegembiraan menyambut Tahun Baru 2019 di sekitar Bukit Bintang, kawasan yang paling ‘happening’ di tengah-tengah bandaraya KL ini.
Eksekutif Chef Raja Kamaroszaman dan Chef Haniff
Menurut Chef Eksektif, Raja Kamaroszaman Raja Zainal, bufet makan malam menawarkan lebih daripada 50 menu kepada pengunjung di antaranya menu istimewa seperti ayam belanda panggang, kambing golek, pasta dan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi.
Berikut adalah pakejnya:
Christmas Eve Buffet Dinner, Royale Ballroom , Aras 2 Tarikh dan Masa : 24hb Disember, 7.00- 10.00 malam Dewasa : RM128. Warga Emas & Kanak-Kanak RM 70
New Year Eve Buffet Dinner, Royal Ballroom, Aras 2 Tarikh dan Masa : 31hb Disember, 7.00 – 10.30 malam Dewasa : RM 128. Warga Emas & Kanak-Kanak RM70
Promosi Lain Semasa Krismas & Tahun Baru :
Christmas Eve Western Set Dinner, Cafe Royale & Bar, Aras Tanah Tarikh dan Masa : 24hb Disember, 7.00-10.30 malam RM 108
Christmas Day Buffet Hi-Tea, Sunflower Brasserie, Aras 1 Tarikh dan Masa : 25h Disember, 12.30 tengahari – 4.00 petang Dewasa RM 78.00 , Warga Emas & Kanak-Kanak RM48.00
New Year Eve Set Dinner, Cafe Royale & Bar, Aras Tanah Tarikh dan Masa : 31hb Disember, 7.00-10.30 malam RM108
New Year Day Buffet Hi Tea, Sunflower Brasserie, Aras 1 Tarikh dan Masa : 12.30 tengahari – 4.00 petang Dewasa :RM 78 .Warga Emas & Kanak-Kanak RM48
Bagi peminat asam pedas, kini anda mempunyai satu lagi pilihan tempat untuk menikmati asam pedas yang terbaik. Paling menarik, asam pedas di sini adalah gabungan daripada resipi dari lokasi yang popular dengan hidangan asam pedas iaitu Johor dan Melaka.
Azley Ismail.
Berbicara dengan pemilik gerai, Azley Ismail, dia memilih resipi asam pedas untuk diniagakan di gerainya kerana sangat tertarik dengan cita rasa asam pedas.
“Memasak adalah salah satu hobi saya. Arwah ibu berasal dari Johor dan ayah pula dari Melaka. Kedua-dua negeri ini berkongsi masakan paling popular iaitu asam pedas. Secara tak langsung, resipi dari Johor dan Melaka ini telah menjadi satu resipi turun temurun. Kini saya jadikan asam pedas sebagai menu utama perniagaan,” katanya.
MENU YANG ADA
Menu di sini memang sangat menarik. Jika anda makan di sini, boleh pilih mana satu yang jadi idaman hati.
Assam Pedas Patin Sungai Temerloh
Bahagian Kepala atau Ekor RM15 sepotong
Bahagian Badan RM10 sepotong
Assam Pedas Daging Tetel RM9
Untuk set nasi putih, ulam, ikan kering dan telur masin, tambahan RM4 bagi setiap satu set.
BAHAN SEGAR SETIAP HARI
Menurut Azley, keunikan asam pedas resipi Melaka yang ada di sini adalah kuahnya pekat dan aromanya sangat menyelerakan. Kuah dimasak setiap hari menggunakan bahan segar.
Wow sangat kan?
“Ikan patin yang digunakan dibawa khas dari Sungai Temerloh. Isinya lembut, manis dan tidak hanyir. Memang ikan patin dari Sungai Temerloh amat disukai ramai. Untuk daging tetel pula, kami pastikan daging direbus sehingga betul-betul empuk sebelum dimasukkan ke dalam tumisan asam pedas. Jadi, pelanggan boleh menikmati daging tetel dengan gembira,”
Sejak dibuka pada 13 Julai 2020, sambutan pelanggan amat menggalakkan. Ramai yang memberi maklum balas positif di samping memberi cadangan penambahan menu asam pedas pari dan ayam pula. Tak lupa juga semakin ramai yang menjadi pelanggan setia setiap hari. Ternyata resipi turun temurun daripada arwah ibu kepada Azley amat menawan hati orang ramai.
JOM LAYAN GAMBAR
Asam pedas ikan patin.
Set asam pedas bahagian badan.
Apa barang pakai sudu. Kita makan pakai tangan! Nikmat gittew!
Senyum dapat makan asam pedas.
Coach kecergasan terkenal ni. Adasandha Anuar.
Ini bahagian kepala. Wow!
Nama Kedai: Skye Assam Pedas Nama owner: Azley Ismail Lokasi gerai:
No. 187, Jln LP7/2, Kinrara Uptown, 43300 Seri Kembangan, Selangor. (Berhadapan restoran Mamak Safreen) Waktu operasi:
Isnin – Jumaat
12 tengah hari hingga 11 malam
Tutup pada Sabtu dan Ahad FB page: Skye Assam Pedas Patin Sg. Temerloh
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Galito’s Flame-Grilled Chicken, sebuah lagi restoran wajib masuk dan cuba menu ayam panggang autentik Afrika dengan rasa pedas Galito’s yang unik, ia pertama kali diperkenalkan di Malaysia dan juga Asia Tenggara.
Galito’s , restoran ayam panggang autentik Afrika diterajui oleh Louis Germishuys. Ia mula beroperasi di Afrika Selatan sejak tahun 1996 dan kini telah berkembang maju dengan 150 restoran francais di 15 buah negara seluruh dunia, temasuk Malaysia yang dibawa oleh Ri-Yaz Global Food.
Galito’s Flame-Grilled Chicken mampu memenuhi cita rasa masyarakat tempatan kerana Galito’s adalah hidangan ayam panggang terbaik di dunia. Ayam panggang ini disediakan melalui proses pemerapan secara tradisional menggunakan herba semulajadi dan rempah ratus terpilih.
Dengan rasa yang unik selepas melalui proses pemerapan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam. Kemudian dipanggang pula dengan api yang sempurna untuk hasil isi ayam yang lembut, berjus serta mengekalkan kesegaran rasa herba dan rempah ratusnya.
Anda pasti akan menikmati kunyahan isi ayam yang lembut, sedap tidak terkata. Lebih penting dari itu, ia adalah hidangan yang sihat,sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Selain Galito’s Flame-Grilled Chicken, anda juga boleh menkmai hindangan sampingan seperti Galibowl, hidangan nasi yang dimasak bersama kiub ayam panggang, bayam dan Sishabo Sauce, signutre souce Galito’s. Liver and Roll, hidangan hati ayam berempah yang dihidangkan bersama roti panggang segar dan mentega. Jika mahu lebih ringan boleh saja cuba Sweet Potato Chips dan Chilli Beans, Keledek goreng yang segar dan ranggup.
Jika anda ingin mencari kelainan dan suasana makan yang santai dengan layanan mesra seperti makanan di rumah bersama keluarga atau rakan-rakan, anda boleh kunjungi Galito’s di G02-G03, eCurve, Muiara, Damansara. Menyajikan pilihan menu yang menarik, dan harga berpatutan.
Kalau Suka Ayam Panggang Nak Buat Sendiri Boleh Cuba Resipi ni:
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.