
Dikongsi lebih 20 ribu kali di FB, ternyata resipi sandwic telur perkongsian saudari NaNie ni memang sangat praktikal dan sesuai digunakan untuk jualan. Hanya menggunakan tiga bahan, anda boleh hasilkan sandwich yang sedap dan enak. Lebih istimewa, sukatan yang diberikan memang cukup untuk 2 bungkus roti sandwich yang besar tu. Jadi bolehlah agak kan? Jom cuba.
INTI SANDWIC TELUR VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji telur
- 1 senduk mayones
- 1 sudu teh lada sulah ajishio
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 2 bungkus besar roti sandwic
- Tomato – potong bulat
- Daun salad secukupnya
- Mentega
CARA MEMASAK:
1. Rebus telur dan lecek halus.
2. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati.
3. Inti telur siap untuk dilapis dengan roti.
CARA MELAPIS:
- Sapukan roti dengan mentega dengan secukupnya.
- Ambil sekeping roti, letakkan tomato.
- Kemudian letakkan 1 sudu penuh ( bumbu) inti telur tadi. Ratakan.
- Letak sekeping salad diatas inti telur dan akhir sekali, letakkan sekeping lagi roti.
- Potong serong 2 atau 4. Siap untuk dinikmati.
INFO DEKO SANDWIC UNTUK JUALAN:
- Susunan: Roti-tomato-bancuhan telur-salad-roti.
- Jika potong serong 4, boleh masukkan dalam cawan kertas.
- Kalau potong dua, letak dalam bekas sandwich 3 segi. Jual RM2 satu pek.
- Untuk kepelbagaian, boleh juga masukkan crabstick ( filamen ketam) atau sosej. Celur dulu bahan-bahan tersebut, potong kecil dan gaul dalam bancuhan telur. Harga jualan boleh dinaikkan sedikit.
Selamat mencuba! Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin mencari pendapatan sampingan.
Kredit resipi & foto: NaNie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telur Bungkus Ala Kedai Tomyam, Makan Tanpa Nasi Pun Sedap!

Isi Kandungan
ToggleTelur Bungkus ala Kedai Tomyam, menu simple yang menjadi kegemaran ramai. Kalau buat sendiri kat rumah lagi puas hati, boleh letak isi ayam dan sayur banyak-banyak.
Kadang ada ketika buntu nak masak apa, menu telur bungkus ni antara masakan ringkas dan senang untuk dibuat.
Kalau tak cerewet cukup satu lauk ni sahaja, tak perlu masak banyak lauk. Makan dengan nasi panas-panas ada sambal belacan, memang tak pandang kiri kanan dah. Berbaloi untuk dicuba.
Telur Bungkus Ala Kedai Tomyam
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang holand – potong dadu
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit lobak merah – potong dadu
3 ulas bawang putih – cincang
Ayam cincang
Daun bawang – hiris
Gula
Garam
Serbuk perasa
Sos ikan
Sos cili
Sos tiram
Cili kisar
3 biji telur
CARA MEMASAK:
- Panaskn minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam, masak seketika.
- Masukkan cili kisar, cili sos, sos ikan dan sos tiram. Masak sehingga agak kering.
- Kemudian masukkan lobak merah dan masak hingga agak lembut. Masukkan bawang holand dan tomato.
- Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata sebelum masukkan daun bawang. Kacau rata dan ketepikan.
- Untuk telur, panaskan minyak dan masak telur dadar. Pastikan telur dadar agak nipis.
- Letakkan inti yang telah siap tadi dan bungkus.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Roslina Omar
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Cara Buat Telur Dadar Gebu & Tebal. Makan Sepotong Dah Kenyang
Sambal Telur Rebus Sedap, Resipi Ringkas & Mudah Kegemaran Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Telur Dadar Letak Kelapa Parut, Lauk Orang Lama Yang Sedap. Lemak Manis Rasanya!

Isi Kandungan
ToggleTelur dadar ada macam-macam versi, termasuklah yang dari Thai. Tapi telur dadar kelapa parut ini lain sikit, ia antara menu orang lama yang jarang kita jumpa sekarang.
Tidak mustahil sekiranya ada yang tak pernah makan pun. Rasanya memang sedap lemak manis dari kelapa parut dan juga pedas. Kalau ingin rasa keenakannya cuba buat, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Wan Shaz Hanis berdasarkan resipi emak mertuanya.
Cara buat telur dadar kelapa parut
Balik rumah emak mertua, pertama kali makan telur goreng kelapa parut. Lepas itu ada bawang merah, ada bawang putih, ikan bilis. Pelik sangat sebab memang tak pernah makan kelapa dicampur telur. Selalu yang saya makan lepat pisang campur kelapa parut, lempeng kelapa. Tapi kali ni menu mak mertua.
Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Cili api (kalau nak pedas)
Telur
Kelapa parut muda
Garam & serbuk perasa
Serbuk kunyit
Cara membuat:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis tapi jangan lumat untuk beri rasa bawang, ikan, bilis dan lada. Ketepikan
2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul rata.
3. Masukkan kesemua yang telah ditumbuk dan masukkan garam, serbuk perasa dan kunyit sikit.
4. Selepas itu gaul kesemuanya termasuk kelapa parut muda sehingga rata.
5. Panaskan minyak masukkan ke kuali, masak dengan api yang sangat perlahan.
6. Masak sehingga rata sehingga keluar bau harum kelapa. Bila keperangan terbalikkan.
Dah masak kedua belah bahagian, angkat dan hidang.
Sumber: Facebook Wan Shaz Hanis
Koleksi Resipi Lauk Mudah & Sedap Masak Guna Kicap

Resipi lauk pauk menggunakan kicap memang digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Nampak ringkas namun hidangan berasaskan kicap ini sebenarnya boleh dipelbagaikan. Istimewa di musim cuti persekolahan ini, RASA berkongsi resipi lauk pauk berasaskan kicap yang pastinya menepati cita rasa anda.
1. DAGING GORENG KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging |hiris nipis
- 30ml kicap manis
- 10gm sos tiram
- 8 biji cili padi |ditumbuk kasar
- 4 ulas bawang putih|dicincang
- 3cm halia |dihiris nipis
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- 1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
- Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
2. HATI AYAM KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm hati ayam
- 45ml kicap manis
- 15 biji cili padi |dikisar
- 4 ulas bawang merah |dikisar
- 2 ulas bawang putih|kisar
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan lada sulah pada hati ayam. Goreng garing dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bersama bahan-bahan kisar sehingga cili masak.
- Masukkan bawang besar, hati ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan kicap. Kacau sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan garam boleh dikurangkan memandangkan hati ayam telah diperasa dengan garam ketika proses menggoreng.
3. IKAN CELUP TEPUNG KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul isi ikan merah
- 45ml kicap manis
- 10 biji cili padi|dikisar
- 5 ulas bawang merah |kisar
- 3 ulas bawang putih |kisar
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan. Salut isi ikan dengan tepung jagung kering dan goreng sehingga garing di dalam minyak yang banyak. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga cili menjadi masak.
- Masukkan ikan goreng tepung dan kicap manis. Gaul sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan ikan merah boleh digantikan dengan menggunakan ikan jenahak atau ikan tenggiri.
4. IKAN GORENG KICAP SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung
- 3 sudu makan kicap manis
- 10 biji cili padi |dikisar
- 4 ulas bawang merah|dikisar
- 2 ulas bawang putih |dikisar
- 1 batang serai |dikisar
- 1 labu bawang besar|dipotong bulat
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
- Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati.
Info Chef: Penggunaan ikan kembung boleh digantikan dengan menggunakan ikan selar.
5. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 ketul ikan tongkol
- 45ml kicap manis
- 20gm serbuk ketumbar
- 20gm serbuk jintan manis
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 5 ulas bawang putih|cincang halus
- 1 labu bawang besar|dibelah empat
- 1 biji cili merah |dipotong serong
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap. Didihkan seminit.
- Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
6. MACKEREL GORENG BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul mackerel (dalam tin)
- 45ml kicap manis
- 15ml sos cili
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- 2 biji cili merah |hiris serong
- 1 biji cili hijau |hiris serong
- 3cm halia muda|hiris nipis
- 2 ulas bawang putih |dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan mackerel sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan bawang besar, halia, cili merah dan cili hijau.
- Masukkan kicap manis dan sos cili.
- Masukkan ikan mackerel goreng dan tambahkan garam dan lada sulah secukupnya.
Info Chef: Pastikan anda mengambil ikan mackerel tanpa kuahnya di dalam tin.
7. SOTONG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor sotong |bersihkan
- 1 batang lobak merah|potong baji
- 30ml kicap manis
- 4 ulas bawang putih|cincang
- 1 labu bawang besar|potong bulat
- 1 biji cili merah|potong serong
- 4cm halia muda|dihiris nipis
- 5gm serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan sotong, lobak merah dan kicap. Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
- Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef:Pastikan sotong dibasuh bersih bagi mengelakkan ia tidak tahan lama
8. TAUHU TELUR BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji tauhu telur
- 1 batang lobak merah |dihiris nipis
- 1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
- 30ml kicap manis
- 3 ulas bawang putih |dicincang
- 1 labu bawang besar |dibelah empat
- 3cm halia muda|dihiris nipis
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Potong tauhu telur menjadi kiub kecil lalu digoreng garing. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Tuangkan kicap kemudian tambahkan lobak merah dan sedikit air.
- Tambah daun bawang, garam, lada sulah secukup rasa.
- Masukkan tauhu telur goreng dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef:Tauhu telur tidak boleh dimasak terlalu lama bagi mengekalkan tekstur dan bentuknya.
9. UDANG KICAP BERHALIA
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor udang galah
- 45ml kicap manis
- 1 labu bawang besar |dipotong bulat
- 1 biji cili merah |dipotong serong
- 1 biji cili hijau |dipotong serong
- 4cm halia muda |dihiris nipis
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak dan susun di dalam pinggan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan halia.
- Masukkan cili merah,cili hijau dan kicap.
- Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang bahan tumisan kicap ke atas udang goreng dan siap untuk dihidangkan.
Info Chef:Pemilihan udang harimau atau udang galah amat sesuai untuk menu ini sebagai pelengkap rasa kicap yang masin dan udang yang enak.