Gulai Ikan Talang kering Tumis Darat, salah satu menu popular di negeri-negeri belah utara. Boleh makan dengan nasi lemak juga, apatah lagi dengan nasi biasa memang bertambah makan. Resipi enak ini dikongsikan oleh June Ahmad, yang aktif membuat posting memasak di laman FB nya dengan sajian yang sedap-sedap. Kata June kalau ada pisang muda dan nangka pun boleh dibuat gulai sama macam lauk ini. Gulai dah siap baru tuang masuk bawang yang ditumis, baru semerbak satu dapur. Memang berbaloi untuk dicuba.
GULAI IKAN TALANG KERING TUMIS DARAT
.
BAHAN-BAHAN :
Ikan talang kering atau apa-apa ikan masin lain yang sesuai
4 sudu makan rempah kari ikan @ kari ikan kering – beli online DI SINI
Santan (jangan terlalu pekat) – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1.Ikan dipotong ikut saiz yang disukai, rendam dulu hilangkan sikit masinnya. 2.Rebus rempah bersama air. Bila agak rempah sudah masak, baru masukkan ikan tadi. Biarkan masak sekejap.
Ads
3. Selepas itu masukkan santan, terung, nenas, asam gelugur dan gula. Garam hanya perlu ditambah diakhir masakan kerana bimbang akan terlebih masin. Ini kerana ikan itu sendiri sudah mempunya rasa garam. 4. Apabila kuah sudah mendidih dan terung telah masak, padamkan api. 5. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumiskan bawang, jintan dan daun kari.
Tumiskan bawang, jintan dan daun kari. Masukkan dalam gulai, memang teramatlah sedapnya..
6. Apabila sudah kekuningan, tuang bahan-bahan tumis tadi ke dalam periuk gulai tadi. 7. Tutup periuk dan boelhlah dihidangkan.
TIP MASAK DARI JUNE : * Kalau gulai pisang muda, lepas rebus rempah tu masukkan pisang dan rebus bagi empuk, baru masukkan santan. Boleh guna dengan ikan bilis atau ikan masin juga.
Ads
* Gulai nangka kalau, celur nangka dulu buang air. Selepas itu bolehlah dimasukkan dalam kuah. Boleh guna dengan ikan bilis atau ikan masin.
Kalau anda pencinta baking, tentu saja membuat kek yang satu ini sangat mudah. Rasanya pun sedap. Anak-anak gerenti suka.
Kek Span Chocolate Rice
Bahan-bahan:
250gm tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
225gm gula pasir
4 butir telur
180 ml air soda
1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan emulsifier (pelembut adunan)
150 gm chocolate rice
Cara memasak:
1. Kacau telur, gula dan emulsifier hingga gula larut dan tekstur adunan mengembang.
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit dengan kecepatan sederhana.
3. Masukkan air soda, lalu kacau hingga semua rata.
3. Masukkan chocolate rice, lalu kacau hingga rata. Tuang ke dalam loyang kek mini yang dilapisi kertas roti.
Letak sedikit chocolate rice di atasnya.
4. Kukus selama 15-20 minit dalam kukusan yang sudah dipanaskan.
5. Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit @yummy.idn
ADA YANG NAK MEMBELI BARU PERIUK KUKUS, BOLEH LIHAT DI SINI.
Tak tau nak masak apa hari ni, berikut tiga resipi daging dan ayam yang mudah dan pedas. Cadangan ini sesuai sangat korang masukkan dalam senarai menu minggu ini sebagai hidangan keluarga atau bila tetamu yang datang berkunjung di rumah.
DAGING LADA HITAM BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan lada hitam | kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3biji bawang besar | 2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
5 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika perlu
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1, Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan lada hitam, sos tira, hirisan daging dan hirisan bawang, kacau rata.
3. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
AYAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit.
BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
7. Tutup api, ayam sedia dihidangkan.
GULAI KETING
BAHAN-BAHAN:
1 kg keting | rebus
750ml santan
5 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
3cm lengkuas | hiris
4cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
3. Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
4. Biarkan mereneh hingga keting empuk.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
7. Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Asyik dengan menu yang sama, mak-mak yang masak bosan apa lagi anak dan encik suami yang makan. Apa kata anda teroka menu Thai yang menang terkenal dengan keenakan masakannya yang kaya dengan aroma herba segar seperti serai, daun limau purut dan daun basil Thai. Kalau berani mencuba ini ada tiga menu yang sangat sedap dan tidak pedas, gerenti anak dan encik suami tak percaya ini adalah air tangan anda.
AYAM PANGGANGTHAI & SOS KACANG
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gula perang
2 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh halia yang telah dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih
Sedikit parut kulit limau nipis
1/2 sudu teh garam
BAHAN SOS:
200gm santan
3 sudu makan peanut Butter
2 sudu makan pes kari merah
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan jus limau nipis
Sedikit garam jika perlu
CARA MEMASAK:
Potong dadu isi dada ayam 2cm X 2cm, cuci bersih dan toskan.
Campurkan semua bahan perapan, kicap cair, gula perang, minyak, serbuk kari, halia, bawang putih , serbuk jintan dan parutan kulit limau di dalam mangkuk.
Gaul rata, kemudian masukkan ayam. Gaul lagi hingga sebati.
Balut mangkuk dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam. Perap lebih lama lebih sedap.
Bagi menyediakan sos, campurkan santan, peanut butter, gula perang, kicap cair dan pes Kari Merah Thai dalam periuk, kacau rata dan didihkan atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan ke tepikan.
Sementara itu, panaskan pemanggang. Cucukkan ayam yang telah diperap dengan lidi sate hingga habis.
Panggang lebih kurang 10 minit (sentiasa balik-balikkannya).
Setelah masak hidangkan bersama dengan sos kacang yang telah dimasak tadi.
SUP AYAM BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
200gm isi dada ayam | hiris nipis
100gm cendawan putih
200gm santan
1 cawan air
3cm lengkuas | hiris nipis
1 batang serai | titik
6 helai daun limau purut
6-8 biji cili padi | titik
3 sudu makan sos ikan
2 1/2 sudu makan sus limau nipis
1 sudu makan daun ketumbar cincang
CARA MEMASAK:
Masukkan air, serai, hirisan lengkuas, cili, daun limau purut di dalam periuk dan didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan hirisan isi dada ayam dan cendawan, biarkan mendidih beberapa minit atau hingga cendawan masak.
Masukkan santan dan biarkan mendidih beberapa minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun ketumbar.
Sedia dihidangkan.
KERABU DAGING
BAHAN-BAHAN:
450gm daging batang pinang | panggang
Sedikit minyak masak
1 cawan daun bayam
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
3 ulas bawang merah | hiris
6-8 biji tomato ceri | belah dua
BAHAN SOS:
1/4 cawn jus limau nipis
5 sudu makan sos ikan
4 biji cili padi | hiris
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Hiris nipis daging yang telah dipanggang tadi.
Untuk menyediakan sis, campurkan sos iakn, jus limau nipis hirisan cili padi dan gula perang di dalam mangkuk, Kacau rata dan sebati.
Seterusnya masukkan hirisan daging bersama tomato ceri, daun bayam, pudina dan ketumbar di dalam mangkuk salad. Tuangkan sos dan gaul rata,
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!