Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan banyak ruang untuk bersama keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan yang tentunya saat ini sangat ‘perfect’ untuk melakar kenangan manis bersama.
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan tentunya memasak sajian istimewa untuk keluarga. Macam-macam menu boleh cuba masa PKP ni. Masa ni juga lah nak tunjuk ‘skill’ masak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Puan Sri Nisa Bakri telah berkongsi telatah suaminya Tan Sri Bakri Zinin menyediakan sajian Ikan Liking.
Nampak bersahaja sahaja aksi Tan Sri bila di dapur. Tidak kekok langsung. Malah setiap pertanyaan dari sang isteri dan anak, dijawab dengan tenang. Wah…memang pandai masak juga ni. Ingatkan Puan Sri sahaja handal di dapur.
Ads
Menurut pasangan VVIP yang sangat ‘sporting’ ini, menu Ikan Liking ini sangat mudah, senang disediakan dan berasal dari Brunei. Hanya menggunakan Ikan Kembung segar dan beberapa ramuan ringkas yang lain, anda boleh hasilkan Ikan Liking di rumah. Namun resipi yang ditunjuk oleh Tan Sri ini adalah versi tidak jemur kerana tiada matahari.
Bagi anda yang tak tahu apa itu Ikan Liking, menerusi carian di laman sesawang, Ikan Liking merupakan ikan yang dimasinkan dengan bumbu asam pedas. Ia perlu diperap semalaman dan kemudian dijemur di bawah matahari seharian. Untuk menikmatinya pula, ikan ini perlu digoreng dan hidangkan panas-panas. Wah…sedapnya!
Nak terbang ke Brunei rasanya belum boleh kan? Jadi apa kata kita cuba resipi yang dikongsi oleh Tan Sri dan Puan Sri ni. Sesekali ubah menu masak, pasti lebih berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN LIKING CARA BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
Ikan kembung segar – dibersihkan dan dibelah dua
BAHAN TUMBUK @ KISAR:
Cili padi
Halia
Bawang putih
Asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan belah dua. Ketepikan.
2. Satukan bahan tumbuk dan tumbuk lumat. Boleh juga dikisar. Jumlahnya bergantung pada jumlah ikan yang anda guna.
Ads
3. Ambil ikan dan lumurkan bahan tumbuk tadi di bahagian perutnya. Lakukan hingga habis. Lumurkan juga pes di bahagian badan ikan.
4. Perap ikan di dalam peti sejukbeku beberapa ketika supaya isi ikan meresap rasa bahan perapan. Untuk menikmatinya, hanya perlu goreng seperti biasa.
Bila cuti panjang balik kampung, mesti teringatkan masakan kampung, lebih sedap kalau masakan tu air tangan ibu. Macam mana pandai sekalipun,, ia tetap tidak sama dengan air tangan ibu. Setuju tak kalau dikatakan masakan air tangan ibu itu tidak ada tandingannya. Siapa setuju ?
Apa pun tiga menu masakan kampung air tangan Chef Mummy dari Hotel Armada patut anda cuba, gerenti sedap menjilat jari.
GULAI TUMIS DARAT IKAN TALANG MASIN BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan masin talang
200gm buah jering
300ml santan
2 peket kecil rempah kari ikan
1-2 cawan air
BAHAN TUMIS:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
½ sudubiji sawi
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk, masukkan isi dan tulang ikan talang bersama serbuk rempah kari. Tambahkan sedikit air.
Masak seketika supya rempah masak dan sehingga tulang ikan tersebut lembut.
Masukkan jering dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam.
Tumiskan bahan tumis di dalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.
Tuang bahan tumisan ke dalam periuk yang berisi ikan masin tadi. Minyak yang ditumis jangan di masukkan semua.
Kacau sehingga rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap ke dalam kuah.
Siap untuk di hidang.
INFO CHEF: Untuk mengurangkan rasa masin ikan masin, anda rendam ikan masin sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak. Kemudian cuci bersih.
GULAI AYAM KAMPUNG DAUN MAMAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor Ayam Kampung | potong kecil
300gm daun maman | ambil daun dan pucuknya sahaja
1helai daun kunyit | simpul
3 batang serai | titik
500gm santan pekat
200gm asam gelugor
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3 biji cili merah
3cm kunyit hidup
2cm halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskannya .
Masukkan dalam periuk bersama bahan kisar. Gaul rata.
Seterusnya masukkan sedikit air, serai dan asam gelugor, biarkan ia mendidih dan sekali sekala kacau.
Setelah empuk, masukkan daun kunyit dan maman serta santan pekat.
Biarkan seketika, setelah mendidih perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup.
Bila sudah masak, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Lebih lama diperangatkan gulai ini ia lagi sedap.
ITIK BERLADO
BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik | potong kecil
300gm santan pekat
4 helai daun limau purut
3 batang serai | titik
Minyak masak secukup
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cmlengkuas
5 batang serai
4 biji buah keras
10 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
Bersihkan daging itik, kemudian toskannya.
Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan serai dan daun limau purut.
Setelah timbul minyak, masukkan itik dan kacau rata.
Apabila air itik kering masukkan santan dan kacau lagi.
Biarkan mereneh atas api sederhana selama 10-12 minit.
Kemudian masukkan asam gelugor, garam, gula dan perasa secukupnya.
Setalah cukup rasa dan daging itik empuk, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan hanyir daging itik, cucinya dengan air asam limau.
Sup ikan siakap ala kelantan, rasanya yang masam-masam memang sedap dan dapat membuka selera. Menu yang sesuai untuk orang yang nak diet.
Kalau makan dengan nasi pun sedap, tambah pula dengan perahan limau nipis dan juga daun sup serta cili padi, nasi sepinggan confirm tak cukup.
Buat yang berdiet atau yang kurang sihat juga sangat sesuai. Hirup kuah sampai licin terasa keenakkannya.
SUP IKAN SIAKAP ALA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang merah sederhana besar – dimayang*
4 biji bawang putih – dimayang*
Halia sebesar ibu jari – potong memanjang*
Sedikit minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perasa | Jika suka
2 Sup bunjut
Kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
2. Masukkan air agak-agak sesuai untuk sup seekor ikan.
3. Masukkan sup bunjut, kayu manis & bunga lawang.
4. Masak sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan garam & perasa.
6. Kemudian masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
7. Bila ikan sudah masak, rasa sup pun dahulu dan tutup api.
BAHAN HIASAN & PELENGKAP:
Daun sup – hiris
4 biji cili api – potong kecil
1 biji limau nipis – potong
Bawang goreng
CARA MENGHIDANG:
Masa hendak hidangkan sup, boleh taburkan dengan bahan-bahan pelengkap/hiasan dan limau nipis. Siap!
INFO CHEF:
Masa masak tidak perlu balik-balikkan ikan sebab nanti isi ikan hancur. Cukup sekadar ikan tenggelam keseluruhan bahagian di dalam sup
Masakan sup di Kelantan memang menggunakan perahan limau nipis, cili padi potong selain daun sup & bawang goreng dalam masakan mereka. Ala-ala thai sup macamtu.
Sering menghadap menu ayam dan daging sepanjang minggu lepas. Boleh muak dibuatnya. Jadi boleh lah diselang seli dengan menu berasaskan ikan yang tidak menjemukan. Boleh pelbagaikan gaya masakan ikan ini dari goreng, berkuah dan bakar untuk menaikkan selera makan. Mungkin resipi ini boleh membantu dalam menyediakan hidangan buat keluarga.
IKAN KERISI MASAK TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kerisi – saiz L
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 biji cili merah – hiris
3-4 tangkai cili padi
3sm halia – hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.
INFO CHEF: Selain ikan kerisi, boleh juga gunakan ikan kembung.
IKAN SIAKAP SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap:
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Garam
Mixed herbs
Daun Rosemary
Cara Perap:
Perapkan ikan siakap dengan bahan perapan.
Panaskan sedikit minyak Zaitun dalam kuali non stick.
Gunakan api kecil, panggang ikan siakap yang telah perap hingga masak.
Letak atas pinggan dan ketepikan.
SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
½ biji bawang Holland- potong dadu
1sudu besar tepung gandum
3 sudu besar mentega
1 biji lemon – hiris menjadi 4 kepingan
200ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk mixed herbs
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali non stick dengan api sederhana.
Masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga wangi.
Masukkan tepung kacau sebati.
Masukkan susu, kacau lagi gunakan whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbsdan garam secukup rasa.
Masak sampai sos jadi pekat, kemudian tuang atas ikan siakap.
INFO CHEF: Boleh juga gunakan ikan salmon.
IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 batang serai
1cm halia
1cm kunyit hidup
5 biji cili api
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan yang dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut ikan cencaru sehingga penuh.
Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.
INFO CHEF: Jika sukakan rasa ikan bakar yang pedas, tambahkan jumlah cili api mengikut cita rasa anda. Jika suka, boleh juga menambahkan sedikit cili kering.