Sambal Sotong Kembang Sedap Jika Guna Bawang Merah Yang Banyak

Share

Semerbak harum bau sambal tumis memang boleh menambah makan.Nak buat sambal tumis yang sedap ialah dengan menumis bahan tumisan dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak dan garing.Selain itu, menggunakan bawang merah yang banyak. Bagi mendapatkan warna sambal yang cantik ialah dengan memasukkan gula terlebih dahulu, sebaik bahan tumis garing.

Nak masak sambal sotong ni, sambal kena kering dulu, sebelum dimasukkan sotong yang telah ditos bagi mengelakkan sambal berkuah dengan air sotong. Memang sangat sedap lebih-lebih lagi sotong yang diguna adalah sotong yang masih segar.

Sambal Sotong Kembang

Bahan-bahan:
  • 3 ekor sotong, bersihkan.
    (ikut petua, rebus sekejap jer. Air dah mendidih terus padam api biarkan seminit dua kemudian toskan dan potong-potong)

  • 6 -7 sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)
  • 2-3 sudu besar bawang besar-kisar
  • 1 sudu besar bawang putih-kisar
  • 1 sudu besar halia-kisar
  • 1-2 biji bawang besar hiris kasar
  • 1 ketul kecil Gula Melaka
  • 1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
  • Garam dan Ajinomoto
  • Sedikit gula pasir
  • 1 mangkuk kecil kacang tanah (goreng dan kisar sedikit kasar)
Cara membuat:

1.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar.Goreng sampai sedikit garing.

2.Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) ratakan sekejap.

3.Masukkan cili kering kisar,ratakan. masukkan juga gula melaka. Terus tumis.

4.‍Masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (agak-agak yer)dan sedikit pes asam jawa, Gaulkan rata dan biarkan hingga naik minyak.

5.Boleh masukkan sotong.Gaul rata.Masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.

6.Masukkan sedikit air, gaul lagi.Boleh tambah kacang tanah jika nak.
7.Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi.Selalu kacau supaya sambal tak hangit.
8.Siap untuk dihidang.

Kredit: Har Ryea

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN