Ads

Sambal “Rare” Biji Getah. Resipi Pelik Tapi Mantap!

Bila bercakap tentang biji getah, pasti ada yang teringat memori pada zaman kanak-kanak bermain dengannya. Itu pun kalau duduk di kampung, tapi bagi warga kota mungkin ada yang tak pernah tengok atau silap hari bulan tak pernah main pun dengan biji getah ni kan?… Lagi pelik kalau cakap biji getah boleh dimakan.

Makan biji getah?

Ya, kenapa tak percaya? Selain menjadi salah satu alat permainan kanak-kanak,  bermain laga buah getah, biji getah juga digunakan sebagai makanan dengan cara diperam. Kalau nak tahu Asam rong atau asam rum merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang.

Sambal “Rare” Biji Getah. Resipi Pelik Tapi Mantap!
Asam Rung

Tiada benda lain yang nak dimakan?

Sebetulnya biji getah memang boleh dimakan. Tetapi cara memakannya bukanlah seperti memakan kekacang. Biji getah harus diproses dahulu. Cepat cuba resipi pelik ni. Barulah rare kan!!

Sambal “Rare” Biji Getah. Resipi Pelik Tapi Mantap!

Ads

Resipi Sambal Biji Getah / Sambal Rong

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Biji getah
  • Garam

Sambal “Rare” Biji Getah. Resipi Pelik Tapi Mantap!

Ads

Cara-cara membuatnya:

Ads
  • Kupas kulit getah yang keras untuk mengambil isi dalamnya.
  • Buang kulit ari.
  • Nak mudah, keringkan dulu biji getah sehingga biji getah lekang dari isinya.
  • Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat.
  • Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat.

Kredit resipi: rileklah

Boleh cuba juga sambal kaw-kaw berapi pasti buat kamu menangis. Klik link RASA.

3 Resipi Sambal Tumbuk Asli Sunda Ini Pasti Buat Anda Menangis. Jangan Cuba Jika Tak Berani!

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Buat KOPI SANTAN VIETNAM Sedap, Lemak Berkrim Resipi Khairul Aming...

Salah satu minuman melegakan tekak yang mendapat sambutan ramai di Rembayung ialah Kopi Santan Vietnam. Minuman Kopi Santan Vietnam ini juga antara resipi viral yang pernah dikongsikan oleh Khairul Aming dalam siri resipi Ramadan popular "30 Hari 30 Resepi" pada tahun lepas.