Ada kala kita hilang selera makan. Tak lalu nak makan lauk yang beria-ia sangat misalnya rendang atau masak lemak cili padi.
Ketika ada masalah selera makan, cuba masak sambal yang simple-simple saja. Ini kerana sambal yang sebegini biasanya boleh meningkatkan selera.
Hanya perlu tumis-tumis sahaja. Bahan yang digunakan pun sangat minimum.
SAMBAL GORENG KENTANG BERBILIS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
2 biji kentang (potong kecil)
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 tangkai cili kering (basuh dan potong-potong)
10 tangkai cili padi (hiris kecil)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Goreng kentang. Kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak. Tinggalkan secukupnya untuk menumis saja.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih.
6. Masukkan cili kering dan cili padi. Tumiskan lagi.
7. masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
8. Perasakan dengan garam. Gaul sebati.
9. Siap. Boleh dihidang.
ANDA MESTI SUKA RESIPI INI
KUIH KERIA MONTEL
https://www.rasa.my/resipi-kuih-keria-montel-budak-budak-gerenti-suka/
KUIH LIMAS, BUBUR KACANG HIJAU DAN KOKTEL
https://www.rasa.my/3-pencuci-mulut-sedap-untuk-minum-petang-tetap-diminati-sejak-dulu/
IKAN SIAKAP SOS THAI
https://www.rasa.my/ikan-siakap-sos-thai-paling-senang-nak-buat-tapi-power-makan-dengan-nasi-panas-perghhhh/
Lynn Mikael Kongsi Resipi Kacang Phool Sedap & Ajak Orang Selatan Sertai Pertandingan JaGOH Rasa BABA’S

Dah cuba resipi-resipi hebat dari Dpoq_Pedoq, Datin Ismatia dan WanaKamal? Tiba pula giliran KOL yang mewakili warga Selatan iaitu Lynn Mikael untuk berkongsi resipi bersama anda semua.
Dalam Cabaran memasak minggu ini, Lynn Mikael berkongsi resipi menu istimewa orang Johor iaitu Kacang Phool. Sangat sedap dan mudah sahaja caranya menggunakan bahan utamanya iaitu Rempah Kari Daging BABA’S.
Selain itu, ia juga menggunakan Serbuk Ketumbar, Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Jintan Putih dari BABA’S. Patutlah sedap! Bahan-bahan yang digunakan memang terbaik.
Melihat gambar dan video masakannya sahaja sudah mebuatkan ramai kecur liur. Jika dimasak sendiri, lagi tak sabar nak rasa. Mudah je cara nak masak Kacang Phool ni rupanya. Tidak sukar macam yang disangka.
Jomlah masak! Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya. Selamat mencuba!
KACANG PHOOL
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 1 tin kacang parang – kisar kasar
- 1 pek daging cincang
- 3 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan Rempah Kari Daging BABA’S
- 1 sudu teh Serbuk Ketumbar BABA’S
- 1 sudu teh Serbuk Jintan Manis BABA’S
- 1 sudu teh Serbuk Jintan Putih BABA’S
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- Serbuk pati ayam
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
- Roti putih
- Telur mata
- Bawang merah – didadu
- Cili hijau – hiris nipis
- 1 biji limau kasturi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan sedikit minyak sapi. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
- Kemudian masukkan Rempah Kari Daging BABA’S, Serbuk Ketumbar BABA’S, Serbuk Jintan Manis BABA’S dan Serbuk Jintan Putih BABA’S.
- Tambahkan air dan tumis sehingga rempah masak dan pecah minyak.
- Masukan daging cincang dan tumis lagi sehingga daging masak.
- Kemudian masukkan kacang parang yang sudah dikisar kasar.
- Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Masak seketika.
- Bila semua bahan sudah masak, tutup api.
- Goreng telur mata bersama sedikit minyak masak dan minyak sapi.
- Hidangkan Kacang Phool bersama dengan bawang merah, cili hijau dan limau kasturi.
- Enak dimakan bersama roti.
NAK CUBA RESIPI INI? BOLEH TONTON VIDEO & KLIK DISINI
JOM SERTAI JAGOH RASA BABA’S SEKARANG
Inilah masa untuk serlahkan kreativiti anda dengan mencipta resipi berasaskan rempah dengan citarasa dan gaya masakan mengikut negeri asal anda.
Para peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu laman web majalah Rasa. Pastikan gambar jelas dan menarik.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Bekerjaya atau tidak, suri rumah atau masih belajar, anda layak untuk menyertai pertandingan ini. Siapa tahu anda mungkin bakal dinobatkan sebagai JAGOH RASA BABA’S.
Hadiah yang bakal menanti pemenang juga sangat lumayan ya.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Kami akan berada di empat lokasi utama untuk bertemu anda bagi sesi penjurian secara bersemuka pada tarikh yang ditetapkan. Jadi, pastikan anda menghantar penyertaan melalui borang yang telah disediakan di laman web, www.rasa.my/babas/
21/5/2022
MYDIN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
28/5/2022
MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU
4/6/2022
MYDIN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
11/6/2022
MYDIN SUBANG JAYA, SELANGOR
Jangan lupa okay temujanji anda bersama JAGOH RASA BABA’S. Untuk maklumat lanjut, layari di laman web www.rasa.my/babas/
Cara Buat Peanut Butter Homemade Tanpa Pengawet & Garam.

Wow…mudah rupanya buat mentega kacang atau peanut butter homemade. Bagi anda yang mementingkan makanan sihat atau sedang diet, bolehlah cuba buat resipi peanut butter perkongsian saudari Aida Razalli. Sesuai digunakan seisi keluarga.
RESIPI PEANUT BUTTER HOMEMADE TANPA PENGAWET & GARAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang – guna kacang shandong untuk rasa lebih sedap.
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 sudu makan madu – optional untuk rasa manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar kacang selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan.
2. Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya, pastikan kulit kacang dibersihkan sepenuhnya sebelum dikisar.
3. Masukkan kacang ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak masak dan juga madu.
4. Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur kacang menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda.
5. Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dihendaki, maka peanut butter anda telah siap.
6. Masukkan peanut butter yang telah siap dalam balang dan simpan dalam peti sejuk.
7. Jika mahukan tekstur peanut butter yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian campurkan ke dalam peanut butter halus tadi.
8. Peanut butter tanpa pengawet ini boleh tahan sehingga 2 – 3 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan teksturnya akan kekal lembut.
Kredit resipi & foto: Aida Razalli
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
5 Menu Air Tangan Mak Engku, Sedapnya Hingga Teringat-Ingat.

Air tangan bonda tidak pernah mengecewakan, memasak dengan hati ikhlas, sarat dengan petua menjadi setiap hidanganya sungguh sedap dan mendapat pujian ramai. Untuk itu, Bonda Sharifah Norma Syed Mansur atau mesra disapa Mak Engku tidak kisah berkongsi beberapa resipi istimewa warisan turun temurun keluarga beliau untuk dikongsikan degan umum.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
- 350gm isi dada ayam | potong dadu
- 200gm santan pekat
- 2 cawan air
- 1 tin cendawan butang
- 6 biji cili padi hijau
- 6 biji cili padi merah
- 1batang serai | titik
- 1 tin cendawan butang. | belah dua
- 6 cili api hijau | hiris
- 6 cili api merah | hiris
- Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
- 1batang serai
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
- Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
- Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, , hirisan cili padi dan serai.
- Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
BAWAL BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
UNTUK IKAN BAKAR:
- 1 ekor ikan bawal | saiz sederhana
- 2 sudu makan minyak masak
- Sedikit garam dan serbuk perasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili api
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 helai daun kunyit
BAHAN AIR ASAM
- 1biji bawang besar | potong dadu kecil
- 1 inci belacan| bakar
- 1/2 cawan air asam jawa | bancuh cair
- 2 biji limau kasturi |ambil airnya
- 1 cili merah | potong bulat
- 8 biji cili api | hiris
- 1 biji tomato | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan kemudian lumurkannya dengan bahan kisar tadi.
- Perap ikan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sedia dibakar.
- Bakar ikan sambil sentiasa dipercikkan dengan minyak, supaya ikan tidak terlalu kering.
- Bakar lebih kurang 8-10 minit.
- Sementara itu sediakan air asam dengan cara campurkan semua bahan dalam mangkuk.
- Gaul rata dan sebati kesemuanya.
- Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidngkan bersama ikan bawal bakar tadi.
KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya
- 200gm beras pulut susu | rendam
- 150gm santan pekat campur 3 cawan air
- 1 tin cendawan butang dalam tin
- 1 batang serai | titik
- 1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul
- 1 cili hijau | belah dua
- 1 cil merah | belah dua
- 10 cili api sebiji-sebiji
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR
- 1 batan serai
- 4buah keras
- 1/4 inci lengkuas
- 1/4 inci halia
- 1 bawang besar
- 2 bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Asingkan kepala dan badan sotong
- Sumbatkan pulut dalam badan sotong hingga 3/4 penuh.
- Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dengan lidi. Lakukan hingga sotong habis.
- Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar.
- Kacau rata dan masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
- Masak atas api perlahan hingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan cili padi.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Terus memasak hingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung).
- Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
- Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong besar
- 2 keping asam gelugor
- 4-5 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- 2 batang serai | titik
- 1 inci lengkuas | titik
- 4-5 biji tomato ceri jika suka
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 2 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
- Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
- Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
- Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
- 1ekor ayam saiz kecil | belah empat
- 3 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- 250ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
- 2 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
- Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
- Renehkan atas atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
- Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
- Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
- Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.