Sambal ikan kering ni memang pembuka selera. Makan dengan nasi panas, boleh makan berpinggan-pinggan dibuatnya. Sambal yang cukup segala rasa. Ada rasa pedas, masam, masin dan manis. Nak buatnya pun tidaklah susah, senang sahaja. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nooraini Ramly.
SAMBAL IKAN KERING
BAHAN-BAHAN:
Ikan kering | guna ikan gelama
Belacan | digoreng
1 ulas bawang besar
6 biji cili padi merah
6 biji cili padi hijau
Sebiji mangga muda
1 sudu kecil gula
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Masukkan belacan, bawang merah dan gula ke dalam lesung batu dan tumbuk.
Kemudian, masukkan ikan kering. Masukkan terus kepala ikan kerana kepala ikan yang buat sambal berlemak.
Masukkan buah mangga yang dicincang halus dan akhir sekali baru masukkan cili padi.
Resipi RENDANG DINDING PERAK Sedap, Air Tangan Toh Puan Raja Noora Jadi Kegemaran Seisi Keluarga. Rendang Dinding adalah masakan tradisional Melayu yang cukup popular negeri Perak. Ramai yang menggemari keenakan resipi tradisi rendang dinding ini meskipun ia cukup renyah dan mengambil masa yang lama untuk di masak.
Berdarah keturunan bangsawan dari Negeri Perak, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah yang juga merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-9, Tun Ramli Ngah Talib ini ada berkongsi resipi untuk membuat Rendang Dinding Perak ini.
Disebalik kesibukan Toh Puan Raja Noora yang cukup berpengaruh dalam pelbagai bidang termasuk kemanusiaan, kebajikan, sukan dan pembangunan wanita, bonda kepada 4 orang cahaya mata dan nenda kepada 7 orang cucu ini juga sering meluangkan masa memasak pelbagai jenis makanan kegemaran seisi keluarga.
Baru-baru ini, Toh Puan Raja Noora berkongsi resipi dan cara membuat Rendang Dinding Perak.Meskipun proses memasaknya renyah dan memakan masa yang panjang, namun ia cukup berbaloi apabila anak-anak dan cucu-cucu menggemari air tangan beliau.
“Dulu memang saya selalu masak Rendang Dinding Perak kerana semua ahli keluarga suka Rendang ini. Kerjanya memang renyah dan memakan masa yang lama,”
“Rendang Dinding is a special Perak Dish. Belajar masak dari kecil lagi from Ta (my grandma) and Wan (my mum). Memasak Rendang Dinding Perak memang memerlukan banyak kerje.Sebaik baiknya gunakan Daging Batang Pinang.”
“Rendang Dinding menerlukan ramuan/awas yang lumayan terutama sekaki bawang merah. Bagi setiap kilogram daging perlu setengah kilogram bawang merah. Daging pula kena rebus dulu, lepas tu goreng dan seterusnya ditumbuk tumbuk supaya lembut dan mesra dengan awas/rencah”
“But it is worth cooking.”
1 kg daging
1/2 kg bawang merah kecil dimayang halus
4 batang serai dimayang halus
3 ulas bawang puteh (optional)
sedikit gula kabung
sedikit asam jawa
3 sudu kicap pekat
50 biji cabai kering ditumbuk jangan terlalu lumat
minyak masak
Persediaan Daging:
1. Daging dibasuh, direbus dan setelah rebus angkat dan tuskan airnya. Simpan air rebusan.
2. Kemudian dipotong daging setebal setengah inci dan sebesar 1.5 inci panjang.
3. Goreng daging 3 suku masak.
4. Tumbuk daging sehingga nipis dan lebar.
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan seterusnya masukkan serai dan cabai kering.
3.Bila dah naik minyak masukkan asam jawa yang sudah diperah.
4.Masukkan daging dan kacau rata.
5.Masuk gula kabung. Biar naik minyak lagi.
6. Akhir sekali, masukkan kicap dan garam secukup rasa. Bila nampak berkilat bolehlah diangkat dan dihidang.
RASA: Terima kasih Toh Puan sudi berkongsi resipi Rendang Dinding Perak yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Sedap dinikmati dengan nasi putih, pulut kuning, nasi minyak, ketupat, nasi impit dan sebagainya.
Kuih lidah buaya atau terkenal juga dengan nama kuih tiram memang garing dan rangup. Kuih bersira gula ni memang seronok untuk dikenyang. Boleh jadi kudapan dan kerepek enak bila-bila masa pun.
Ni resipi yang dikongsikan oleh Nazir Abd Aziz, resipi kuih lidah buaya @ tiram mudah dan yang paling penting bila makan krap krup bunyinya. Simpan dalam bekas kedap udara, boleh lah tahan lama sedikit kan.
KUIH TIRAM
BAHAN-BAHAN
CARA MEMASAK : 1. Cairkan marjerin masukkan dalam bekas loyang, kemudian gaul dengan tepung gandum hingga sebati. 2. Selepas itu masukkan air yang telah dicampur dengan garam ke dalam tepung tadi kemudian uri hingga menjadi doh. 3. Sekiranya doh masih lagi keras tambahkan sedikit air 4. Bila doh dah sebati ambil sedikit demi sedikit kemudian canai hingga nipis, nipisnya lebih kurang macam buat karipap mini , jangan terlalu tebal nanti tak rangup. 5. Lepas tu doh yang telah dicanai nipis tadi disapukan tepung ubi kayu yang telah dicampur bersama minyak masak keatasnya sehingga rata(tepung ubi kayu tadi jangan terlalu pekat sangat,,sekiranya pekat tambah minyak masak sedikit kacau sehingga cair supaya senang untuk disapu atas doh tadi. 6. Bila dah siap sapu tepung ubi kayu tu kemudian gulung doh tadi dan bolehlah dipotong kecil-kecil menggunakan gunting atau pisau.
.
7. Canai sekali lagi doh yang telah dipotong kecil satu persatu dgn perlahan saja,sekali canai cukuplah tak perlu byk kali.
8. Goreng dgn api sederhana, angkat dan sejukkan.
.
9. Bila kuih dah betul betul sejuk, barulah dilumurkn dengan gula halus tadi.
Stok sambal memang kena ada. Lagi-lagi jika lidah suka makan sesuatu yang pedas. Nak membuat memang ambil masa sedikit sebab kena goreng satu per satu bahannya seperti bawang, ikan bilis dan cili kering.
Sambal ikan bilis garing ini boleh tahan lama. Sangat sesuai dibuat untuk stok bulan puasa. Kalau buat banyak, boleh tahan sebulan puasa tau.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
5 biji bawang merah kecil (dihiris)
Sedikit garam
Minyak masak
100 gram ikan bilis (basuh dan toskan)
80 gram cili kering (basuh dan toskan)
3 sudu besar gula kastor
1 kiub pati ayam
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan bawang merah kecil. Kemudian masukkan garam. Gaul sebati. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng bawang merah kecil tadi. Ketepikan.
3. Dalam minyak masak yang sama, goreng ikan bilis pula. Angkat dan ketepikan.
4. Akhir sekali, dalam minyak masak yang sama, gorengkan cili kering. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam pengisar kering, masukkan cili kering dan sedikit garam, gula dan kiub pati ayam. Kisar kasar.
6. Masukkan cili kering kisar dalam mangkuk.
7. Masukkan pula ikan bilis.
8. Akhir sekali, masukkan bawang goreng ke dalam mangkuk tadi.
9. Gaul rata semua bahan dalam mangkuk ini supaya bersatu cita rasanya. Cuba rasa sedikit. Jika ingin menambah manis atau masin, boleh tambah gula atau garam lagi.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.